Followers

Tuesday, June 29, 2010

The Notebook:Ramai perempuan menangis kerana filem ini

Kira-kira setahun yang lepas,ketika aku sedang asyik berfacebooking,aku sempat lah cuba-cuba app kat dalam Facebook.Aku tak berapa ingat app apa.Tapi,selesai mencuba app ni,app ini akan memaparkan tajuk filem yang berkaitan dengan perwatakan individu tersebut.

Kebanyakan kawan-kawan perempuan aku kat FB bila cuba app ni,tajuk filem yang diorang dapat ialah filem The Notebook.Ada yang komen tentang filem ni,kata mereka cerita ni sedih tapi best.

The Notebook mengisahkan tentang Noah dan Allie yang telah jatuh cinta pada usia yang muda.Namun,mereka berpisah setelah Perang Dunia Ke-2 melanda negara mereka.Sebelum itu Allie telah dihantar oleh keluarganya ke Sarah Lawrence College,manakala Noah menyertai tentara untuk turut serta berjuang dalam Perang Dunia Ke-2.

Mula-mula tengok filem ni macam bosan je,sebab latar masa filem ni ialah pada zaman 60an.Tapi filem ni memang best,cuma kenalah tengok sampai habis,sebab scene2 yang menarik banyak muncul ketika pertengahan filem ni.

Ramai perempuan yang menangis ketika menonton filem ni.Tapi,lelaki jangalah menangis plak ye;)

Monday, June 28, 2010

Senarai armada kapal milik Malaysia Airlines

Entri kali ni nak cerita tentang armada kapal milik Malaysia Airlines(MAS).Kenapa aku tiba-tiba nak cerita tentang pesawat MAS plak ni?

Ceritanya macam ni,aku ada seorang kawan yang amat2 rapat(macam isi dengan kuku).2-3 kali setahun dia akan berulang alik dari Kuala Lumpur(KLIA)-Bangalore,India dan seperti biasa dia tak akan terbang dengan
airline lain selain MAS untuk ke Bangalore,India mahupun untuk pulang ke Kuala Lumpur walaupun terdapat airline lain seperti Tiger Airways dan Air Asia yang terbang untuk destinasi yang sama.

Tapi,bila tanya dia naik pesawat apa?Mesti tak dapat jawab dan jawapan biasa yang akan dia berikan ialah,''Ntah..tak tau,haha''.

Aku yakin,bukan dia sahaja yang berikan jawapan sebegini rupa,korang pun mungkin akan berikan jawapan yang sama,kalau aku tanya soalan macam ni
.
Betul tak?


Oleh itu,aku nak
share sikit knowledge aku yang tak seberapa ni.

Yang ini...

Airbus 330-200/300
Ini..
Boeing 737-400/800
Ni plak..
Boeing 747-400

Biasanya orang pergi menunaikan haji naik nilah..

Boeing 777-200 ER(extended range)

Penerbangan Tambang Murah..

ATR 72-500

Friday, June 25, 2010

Rindu ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam

Agak lama rasanya aku tak makan air batu campur(ABC) di Seksyen 2,UiTM Shah Alam.Kalau tak salah,dah hampir setahun kot tak merasa ABC kat situ.

Dulu-dulu selalu pergi dengan kawan-kawan,walaupun kami semua tinggal di Kota Damansara,tapi kami sanggup juga ke sana,semata-mata nak menikmati ABC Seksyen 2.Perjalan dari Kota Damansara ke Shah Alam mengambil masa kira-kira 45 minit-1jam.

Lambatkan,sepatutnya setengah jam dah boleh sampai Shah Alam..tapi sebab kami semua naik moto kapcai je+pemanduan berhemah,tu yang lambat tu,haha.

Apa yang menariknya dengan ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam?

1.ABC yang dilimpahi dengan limpahan sos coklat
2.Banyak buah-buahan tin dalam ABC
3.Kuantiti yang amat banyak(kenyang sampai malam..)
4.Harga yang murah dan amat berpatutan
5.Pemandangan yang menarik(ramai student perempuan kat food court ni,haha)

Kalau nak pergi ke sini,senang je.Cari landmark ni..Kolej Jati Uitm Shah Alam atau Wet World Shah Alam atau Taman Tasik Shah Alam.InshaAllah,kalau dah jumpa landmark ni,maknanya dah nak dekat sampai lah tu;)

Ataupun..cara yang lain,sebelum ke sana carilah kat google maps dulu ye

Thursday, June 24, 2010

MAS mungkin batal tempahan Airbus 380

2-3 hari ni,tiba-tiba timbul isu berkenaan Malaysia Airlines(MAS)yang berkemungkinan akan membatalkan tempahan pesawat Airbus 380 berikutan kelewatan Airbus SAS menghantar pesawat tersebut kepada MAS.

Airbus sepatutnya menghantar pesawat tersebut pada tahun 2007,namun sehingga kini masih gagal berbuat demikian.Bilalah Airbus nak hantar A380 ni agak-agaknya?Aku dah tak sabar nak tengok live depan mata ni.

2 minggu yang lepas,aku baru sahaja ke hangar Malaysia Airlines Engineering di KLIA.Ada dua hangar MAS Engineering di KLIA,hangar 05 dan hangar 06.Satu line di hangar 06 adalah dikhaskan untuk kerja-kerja maintenance,repair dan overhaul(MRO) Airbus 380.

Jika pihak pengurusan MAS membatalkan tempahan tersebut,berkemungkinan mereka akan menggantikan Airbus 380 dengan Boeing 777-300.

Harap-harap..Airbus dapat hantar Airbus 380 ni cepat-cepat.Kalau tak,terpaksalah aku tengok Airbus 380 milik Singapore Airlines je.


Walaupun,suatu masa dahulu MAS dan Singapore Airlines merupakan sebuah syarikat dibawah nama Malaysia-Singapore Airlines(MSA),sebelum Singapura berpisah dengan Malaysia.

Airbus 380

Sunday, June 20, 2010

Ini akibatnya apabila TM monopoli perkhidmatan internet Malaysia


Amat bengang dengan TM..sudah hampir 3 minggu aku tak bernyawa disebabkan TM yang lambat buat kerja.Buat kerja macam siput.

Ceritanya macam ni,aku baru saja pindah rumah baru,jadi aku terpaksalah
transfer line STREAMYX dari rumah lama ke rumah baru.Cuma pindah blok apartment sahaja,dari blok K ke blok J,kawasan perumahan masih tetap sama.

Tapi..tunggu punya tunggu dah hampir 3 minggu,
nothing happen...no actions from TM.Dah 2 kali aku terpaksa berulang alik ke TM Point Kota Damansara.Kali terakhir kunjungan aku ke TM Point Kota Damansara pada Jumaat lepas,mereka kata ada sedikit masalah teknikal dan aku perlu tunggu satu minggu lagi.

Takpelah..tunggu sajalah.Ikutkan hati nak je aku
terminate account streamyx ni.Tapi,kalau terminate,nanti kena penalty RM300++ plak,sebab kontrak dengan TM masih berbaki setahun ++.

Aku harap,satu hari nanti goverment akan buka pintu untuk
foreign internet service provider untuk masuk ke dalam pasaran Malaysia.Dengan cara ini,barulah wujudnya persaingan sihat untuk TM dan barulah perkhidmatan internet di negara kita akan menjadi bertambah baik.Faster connection with cheaper price.

Beberapa bulan yang lepas,kalau tak salah,TM baru sahaja melancarkan HSBB iaitu High Speed Broadband dengan nama komersialnya,Unifi.

Unifi atau High Speed Broadband menawarkan kelajuan bermula daripada 5mbps dengan harga RM149/bulan sehinggalah yang paling laju 20mbps dengan harga RM249/bulan
.


Mahal..!!!


Kenapa aku cakap mahal?Okey..jom kita bandingkan harga HSBB di Malaysia dengan negara-negara yang lain.Di Singapura dengan $$62.90(RM149) dah boleh dapat 15mbps,di Britain pula..24.99 pounds (RM125) dah boleh dapat kelajuan internet sehingga 40mbps.

Kepada menteri yang bertanggungjawab,Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim,sila ambil tindakan yang sewajarnya.Rakyat Malaysia berhak untuk mendapat perkhidmatan internet yang lebih laju dengan harga yang lebih berpatutan.

Kepada staf atau pengurusan TM yang mungkin membaca blog ini,sila ambil tindakan.Tiap-tiap tahun,TM untung juta-juta,tapi apa maknanya jika pelanggan tak berpuas hati dan kecewa dengan perkhidmatan TM.


Sunday, June 6, 2010

Kenangan membesar bersama World Cup


Hari ni dah masuk 5 haribulan.Tak lama lagi musim World Cup akan bermula.Tagline yang paling popular semasa World Cup,''makan bola..minum bola..tidur bola''.Bulan ni,rasa-rasanya..ramailah majikan,pensyarah,guru dan kaum wanita terutamanya yang akan merungut.

Mana taknya,majikan merungut kerana produktiviti pekerja menurun,pensyarah dan guru merungut kerana anak didik mengantuk dalam kelas dan kaum wanita pula merungut sebab mereka seperti diabaikan ketika musim World Cup,haha.

Entri kali ni,aku bukan nak cerita pasal kisah orang merungut waktu World Cup,tapi nak share kenangan aku membesar bersama World Cup.Aku dilahirkan pada Mei 1989,jadi World Cup pertama aku ialah pada tahun 1990.Masa ni masih bayi lagi.Jadi aku tak ingat apa-apa.World Cup kedua aku iaitu pada tahun 1994 pun aku tak ingat apa-apa.Baru umur lima tahun.Memang tak tau apa-apa pun pasal bola sepak,apatah lagi World Cup.Lagipun,ayah aku bukannya kaki bola pun.haha

Tahun 1998...Kali ni aku ingat.World Cup kali ketiga dalam hidup aku.Tahun 98 kalau tak salah masa tu baru darjah tiga.Perancis menjadi tuan rumah untuk tahun ini.Lagu tema World Cup pula ialah Ricky Martin- Livin' la vida lo ca.Pasukan Brazil,Ronaldo dan Zinedine Zidane paling popular masa ni.Tahun ni semua orang nak buat rambut macam Ronaldo(Botak dan ada sejemput rambut kat depan..haha).Sampaikan ustaz aku pernah cakap,kalau ada adik baru lahir,namakan lah Muhammad Ronaldo.Adeh,ustaz..ustaz...;)

2002..Korea-Japan.World Cup keempat dalam hidup aku dan World Cup pertama di asrama.Tahun 2002,baru Form 1..hingus pun meleleh lagi(sebab resdung)dan selalu homesick.World Cup paling happening,sebab cikgu-cikgu dan warden kat MRSM Serting semuanya kena demam World Cup.Sampaikan mereka sanggup menyediakan banyak venue dan set tv untuk pelajar menonton perlawanan bola sepak.Pertama kali tengok perlawanan bola sepak ramai-ramai dengan kawan-kawan dan abang-abang senior.Venue paling best ialah di Green Square berhampiran dengan PSP(library).Aku bukannya seronok tengok perlawanan bola sepak,tapi seronok dapat kumpul ramai-ramai dan dapat dengar kawan-kawan dan senior bersorak.Gooooaaaaallllll...

Green Square

2006..World Cup dan SPM.2006 merupakan tahun aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).World Cup yang membosankan dan penuh dengan stress.World Cup kali ini aku di MRSM Jasin,Melaka.Cikgu-cikgu dan warden tak seperti di MRSM Serting.Kadang-kadang kami akan senyap-senyap pergi ke dewan selera pada lewat tengah malam untuk menonton World Cup,kadangkala jika warden mengetahui akan aktiviti kami,mereka akan mengejar untuk menangkap kami semua.Kalau tak salah,tak pernah sekali pun warden berjaya.haha.

Niat warden sebenarnya baik,mereka tak mahu kami mengantuk dalam kelas keesokan harinya.2006,umur baru 17.Masih muda dan mentah.

World Cup 2006 di Germany dan dalam perlawanan final,Perancis bertemu dengan Italy.Dalam perlawanan final ini,berlaku satu insiden dimana Zinedine Zidane telah menanduk Marco Materazzi kerana Materazzi menghina keluarga Zidane.Zidane sebenarnya berasal daripada keluarga immigran yang berasal dari Algeria.Keluarga Zidane telah berpindah dari Algeria ke Paris sejak awal 50an lagi.


Insiden Zinedine Zidane menanduk Marco Materazzi

Afrika Selatan 2010..belum lagi bermula.Hmm..boleh buat tajuk entri akan datang ni.Kenangan membesar bersama World Cup ada yang manis dan ada yang pahit.

Helikopter Nuri dan hati yang sakit

Hampir setiap hari aku melihat helikopter sikorksy S-61A-4(helikopter Nuri) berlegar-legar di ruang udara Subang Airport.Kadangkala bunyi bising daripada ''besi buruk'' ini mengganggu sesi pembelajaran kami di sini.

Rakyat Malaysia amat
familiar dengan ''besi buruk''ni.Mana taknya,jika berlaku kemalangan udara di Malaysia,pasti melibatkan helikopter Nuri.Bermula dengan tragedi pada tahun 60an di Kuching,Sarawak sehinggalah tragedi di Genting Sampah pada tahun 2007.

Nuri akan terus digunakan oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia(TUDM)sehingga tahun 2018.Penyelenggaraan Nuri akan dilakukan oleh Airod Sdn Bhd,sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk pesawat dan helikopter milik pihak tentera.

Nuri walaupun rosak,bila-bila sahaja boleh dibaik pulih.Airod punya kepakaran dan kerajaan punya kewangan.


Helikopter Nuri milik TUDM

Tapi hati yang sakit belum tentu ada penawarnya.(Tiada kena mengena dengan Nuri..)
Malam tadi,aku dah buat satu kesalahan besar.Aku secara tak sengaja dah sakitkan hati seseorang.

Tak ada niat.Tapi aku mengaku memang salah aku.Bila dah buat sesuatu yang baik,tak usahlah mengungkit kan.Itu namanya tak ikhlas.

Tiba-tiba teringat kenangan zaman sekolah dulu-dulu.Kenangan ketika tazkirah kat surau MRSM Serting.

Kalau tak salah,pengisian tazkirah ketika itu berbunyi begini.''Ikhlas itu sukar dilihat.Ianya ibarat seekor semut hitam yang berada di atas timbunan batu-batu yang berwarna hitam''

Alhamdulillah,aku baru tersedar.Selama ini,aku suka mengungkit.Moga kejadian malam tadi akan mematangkan lagi diri ini untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.

''Saya minta maaf ye..''

Saturday, June 5, 2010

Setelah sebulan berblogging dan inilah hasilnya..

Pejam celik..pejam celik dan satu bulan satu minggu usia blog amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com dan dah masuk satu bulan jugalah aku berblogging.Cepat sungguh masa berlalu.Rasa macam baru semalam aku mula berblogging.

Alhamdulillah,bermula dengan hanya beberapa orang sahaja yang sudi mengikuti(followers)blog aku kira-kira satu bulan yang lepas,setakat malam ini sudah menjangkau 153 orang followers.Nor Hidayah Sulaiman(sahabat baik yang amat-amat rapat)merupakan antara followers terawal yang mengikuti blog aku.Ini blog Nor Hidayah (Jenguk-jenguklah k..)

Alexa rangking juga semakin bertambah baik.Kalau tak salah,masa mula-mula aku buat blog dulu..ranking alexa blog aku ialah 16,000,000 ++(lebih dari 16 juta).Kemudian turun kepada 8 juta++ dan kemudian 5 juta++.Ranking terkini pula ialah 3 juta ++.(Bilalah ranking blog aku nak turun bawah sejuta ni..)

Untuk traffic rank dalam Malaysia pula ialah 14,049.Aku kurang pasti traffic rank dalam Malaysia masa mula-mula berblogging dulu.Mungkin 40 ribu kot.

Tapi sebenarnya,yang paling menarik sekali dalam berblogging ni ialah..dapat berkenalan dengan ramai bloggers seperti fida aishah,ariff shah,ben ashaari,joegrimjow,atie,amalina peter,kakinakl dan ramai lagilah(tak boleh nak list semua,kalau tak..sampai esok pun belum tentu habis,haha)

Satu bulan satu minggu sebenarnya merupakan satu jangka waktu yang terlalu pendek.Pendek kata,masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam dunia blogging ni.Terima kasih kepada mrpiratz,ariffshah dan fida aisha yang banyak beri tunjuk ajar serta nasihat kira-kira sebulan yang lepas.


''Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan''


Friday, June 4, 2010

Jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran

Seawal jam 6.45 pagi sudah bertolak ke subang airport untuk menghadiri kelas basic aircraft engineering sehingga lewat jam 5 petang baru pulang ke D'Rimba,Kota Damansara.Kemudian,bergegas pula ke Sunway Univerity College untuk berguru dengan Atie tentang Herbalife,dan jika ada potential customer yang membuat temu janji,terpaksa pula meluangkan masa untuk potential customer.

No more rest..no dinner..less time for study..less time to sleep..akhirnya aku membuat keputusan untuk slow down in Herbalife walaupun aku suka berHerbalife.Tapi tak mengapa,by the end of July,I will officially join Malaysia Airlines and my time will become more flexible.Masa tu,bolehlah aktif berHerbalife.

Buat masa ini,belajar rajin-rajin dan pass all the exams dulu.Takut-takut nanti,yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Wednesday, June 2, 2010

Rahsia atuk kekal sihat dalam usia 80an

Malam ni tak ada ilham nak tulis entri baru untuk blog aku yang baru berusia satu bulan ni.Alhamdulillah,selepas penat aku fikir dan fikir dan fikir..akhirnya dapat satu ilham untuk entri malam ni.

Kali ni aku nak cerita pasal rahsia atuk kekal sihat dalam usia 80an.Aku ada dua orang atuk,seorang menetap di Kuala Pilah,n9 dan seorang lagi di Changkat Jering,Perak.Tapi,aku nak cerita tentang atuk di n9,sebab atuk yang di n9 ni kini dah berusia pertengahan 80an tetapi masih kekal sihat.Alhamdulillah ;)

Kalau tak salah,menurut mak,walaupun atuk dah berusia 80an tapi dalam sejarah hidup atuk,cuma sekali sahaja atuk ditahan di wad hospital.Atuk suka minum air dalam tin(air berkarbonat) dan juga merupakan perokok yang tegar.

Jadi,agak aneh kan.Apalah agaknya rahsia atuk untuk terus kekal sihat walaupun mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.

Rahsianya senang saja.Mak cakap masa dulu-dulu hidup susah.Semua buat sendiri.Kalau nak makan sayur,kena tanam sendiri.Kalau nak makan ayam,kena bela sendiri dalam reban.Dulu-dulu,mana ada instant dan process food.Bukan macam sekarang,kalau boleh semua nak yang segera sahaja.

No wonderlah,aku dan housemate walaupun tak pernah belajar masak,tapi kami mampu sediakan makan malam yang agak sedap.Sebab apa?sebab adanya bahan-bahan instant di pasaran.

Sebab tulah atuk kekal sihat.Hampir kesemua makanan yang atuk makan sejak kecil adalah dari alam semula jadi.

Atuk juga tidak nyayuk,dan rahsianya ialah tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan zikrullah.

Semoga atuk terus sihat,kekal waras dan dipanjangkan umur oleh Allah.Amin..

Atuk berbaju Melayu dan berserban putih

Tuesday, June 1, 2010

Tentera Israel serang aktivis pro-Palestin

Aku terpanggil untuk menulis entri tentang aktivis pro-Palestin yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa dekat dengan pesisir pantai Gaza.Menurut laporan akhbar yang baru sahaja aku baca tadi,kira-kira 19 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam serangan oleh komando tentera Israel tersebut.

Misi bagi menghantar bantuan kepada rakyat Palestin ini turut disertai rakyat Malaysia.Bagi kita disini,kita mungkin tidak berdaya dan sekuat mereka untuk sama-sama turut serta dalam misi bagi membantu saudara kita di Palestin.

Oleh itu,ayuh kita sumbangkan walau secebis doa untuk umat Islam di Gaza dan sukarelawan-sukarelawan yang sanggup berkorban wang,masa dan tenaga untuk umat Islam disana.Doa itu senjata bagi orang mukmin.Setidak-tidaknya ini menandakan kita peduli akan nasib saudara seIslam yang lain.

Video serangan komando Israel ke atas aktivis pro-Palestin