Followers

Monday, May 3, 2010

Adik..kami suspek tulang kaki adik ada kanser,kami kena tahan adik di wad

Sudah 3 bulan aku menderita sakit pada bahagian betis kaki.Kesakitannya seperti ditusuk-tusuk oleh objek tajam seakan pisau.Dah banyak klinik dan doktor yang aku kunjungi.Sudah banyak juga duit yang dibelanjakan.Namun..sakit yang aku alami masih tidak kunjung pergi.''Adik sakit urat je ni,saya bagi awak krim sapu dan painkiller okey'',begitulah kata-kata yang diucapkan oleh doktor setiap kali aku berkunjung ke klinik.

Aku tak dapat nak tidur malam,tak boleh fokus kat dalam kelas dan aku hilang selera makan.Aku juga tak boleh menunaikan solat dengan sempurna,nak berdiri tak terdaya.Alhamdulillah,aku berjaya kuatkan diri untuk tetap menyempurnakan rukun Islam tersebut walau hanya terpaksa duduk untuk setiap kali menunaikan solat.

Lalu,pada suatu hari aku nekad untuk pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)bagi mendapatkan pandangan dan khidmat daripada doktor pakar.(Terima kasih kepada Wak yang sudi ponteng kelas untuk hantar aku ke PPUM,jasamu akan kukenang sampai akhir hayat Wak).Pertama kali di PPUM,aku diarahkan oleh petugas hospital untuk ke klinik famili selepas selesai urusan pendaftaran.

Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)

Ketika di klinik famili,doktor di situ turut berpendapat bahawa aku cuma mengalami sakit urat selepas kira-kira 20 minit meneliti x-ray tulang kaki aku dan berbincang dengan doktor yang lain.Aku pulang dari PPUM bersama Wak dengan hati yang hampa dan masih tertanya-tanya akan punca sebenar sakit yang aku alami ini.

2 minggu telah berlalu,aku pergi sekali lagi ke PPUM,kali ini aku pergi bersama dengan ayah.Aku pergi ke bahagian ortopedik untuk mendapatkan khidmat pakar.Doktor pakar yang berasal dari Iraq(kalau tak salah..)mengambil masa yang agak lama bersama-sama dengan doktor-doktor pakar yang lain untuk meneliti masalah aku.

Setelah kira-kira sejam mereka berbincang,tiba-tiba salah seorang daripada mereka(seorang doktor berbangsa cina)bersuara kepada aku.''Adik..kami suspek tulang betis kaki adik ada kanser,kami kena tahan adik di wad,adik kena tidur wad malam ni ea''(-Tamat Bahagian 1-)


Ketika di Pusat Perubatan Univeriti Malaya(PPUM)


12 comments:

Juju said...

semoga adik cepat sembuh..

@taufiqhelios said...

be strong

Mrs. Q! said...

get well soon adik!

joegrimjow said...

ni kisah lama kan?

Nur Hawa Mohd Zin said...

semoga cpt smbuh

SyaNa_SaN said...

terkejut niey.. doc tue serius ker??

Anonymous said...

encik..sila smbg cte ni..ramai da ni tny ingt awak sakit btol2

amar haziq said...

ye ke..ok2
nnti sy smbung balik k..
tapi tak tau bile
so..kena tunggu..huhu

Anonymous said...

Urm, xde nampak bengkak sangat. kalau kanser pun, rasanya kaki boleh selamat lagi ngan ganti besi. kalau kanser tulang, ppum xpasti, tapi dulu dekat husm. cuba tanya doktor ortopedik. rasanya dekat ukm pun dah boleh buat sekarang.

siti nur fadhilah said...

may allah bless ya! get well soon :)

amar haziq said...

thanks fadhilah...

Alexender Great said...

hmm..bley jd..im da 1 bone cancer survivor..simptom mcm lebey kurang

Post a Comment