Kagum dengan Atie,baru sahaja kira-kira enam bulan bersama Herbalife,sudah banyak kejayaan yang Atie kecapi dan sudah banyak juga insan yang dibantu oleh pelajar Monash University ini.Aku pula terpaksa slow down buat seketika dalam Herbalife,takut-takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran.
Maih banyak lagi exam dan modul yang belum selesai,terutamanya modul 11,human factor,propeller dan aviation legistlation.Notes untuk modul 11 sahaja sudah setinggi paras pinggang aku.(Banyak gler..cuba imagine..pening tak pening kepala aku,haha).
Tapi bak kata orang tua-tua,bukan susah nak jadi susah,dan bukan senang nak jadi senang.Usaha kita pada hari ini,akan menentukan siapa kita pada masa akan datang.InshaAllah,segala usaha hari ini,tak kan sia-sia.
Mr.Au Ting Ling(instructor di MAS Engineering)sering kali memberikan kata-kata motivasi terutamanya apabila melihat ada student yang tidur di dalam kelas.Kata-kata Mr.Au yang paling aku tak boleh lupa ialah,''You are studying for money,and I'm here to help you''.Amran(bukan nama sebenar)sering kali tidur di dalam kelas,tak tau apa masalahnya dengan kawan aku yang sorang ni.Masalah berat badan kot,takpun mungkin sibuk sangat AFUNDI Shahir,taulah si Shahir tu pernah jadi klasmet dia masa kat SMKA dulu;)
Satu lagi kata-kata Mr.Au yang aku tak boleh nak lupa,''I want all of you to wear three bars,and become licensed aircraft engineer,it's your future,not mine''
Harap-harap,masinlah mulut Mr.Au ni,dan semoga kami semua yang telah banyak menghabiskan duit rakyat dan kerajaan selama ini akan berjaya memperoleh ''three bars''.Amin..
