Followers

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Berlari dan mendaki bukit di Hutan Rekreasi Bukit Gasing,Petaling Jaya

Agak lama aku tak update blog aku ni.Mana taknya..sejak dua menjak ni,bila malam sikit je dah terlelap.Jadi aku ambil kesempatan cuti umum maulidur rasul ni untuk update sket blog ni.


Dari zaman sekolah sampai lah sekarang,aku memang tak hebat dalam sukan,tak kiralah sukan apa..baik bolasepak,rugbi,badminton dan lain-lain lagi.Aku cuma reti main je.Walaupun tak hebat,tapi dapatlah wakil maktab walaupun cuma sebagai pemain simpanan.Kira OKEYLAH kan daripada tak dapat langsung.


Tapi bila jadi pemain simpanan ni atau substitution,memang tak akan pernah rasa puas.Macam tak rasa apa-apa pun.Kalau team maktab aku kalah ke menang ke,aku rasa biasa je.Kadang-kadang..dalam sesetengah game,aku tak dapat peluang langsung untuk main,kalau ada kawan aku yang injured barulah cikgu bagi aku masuk padang.


Oleh sebab itu,aku pun carilah sukan atau permainan lain yang tak memerlukan sangat penggunaan skills ketika bermain.Jadi jawapan kepada sukan yang tak memerlukan skills sangat ialah berlari dan mendaki(hiking).Paling puas ialah ketika selesai berlari dan hiking.Baju habis basah disebabkan peluh yang mencurah-curah dan badan terasa lebih ringan dan fit.


Kalau kat area KL atau Selangor ni,paling best ialah berlari sambil mendaki kat Bukit Gasing.Bukit Gasing ni terletak dalam daerah Petaling Jaya.Berhampiran dengan PJ Old Town dan Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM).Kebanyakan orang yang datang kat Bukit Gasing ni ialah orang Cina(biasalah orang Melayu duduk rumah je sambil pekena nasi lemak sambal sotong,haha)


Biasanya Bukit Gasing ni akan penuh dengan orang ramai pada hari minggu Sabtu dan Ahad(sebab cuti).Kalau nak berlari dan mendaki kat sini,pastikan pakai pakaian yang sesuailah dan pakai hand glove(sebab tangan aku pernah luka masa jalan kat jambatan gantung Bukit Gasing).


Kat sini ada satu menara tinjau,yang daripada atas ni boleh tengok pemandangan sekitar PJ.Paling mencabar dan memenatkan kat Bukit Gasing ni ialah di laluan berbukit yang agak curam(70-75 darjah).Paling seronok,dapat hirup udara segar daripada pokok-pokok hutan.(Banyak bezanya dengan udara kotor yang aku sedut hari-hari pada setiap pagi ketika bawak kapcai untuk ke MAS Kompleks A.)


Bagi sesiapa yang tak tau nak buat apa pada waktu hari minggu,boleh lah datang ke sini.Bukannya kena bayar pun.Lagi satu,kalau tak salah aku Hutan Rekreasi Bukit Gasing adalah satu-satunya hutan yang masih tinggal dalam daerah PJ.Itupun ada usaha daripada pemaju yang tak bertanggungjawab yang nak membangunkan kawasan ni.Nasib baiklah ada kesatuan Friends of Bukit Gasing yang sama-sama bertindak melindungi hutan ni ;) 

Saturday, January 22, 2011

Hiking@Bukit Broga dan Gunung Tok Wan

Bukit Broga atau Broga Hill memang cukup popular kepada mereka yang menjadikan fotografi sebagai aktiviti masa lapang.Dari atas puncak Broga,dapat dilihat pemandangan yang cukup indah.Pertama kali aku sampai ke puncak Broga sabtu lepas,Subhanallah..memang cantik.Lagi-lagi kalau dapat sampai ke puncak pada waktu awal pagi dan dapat tengok sunrise.

Masa aku pergi tak nampak sangatlah sunrise,sebab cuaca mendung.Ramai betul orang naik Broga,aku rasa 80-90% adalah student sebab kebanyakannnya muda-muda je macam baya-baya aku je.Masa aku pergi Broga,aku dan beberapa orang kawan dari Subang naik satu kereta,satu kereta lagi student Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dan kalau tak salah ada lebih daripada 12 buah kereta dari Universiti Islam Antarabangsa(UIA)Gombak.

Kami berkumpul di Petronas Semenyih,sebelum sama-sama ke Broga,tapi group aku dari Subang dan satu lagi group dari USIM mula mendaki lebih awal sedikit daripada group dari UIA.

Thursday, January 13, 2011

Kenangan muncul dalam rancangan REMAJA TV3(Part 1)

Kalau tak salah dalam tahun 2009 aku dan kawan-kawan aku termasuklah akak-akak senior kat METC(Malaysia Airlines Engineering Training Centre)pernah muncul dalam satu slot untuk rancangan Remaja kat TV3.Pejam celik..pejam celik dah nak masuk dua tahun peristiwa ''bersejarah''ni berlaku.Aku memang tak sangka dan tak pernah terfikir untuk muncul dalam apa-apa rancangan tv.


Ceritanya bermula macam ni,masa aku kat METC aku saje-sajelah nak cari extra pocket money sebab masa kat METC,trainee(pelatih)yang dapat scholarship under Yayasan Felda tak dapat elaun melainkan tempat tinggal dan makan(macam kat asrama...).Jadi,aku pun mencari-cari part-time job untuk dapatkan extra pocket money.


Aku berpakat dengan 2-3 orang kawan untuk jadi distributor kepada Brotherhoodarts.Susah jugaklah nak cari market.Jadi aku pun buatlah satu blog dan Facebook page untuk mempromosikan barangan Brotherhoodarts ni.Alhamdulillah..business agak majulah.Banyak tempahan terutamanya dari Facebook page.

Thursday, December 23, 2010

Cerita dulu-dulu:Ambil result Penilaian Menengah Rendah(PMR)-Part 1-


Keputusan bagi Penilaian Menengah Rendah(PMR)diumumkan hari ini.Hari ni mesti ramai yang gembira sebab dapat straight 'A'tak kurang juga ramai yang bersedih sebab dapat result yang kurang memuaskan.Jangan risau,this is not the end of the world..PMR bukan segala-galanya.

Teringat masa aku ambil result PMR,kira-kira 6 tahun yang lepas.Pagi-pagi lagi aku dah bersiap.Naik bas "ting-tong" bersama-sama dengan kawan-kawan aku dari Kuantan,Pahang ke Serting,N.Sembilan.Mak dan ayah nak hantar aku,tapi aku tak nak.Tak syoklah kan.Kalau pergi dengan kawan-kawan barulah bebas sikit..haha.

Sampai je kat MRSM Serting,kalau tak salah aku masa tu orang dah ramai dah.Ramai yang ternanti-nanti keputusan PMR.Biasanya result keluar waktu pagi.Tapi terbalik plak,aku tak tahu apa masalah yang terjadi.Kami kena tunggu berjam-jam kat depan foyer sekolah.

Akhirnya penantian hampir berakhir,dalam pukul 4 petang barulah boleh tengok result PMR.Itupun kena tunggu giliran.Sorang-sorang baru boleh masuk bilik pengetua untuk ambil result.Bila sampai giliran aku,aku pun masuklah bilik pengetua.Kalau tak salah masa tu,ada seorang cikgu atau staff ni suruh aku teka result PMR aku(adeh..main teka-teka plak,dah lah lama kena tunggu).

Monday, December 13, 2010

5 perkara orang selalu buat selepas SPM?

Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)dah pun berakhir.MERDERKA!!!Masa aku ambil SPM,empat tahun yang lepas..aku rasa lega sangat bila dah habis SPM,tapi tak adalah lega sangat..takut,risau,cuak pun ada.Yelah..risau dengan result SPM.Kalau dapat bagus,Alhamdulillah lah.Tapi..kalau dapat teruk,macam mana?


Alhamdulillah,result SPM aku tak adalah bagus sangat tapi taklah teruk sangat.Kira OKEYlah.Cukup-cukup makan nak apply UIA dan Matrikulasi masa tu.Walaupun aku tak sambung belajar pun kat UIA ataupun matrikulasi.


Masa SPM,aku rasa kepala aku macam nak pecah je.Aku rasa bukan aku je,orang lain pun mesti rasa perkara yang sama.Belajar sungguh-sungguh..gila-gila semata-mata nak dapatkan result yang baik.Sebab tulah bila lepas SPM je macam-macam idea muncul,nak buat itulah..nak buat inilah.Yelah..masa jadi budak sekolah menengah,banyak benda yang tak boleh buat.


Bila lepas SPM,mulalah..
1.Ada yang nak cari duit
Kebiasaanya,ramai yang akan kerja dengan restoran makanan segera.Tak kisahlah apa-apapun,KFC,Mcd,Raja Burger(Burger King),Marrybrown,A&W,1901,Ramly Burger atau apa-apa sajalah.Walaupun dibayar dengan rate yang amat rendah(RM3-5/jam),tapi dah rasa banyak dah,sebab jumlahnya jika dikumpulkan sehingga satu bulan lebih banyak lagi berbanding duit poket yang mak dan ayah bagi masa jadi student sekolah menengah dulu.

Wednesday, November 24, 2010

Apa hak seorang guru untuk hina pelajar

Semalam bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Pejam celik..pejam celik dah hampir empat tahun aku tinggalkan sekolah aku.Tak sedar,dah lama aku menduduki peperiksaan SPM iaitu pada tahun 2006.Rasa macam baru semalam je aku duduk dalam examination hall.

2006 iaitu pada tahun aku menduduki exam SPM adalah merupakan tahun yang paling stress.Rasa macam kalau gagal SPM,"jahanam" lah perjalanan hidup selepas tu.Teringat pada seorang cikgu yang pernah menghina aku sebab aku bukanlah top student dalam subjek cikgu tersebut dan aku tak pernah dapat 'A' pun dalam subjek tu.

"Nah ambil kertas exam awak ni,simpan kat dalam bilik guru lama-lama sampai jadi pekasam pun bukan boleh naik markah awak"

Inilah kata-kata cikgu yang masih lagi terngiang-ngiang walaupun telah lama aku tinggalkan sekolah.Cakap bukan main kuat lagi,macam nak bagitau satu bilik guru aku dapat markah teruk.

Aku rasa seseorang guru tak ada hak untuk hina pelajar atau anak muridnya.Lebih-lebih lagi dihadapan guru-guru yang lain.Sepatutnya,seseorang guru haruslah memberi nasihat atau kata-kata semangat supaya anak didiknya lebih terus berusaha dan mendapat result yang lebih baik.

"Bukannya saya tak usaha cikgu,saya dah usaha..tapi cuma ini sahaja yang mampu saya dapat"

Tapi...Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya mendapat 'A'untuk subjek cikgu dalam exam SPM.First time dapat 'A'.Terima kasih kepada seorang sahabat yang tak jemu-jemu mengajar aku hingga lewat malam pada malam sebelum paper subjek tersebut.

Monday, November 22, 2010

Esok bermulanya SPM dan cerita dulu-dulu.

Hari esok bermulalah exam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)untuk tahun 2010.Teringat kenangan ketika menduduki exam SPM pada tahun 2006.Tak senang duduk dibuatnya.

Kerana pada masa tu,fikiran dan minda aku telah dimomokkan bahawa SPM adalah segala-galanya.Aku ingat lagi masa kat MRSM Jasin(sekarang..MRSM Tun Ghafar Baba),kami akan stay up pada hampir setiap malam untuk ulangkaji pelajaran.Pukul 2-3 pagi baru tido.

Kalau tak stay up malam pun,aku dan kawan-kawan yang sama hostel dengan aku akan tidur dulu dan bangun pada awal pagi.Haiiih...SPM..SPM.

Hasilnya..result aku tak adalah excellent sangat,tapi rasanya slip SPM aku still nampak cantik.Cuma ada ''A'' dan ''B'' je.Kawan-kawan aku ramai yang dapat semua ''A'',yang dapat semua ''A1''pun ramai.Hampir semua kawan-kawan aku dapat fly termasuklah girlfriend aku.Ada yang ke India,UK,New Zealand,Australia,Mesir,Rusia,Republik Czech dan banyak lagi.

Rezeki aku plak cuma di Subang.Tapi takpelah,syukur kepada Allah.Ada juga kawan-kawan aku yang dulunya dapat semua ''A'' masa SPM menghadapi nasib yang kurang baik.Ada yang gagal meneruskan pengajian dalam bidang perubatan,ada yang gagal dalam program matrikulasi dan ada juga yang tak dapat fly.

Nak dipendekkan cerita,SPM bukanlah segala-galanya.Gagal atau kurang cemerlang ketika SPM tak bermakna gagal dalam hidup.Kawan-kawan aku yang dapat semua ''A'' dalam SPM pun ada yang gagal selepas SPM.

"GOOD LUCK untuk sesiapa saja yang menduduki exam SPM esok ye"

Saturday, November 20, 2010

Aku nak pergi jalan-jalan Germany

Malam tadi sempat aku contact kawan aku semasa di MRSM Jasin,Hazirah Mohamad yang sekarang ni sedang belajar di Germany.Untuk lebih tepat lagi di Ingolstadt,Germany.Kira-kira satu jam perjalanan dari Munich.

Sebenarnya aku dan kawan-kawan aku sedang mencari-cari lokasi yang sesuai untuk travel pada tahun depan,sebab pada tahun hadapan kami semua akan mendapat tiket FOC(Free of Charge)ke mana-mana sahaja destinasi penerbangan Malaysia Airlines(Alhamdulillah..)

Allianz Arena

Pada mulanya kami bercadang ingin ke Hanoi,Vietnam..tapi rasa macam rugilah plak.Sebab Hanoi kan dekat je dengan Malaysia.Jadi kami pun bertukar fikiran,cadangnya nak ke Beijing,Tokyo,Manchester ataupun Istanbul.

Tapi,masalah utamanya kami tak tahu berapa kos perjalanan bagi setiap tempat tersebut.Kami ni student lagi,bajet kena control..kalau salah bajet alamatnye nanti kenalah ikat perut untuk survive bila balik dari travel nanti(silap-silap,hari-hari kena makan mee segera..haha).

Neuschwanstein Castle

Kata Hazirah,untuk jalan-jalan di Germany cuma memerlukan bajet sekitar 300 euro untuk dua minggu.Aku dan kawan-kawan aku bukannya nak pergi lama sangat pun,mungkin dalam seminggu sahaja sebab bukan senang nak dapat cuti bila dah mula OJT(On Job Training)kat MAS ni.

Hazirah ada cerita tentang tempat-tempat menarik di Germany,seperti Allianz Arena,Europa Park,Lego Land dan Neuschwanstein Castle.Kalau tiada aral melintang,mungkin tahun depan aku dan kawan-kawan akan terbang ke Germany.Free ticket+free tourist guide=Jimat-jimat...;)

Thursday, November 18, 2010

Cerita malam hari raya Aidiladha aku

Hari selasa yang lepas,aku sempat balik ke kampung aku di Kuala Pilah,N.Sembilan.Malasnya nak balik kampung sebab cuti cuma sehari je pada hari rabu tu.Tapi bila mengenangkan mak dan ayah yang beria-ia sangat nak aku balik,aku pun balik je lah.

Yelah..dulu masa aku sakit dan terlantar kat Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)sebab doktor suspek tulang kaki aku ada kanser,hampir setiap hari mak dan ayah datang.Tak kan lah aku nak balik sekejap je pun tak mampu nak buat kan.

Aku bertolak dari Subang dengan berbekalkan moto kapcai buruk,kira-kira dalam pukul 5.40 petang.Disebabkan hujan renyai-renyai dan jalam yang agak jam.Lambat jugaklah sampai KL sebelum aku ambil bas untuk ke Seremban.

Perjalan lancar dari KL ke Seremban walaupun tiba di Seremban agak lewat disebabkan driver bas yang mungkin tersalah jalan sampai masuk ke Kajang(Haiyaaaa...).

Dari Seremban nak ke Kuala Pilah,sepatutnya cuma mengambil masa 45 min-1 jam perjalanan.Tapi pada malam hari raya Aidiladha tu,dekat Bukit Putus je dah makan masa selama 1 jam setengah.

Rasa-rasanya tak pernah jam seteruk ni.Tapi nak buat macam mana kan,sabarje lah.Tak kan nak patah balik ke KL.

11.30 malam baru lah aku sampai kat rumah atuk.Ambil masa sampai 6 jam hanya untuk sampai ke Kuala Pilah,N.Sembilan pada malam raya tu.

Pergi dapur ada lemang,rendang dan gulai ayam.(Apa lagi..makan time lah,haha).Terubat rasa bengang disebabkan jam tadi;)

Friday, November 12, 2010

Cerita dulu-dulu:Keputusan UPSR aku buat mak menangis

Pagi tadi result bagi exam UPSR diumumkan.Dengarnya lebih daripada 10% calon UPSR berjaya mendapat 5'A' bagi tahun 2010.Tiap-tiap tahun mesti peratusan pelajar cemerlang akan bertambah baik bagi exam UPSR,PMR mahupun SPM.

Teringat cerita dulu-dulu masa aku dapat result UPSR.Kalau tak salah,aku darjah enam dan menjadi calon UPSR pada tahun 2001.Masa tu aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota(SKIM),Kuantan,Pahang.

Aku ingat lagi,dalam sekolah aku ada 32 orang yang berjaya mendapat 5'A' dan aku salah seorang daripada mereka.Sekolah kami merupakan sekolah kedua terbanyak bagi calon UPSR yang berjaya mendapat semua 'A' dalam daerah Kuantan.

Entri kali ni aku bukan nak cerita tentang sekolah aku,tapi aku nak cerita tentang kejadian yang tak aku sangka-sangka berlaku ketika hari bersejarah tersebut.

Ceritanya macam ni,bila aku dapat tahu tentang result UPSR aku,aku terus call mak.Waktu tu mak tengah kerja kat office.Biasalahkan..bila dapat result yang 'OK' mesti nak bagitau dengan parent secepat mungkin;)

Lepas aku call mak,dalam masa lebih kurang setengah jam(aku pun tak berapa ingat berapa lama..)tiba-tiba aku nampak mak kat dataran perhimpunan.Aku pun terus berlari menuju ke arah mak.Mak ucap tahniah dan menangis.Mak sanggup tinggalkan kerja kat office untuk meraikan anaknya yang berjaya mendapat 5'A'.

Bagi aku,aku sangat gembira dengan pencapaian aku.Bagi seorang ibu pula,nilai kegembiraan itu mungkin lebih besar maknanya,dan amat sukar untuk digambarkan oleh seorang budak mentah yang baru melangkau usia 12 tahun.

Tuesday, September 21, 2010

Kembali bernyawa dengan U-Mobile

Alhamdulillah..blog aku ni kembali bernyawa setelah lebih sebulan terbiar dan ranking alexa jatuh sehingga lebih 2 juta.Aku amat-amat sibuk sejak kebelakangan ni.

Mula2 sebab sibuk dengan pindah rumah,kemudian
induction kat MAS sekarang ni plak sibuk membantu bahagian Technical Records di KLIA Hangar 05.Niat di hati,memang dah lama nak update blog ni,tapi streamyx sekali lagi buat hal.Permohonan aku untuk re-location kerana pindah ke rumah baru masih belum selesai.

Dah 3 kali aku berkunjung ke TM Point Kota Damansara,tapi masalah ni masih belum selesai walaupun sudah hampir 2 bulan berlarutan.

Aku memang tak boleh hidup kalau tak ada internet.Jadi untuk itu,aku nekad untuk beralih kepada
internet service provider yang lain.Boleh jalan streamyx..TM buat kerja lembap(Marah gler ni,haha)

Untuk itu aku telah memilih untuk
sign up dengan U-Mobile Broadband.Itupun setelah dicadangkan oleh kawan aku yang telah lebih 2 tahun menggunakan perkhidmatan U-Mobile Broadband.

Aku pilih untuk sign up pakej U68..tak mahal,bulan2 cuma bayar RM68 je dan apa yang aku dapat ialah connection speed up to 3.6 mbps(laju tu...)dan penggunaan internet tanpa had(unlimited).

Dah lebih 2 minggu aku guna U-Mobile ni.Setakat ni.aku memang puas hati dengan speed U-Mobile ni,walaupun aku
share internet access ni dengan lagi 4 orang housemate aku.Tapi masih tak boleh nak menandingi HSBB(High Speed Broadband) lah;)

Sunday, July 25, 2010

Kahwin ketika usia muda

Tiba-tiba aku terasa nak post entry tentang kahwin ketika usia muda.Mungkin sebab aku punya ramai kenalan yang berkahwin pada usia muda.Contohnya macam senior aku masa kat MRSM Serting,schoolmate aku masa kat MRSM Jasin dan pasangan bahagia yang aku kenal melalui Facebook.

Seronok ke kahwin muda2 ni?Kalau tanya soalan ni pada aku.Jawapannya mestilah seronokkan.Sebabnya..makan minum kita terjaga(ada orang
prepare makanan),rumah pun kemas je 24/7 dan mungkin yang paling best skali ialah dapat buat perkara yang tak boleh buat sebelum kahwin.

Jangan fikir bukan2..;)
Maksud aku
dapat buat perkara yang tak boleh buat sebelum kahwin,contohnya macam dalam satu blog ni yang aku pernah baca beberapa bulan yang lepas..perkara yang paling seronok sekali selepas berkahwin ialah dapat cium dahi isteri selepas selesai solat jemaah bersama isteri.

Tapi...kalau aku diberi pilihan untuk kahwin pada usia muda.Jawapan aku tentulah tak.Aku tak bersedia lagi.

Sebabnya,perkahwinan bukan sekadar lafaz akad dan nikah sahaja.Ada banyak tanggungjawab.Lebih2 lagi tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.

Bila dah jadi pasangan suami isteri,cara hidup kenalah berubah.Tak boleh lah terikut-ikut dengan cara hidup orang bujang.

Kalau masa bujang,beli barang-barang untuk diri sendiri je,tapi bila dah kahwin kenalah beli untuk dua orang.Kalau tak,ada pulak yang merajuk kat rumah tu.

Masa bujang,pukul 12 tengah hari baru nak bangun..bila dah kahwin,takkan nak bangun waktu tengah hari plak kan.

Masa bujang,bila rumah dah jadi macam sarang tikus baru lah nak kemas(bukan aku ye..)..bila dah kahwin kenalah rajin sket.Hari-hari kenalah kemas rumah,kalau tak mesti boleh jadi punca pergaduhan(aku rasalah..haha).

Pendek kata,banyak perkara yang perlu diubah.Sebab..perkahwinan bukan sekadar untuk jangka masa pendek.Kahwin 3-4 tahun,kemudian bercerai.Kalau boleh,biarlah sampai ke hujung usia=) Betul tak?

Friday, July 23, 2010

Dah dapat ke belum tiket MTV World Stage 2010?

Dah dapat ke belum tiket MTV World Stage 2010?Aku baru je dapat tiket untuk event ni minggu lepas.

Frankly speaking,aku memang tak pernah pergi konsert MTV ni,kalau tak salah aku,last year pun ada jugak event ni.Indie gig pun aku jarang pergi,tapi tiba-tiba aku tergerak hati nak dapatkan tiket untuk event ni.

Mungkin sebab aku
nak tengok international artists (Katy Perry dan Wonder Girls perform live depan mata,haha) dan juga mungkin sebab sifat curiosity aku.Ada apa lah agaknya dengan MTV World Stage nanti?Teringat dulu-dulu,aku pernah ikut kawan aku ke Stadium Melawati,Shah Alam untuk konsert Gangstarz.Aku memang tak suka Gangstarz.Tapi disebabkan sifat curiosity aku,aku pun ikut jugaklah kawan aku ke Stadium Melawati.

Gangstarz kat Stadium Melawati memang
best berbanding dengan apa yang kita tengok kat TV.Sebab apa?Sebab sound system yang amat canggih.

Kalau kat rumah bujang aku tu,patutlah tak
best..TV dah lah kecil,siaran tak berapa jelas dan sebab sound system yang dah usang;)

Kembali semula kepada cerita tiket MTV World Stage tadi,mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku dapatkan tiket ni.Macam ni caranya..

1.Taip MTV dan hantar ke 28881
2.Kemudian tambah nilai(top-up) RM50
3.Celcom akan hantar vaucher untuk tiket MTV World Stage
4.Cepat2 redeem tiket kat Ticket Hotline,Taman Tun Dr.Ismail(TTDI)

Tuesday, July 13, 2010

Nak rumah besar,kereta bentley dan ada orang gaji boleh?

Ramai perempuan(aku rasalah..haha)yang berimpian besar untuk ada rumah besar(sebuah villa),kereta mewah(bentley,mercedes ataupun paling kurang proton persona)dan ada orang gaji yang akan meringankan beban dan kerja mereka di rumah.

Mungkin juga ada yang tak kisah tentang semua ni.Yang penting dapat bersama dengan lelaki yang mereka cintai.Biarpun hidup susah,terpaksa berpanas,basah dek hujan dan hanya mampu untuk naik RapidKL(perkhidmatan awam) untuk ke mana-mana.

Tapi aku rasa,tak ramai yang akan memilih untuk hidup susah semata-mata untuk bersama dengan pasangan yang mereka cintai.Dunia realiti tak seindah seperti dalam cerita hindi atau filem cinta yang kononnya romantik macam yang selalu kita tengok kat tv.

Kalau aku jadi perempuan pun,aku tak sanggup rasanya nak hidup susah.Tapi aku ada satu cerita nak kongsi tentang perempuan yang sanggup hidup susah demi cinta.

Cerita ni berdasarkan kisah benar.Bukan rekaan ye,sebab cerita yang aku nak share ni adalah cerita tentang kawan mak aku yang sempat mak aku ceritakan masa aku balik rumah bulan lepas.

Ceritanya pendek je.Macam ni ceritanya..masa muda2 dulu(masa bujang),mak aku ada seorang kawan berketurunan kerabat diraja yang memakai gelaran Ku.Ku jatuh cinta dengan seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai apa-apa gelaran,harta mahupun kekayaan.

Lelaki yang Ku cintai merupakan seorang guru sekolah biasa yang ketika itu bertugas di Sabah atau Sarawak(lupa..tak ingatlah..)Mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Rancangan mereka itu tak mendapat restu daripada ibu Ku.Tapi,Ku nekad dan tetap mendirikan rumah tangga dengan cikgu tersebut.Akibatnya,ibu Ku menghalau Ku keluar daripada rumah dan memutuskan hubungan dengan Ku.

Rasa2 nya sehingga hari ni,ibu Ku masih marah dengan Ku disebabkan pernikahannya dengan seorang lelaki biasa.

ps:Tak sangka,dalam zaman yang makin maju ni,ada juga yang masih berfikiran kolot.

Monday, July 12, 2010

Tak ada rezeki nak beli netbook dengan harga RM99

Semalam aku pergi timesquare sebab ada promosi untuk netbook dengan perkhidmatan percuma wimax dengan harga cuma RM99.

Pagi-pagi lagi aku dah ke timesquare bersama seorang kawan aku dengan harapan untuk membeli netbook yang murah tu,siap ada free wimax service lagi.Siapa yang tak nak kan?Semua orang nak,sebab kalau refer kepada market price,netbook acer atau msi tersebut berharga RM1200++.

Sampai sahaja di timesquare,aku dan kawan aku terus bergegas ke booth P1 Wimax.

Mula-mula,kena isi satu form berwarna hijau muda,kemudian masukkan ke dalam balloting box untuk sesi cabutan bertuah pada jam 2 petang.

Terdapat lebih daripada 50 buah netbook dan notebook yang sedia dijual dengan harga yang jauh lebih rendah daripada market price.

Tapi,apakan daya..tak ada rezeki nampaknya untuk aku dan kawan aku.Semasa sesi cabutan bertuah,tunggu punya tunggu..nama kitaorang tak terpilih pun.

Nak buat macam mana kan.Ada hikmah disebalik tu,mungkin aku patut save duit dari sekarang dan beli desktop yang baru sahaja berkenaan dihati ni semasa jalan-jalan kat low yat;)

Monday, July 5, 2010

Perempuan dan 1001 macam emosi

Bila berbincang tentang perihal perempuan,pasti hampir semua lelaki setuju perempuan ni penuh dengan emosi.1001 macam emosi.

Sekejap happy..sekejap sedih..sekejap hepi balik..sekejap merajuk.Jika tak salah aku,perempuan ada sembilan emosi,tapi cuma satu akal.Mungkin kerana sebab inilah,peranan sebagai ketua dipegang oleh lelaki dan bukan perempuan dan mungkin kerana sebab ini jugalah kuasa untuk menceraikan pasangan dipegang juga oleh kaum lelaki.

Aku ada macam-macam cerita tentang perempuan dan 1001 macam emosi.Salah satunya ialah tentang cerita semasa di MRSM Jasin,Melaka dulu.

Aku ada seorang
schoolmate,Azura namanya(bukan nama sebenar).Azura ni merupakan seorang pelajar yang amat cemerlang dalam akademik.Setiap kali exam,tak kiralah apa-apa paper sekalipun,meskipun hanya paper subjek sains komputer atau pendidikan jasmani,Azura mesti pass with flying colours.

Kerana kecemerlangannya dalam akademik,Azura menjadi buah mulut setiap pelajar dan guru di sekolah.Siapa yang tak kenal dengan Azura.Semua orang kenal.

Tapi,tiba-tiba dalam satu
exam di sekolah aku,Azura gagal untuk mendapat gred A untuk paper fizik dan dia hanya mendapat B+.Bagi aku..kira okeylah tu kan.B+ tu adalah gred yang agak baik jugalah untuk subjek sesukar fizik(sebab masa ni,kalau tak salah aku dapat C je,haha)

Azura cuba untuk mencederakan diri sendiri dengan cara melompat dari tingkat atas blok asrama puteri.Aku tak tau apa yang Azura rasa,mungkin kecewa atau mungkin sedih yang amat sangat.

Azura bernasib baik kerana hanya cedera ringan.Bayangkan jika hasil daripada tindakan bodoh tu Azura lumpuh atau kehilangan nyawa.Pasti ianya tidak berbaloi,gara-gara gred B+ dalam
paper fizik.

Walaupun Azura adalah
top student di sebuah top school,tetapi Azura terikut-ikutkan emosi berbanding pertimbangan akal yang waras.

Lelaki mesti tak buat perkara-perkara macam ni meskipun gagal dalam
exam.Betul tak?

Sunday, July 4, 2010

Aku jadi sasaran gay?

Entri kali ni aku nak cerita tentang perkara yang dah lama aku rahsiakan.Hanya mak dan kawan-kawan aku sahaja yang tahu tentang perkara ni.

Baru-baru ni,ada seorang lelaki(dalam lewat 20an aku rasa..)yang bersungguh-sungguh sangat nak kenal dengan aku.

Katanya nak jadikan aku adik angkat dia.Sebenarnya aku tak kisah sangat,tapi bila aku tanya reasons kenapa dia nak jadikan aku adik angkat,dia answer sebab nak mengisi kekosongan di hati.
Erk...aku dah rasa lain macam dah.Sebagai seorang lelaki(lagi2 jika dah berusia lewat 20an..)jika ada kekosongan di hati,cepat2 lah cari calon isteri.Sekurang-kurangnya ada tempat untuk meluahkan perasaan dan mengisi kekosongan hati.

Aku tak mahu bersikap sombong,jadi aku pun offer kepada ''abang'' tu untuk kenalkan dia dengan kawan-kawan perempuan aku.Tapi dia menolak,alasannya sebab pernah frust.

''Abang'' mengajak aku untuk datang ke rumah ''abang'' yang terletak di Bangsar.Seriously,aku tak berani nak pergi,silap2 lain pulak yang jadi.

Ini bukan kali pertama,sebelum ni pun ada juga seorang ''abang'' dari Puchong yang beria-ia benar nak jumpa dan berkenalan dengan aku.

Teringat kisah seorang kawan aku,Stephen(MAS Cabin Crew) yang menjadi sasaran gay di gymnasium Fitness First.Kata Stephen,jika nak ke gym,pergi pada waktu2 tertentu seperti pada waktu puncak(peak hours)sebab pada waktu ni,golongan gay tak berani nak kacau pengunjung-pengunjung lelaki sebab orang ramai kat gym.

Tuesday, June 29, 2010

The Notebook:Ramai perempuan menangis kerana filem ini

Kira-kira setahun yang lepas,ketika aku sedang asyik berfacebooking,aku sempat lah cuba-cuba app kat dalam Facebook.Aku tak berapa ingat app apa.Tapi,selesai mencuba app ni,app ini akan memaparkan tajuk filem yang berkaitan dengan perwatakan individu tersebut.

Kebanyakan kawan-kawan perempuan aku kat FB bila cuba app ni,tajuk filem yang diorang dapat ialah filem The Notebook.Ada yang komen tentang filem ni,kata mereka cerita ni sedih tapi best.

The Notebook mengisahkan tentang Noah dan Allie yang telah jatuh cinta pada usia yang muda.Namun,mereka berpisah setelah Perang Dunia Ke-2 melanda negara mereka.Sebelum itu Allie telah dihantar oleh keluarganya ke Sarah Lawrence College,manakala Noah menyertai tentara untuk turut serta berjuang dalam Perang Dunia Ke-2.

Mula-mula tengok filem ni macam bosan je,sebab latar masa filem ni ialah pada zaman 60an.Tapi filem ni memang best,cuma kenalah tengok sampai habis,sebab scene2 yang menarik banyak muncul ketika pertengahan filem ni.

Ramai perempuan yang menangis ketika menonton filem ni.Tapi,lelaki jangalah menangis plak ye;)

Friday, June 25, 2010

Rindu ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam

Agak lama rasanya aku tak makan air batu campur(ABC) di Seksyen 2,UiTM Shah Alam.Kalau tak salah,dah hampir setahun kot tak merasa ABC kat situ.

Dulu-dulu selalu pergi dengan kawan-kawan,walaupun kami semua tinggal di Kota Damansara,tapi kami sanggup juga ke sana,semata-mata nak menikmati ABC Seksyen 2.Perjalan dari Kota Damansara ke Shah Alam mengambil masa kira-kira 45 minit-1jam.

Lambatkan,sepatutnya setengah jam dah boleh sampai Shah Alam..tapi sebab kami semua naik moto kapcai je+pemanduan berhemah,tu yang lambat tu,haha.

Apa yang menariknya dengan ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam?

1.ABC yang dilimpahi dengan limpahan sos coklat
2.Banyak buah-buahan tin dalam ABC
3.Kuantiti yang amat banyak(kenyang sampai malam..)
4.Harga yang murah dan amat berpatutan
5.Pemandangan yang menarik(ramai student perempuan kat food court ni,haha)

Kalau nak pergi ke sini,senang je.Cari landmark ni..Kolej Jati Uitm Shah Alam atau Wet World Shah Alam atau Taman Tasik Shah Alam.InshaAllah,kalau dah jumpa landmark ni,maknanya dah nak dekat sampai lah tu;)

Ataupun..cara yang lain,sebelum ke sana carilah kat google maps dulu ye

Sunday, June 6, 2010

Kenangan membesar bersama World Cup


Hari ni dah masuk 5 haribulan.Tak lama lagi musim World Cup akan bermula.Tagline yang paling popular semasa World Cup,''makan bola..minum bola..tidur bola''.Bulan ni,rasa-rasanya..ramailah majikan,pensyarah,guru dan kaum wanita terutamanya yang akan merungut.

Mana taknya,majikan merungut kerana produktiviti pekerja menurun,pensyarah dan guru merungut kerana anak didik mengantuk dalam kelas dan kaum wanita pula merungut sebab mereka seperti diabaikan ketika musim World Cup,haha.

Entri kali ni,aku bukan nak cerita pasal kisah orang merungut waktu World Cup,tapi nak share kenangan aku membesar bersama World Cup.Aku dilahirkan pada Mei 1989,jadi World Cup pertama aku ialah pada tahun 1990.Masa ni masih bayi lagi.Jadi aku tak ingat apa-apa.World Cup kedua aku iaitu pada tahun 1994 pun aku tak ingat apa-apa.Baru umur lima tahun.Memang tak tau apa-apa pun pasal bola sepak,apatah lagi World Cup.Lagipun,ayah aku bukannya kaki bola pun.haha

Tahun 1998...Kali ni aku ingat.World Cup kali ketiga dalam hidup aku.Tahun 98 kalau tak salah masa tu baru darjah tiga.Perancis menjadi tuan rumah untuk tahun ini.Lagu tema World Cup pula ialah Ricky Martin- Livin' la vida lo ca.Pasukan Brazil,Ronaldo dan Zinedine Zidane paling popular masa ni.Tahun ni semua orang nak buat rambut macam Ronaldo(Botak dan ada sejemput rambut kat depan..haha).Sampaikan ustaz aku pernah cakap,kalau ada adik baru lahir,namakan lah Muhammad Ronaldo.Adeh,ustaz..ustaz...;)

2002..Korea-Japan.World Cup keempat dalam hidup aku dan World Cup pertama di asrama.Tahun 2002,baru Form 1..hingus pun meleleh lagi(sebab resdung)dan selalu homesick.World Cup paling happening,sebab cikgu-cikgu dan warden kat MRSM Serting semuanya kena demam World Cup.Sampaikan mereka sanggup menyediakan banyak venue dan set tv untuk pelajar menonton perlawanan bola sepak.Pertama kali tengok perlawanan bola sepak ramai-ramai dengan kawan-kawan dan abang-abang senior.Venue paling best ialah di Green Square berhampiran dengan PSP(library).Aku bukannya seronok tengok perlawanan bola sepak,tapi seronok dapat kumpul ramai-ramai dan dapat dengar kawan-kawan dan senior bersorak.Gooooaaaaallllll...

Green Square

2006..World Cup dan SPM.2006 merupakan tahun aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).World Cup yang membosankan dan penuh dengan stress.World Cup kali ini aku di MRSM Jasin,Melaka.Cikgu-cikgu dan warden tak seperti di MRSM Serting.Kadang-kadang kami akan senyap-senyap pergi ke dewan selera pada lewat tengah malam untuk menonton World Cup,kadangkala jika warden mengetahui akan aktiviti kami,mereka akan mengejar untuk menangkap kami semua.Kalau tak salah,tak pernah sekali pun warden berjaya.haha.

Niat warden sebenarnya baik,mereka tak mahu kami mengantuk dalam kelas keesokan harinya.2006,umur baru 17.Masih muda dan mentah.

World Cup 2006 di Germany dan dalam perlawanan final,Perancis bertemu dengan Italy.Dalam perlawanan final ini,berlaku satu insiden dimana Zinedine Zidane telah menanduk Marco Materazzi kerana Materazzi menghina keluarga Zidane.Zidane sebenarnya berasal daripada keluarga immigran yang berasal dari Algeria.Keluarga Zidane telah berpindah dari Algeria ke Paris sejak awal 50an lagi.


Insiden Zinedine Zidane menanduk Marco Materazzi

Afrika Selatan 2010..belum lagi bermula.Hmm..boleh buat tajuk entri akan datang ni.Kenangan membesar bersama World Cup ada yang manis dan ada yang pahit.