Baru aku teringat,beberapa bulan yang lepas aku ada terbaca tentang pembukaan kilang Coca-cola di Taman Perindustrian Enstek,Nilai,Negeri Sembilan.Jadi,aku tergerak hati untuk menulis entri berkaitan perkara tersebut hari ini.
Seperti apa yang kita semua sedia maklum,Baitulmaqdis,iaitu tanah suci bagi umat Islam telah berjaya dirampas dan dijajah oleh pihak Zionis Israel.Kita telah kehilangan tanah suci ini yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sejak tahun 1948 lagi.
Bermula daripada detik hitam itu,saudara kita di Palestin tidak pernah mengenal erti gembira kerana hampir setiap hari mereka dihantui oleh Israel.Hampir setiap hari mereka diganggu oleh tentera Israel yang lengkap dengan kereta kebal dan peralatan senjata yang berteknologi tinggi.
Dan kita juga sejak sekian lama,sudah tahu bahawa mereka ini didukung oleh syarikat-syarikat multinasional seperti Nestle,Sara Lee,Coca-cola company,Mcdonalds,Starbucks dan macam-macam lagi.
Apa yang menyedihkan ialah,baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pecah tanah bagi pembinaan kilang Coca-cola Nilai,Negeri Sembilan.Coca-cola membelanjakan sebanyak RM1 billion bagi pembangunan kilang pembotolan mereka itu.
Apa yang menyedihkan ialah,baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pecah tanah bagi pembinaan kilang Coca-cola Nilai,Negeri Sembilan.Coca-cola membelanjakan sebanyak RM1 billion bagi pembangunan kilang pembotolan mereka itu.
Apa gunanya kempen-kempen memboikot barangan yang menyumbang kepada Israel jika kilang mereka sudah bertapak di negara kita?
Apa gunanya wang yang kita sumbang selama ini untuk membantu saudara kita di Palestin,jika negara kita turut sama bersekongkol dengan Israel?
Sebagai konsumer,seharusnya kita memboikot barangan ini,demi nasib saudara kita di sana,kerana sebutir peluru yang menembusi badan mereka mungkin terdiri daripada wang yang kita belanjakan.
Aku pernah bekerja secara sambilan part-time di Mcdonalds suatu masa dulu dan kerap kali mengunjugi outlet makanan segera tersebut.Tapi kini tidak lagi.Sudah hampir dua tahun jika tak salah perkiraan.Moga usaha kecil ini walau tidak banyak,dapat membantu saudara kita di sana.
Kini,bukan lagi waktu untuk tepuk dada tanya selera,tapi tepuk dada tanya iman.Apa pula kata anda?
48 comments:
setuju..!!!
renung2 kn dan ambil lah tindakan sewajarnye
berusaha walau tidak bnyk tapi sedikit untuk saudara kita
aku rasa benda ni susah la bro. sbb klu nk ckp psl kilang diorang, nestle dah bape lama ada. kilang coke pon dah ada dah kat mesia ni.tapi usaha tu harus sentiasa ada...cayalah bro!
ye...usaha perlu sentiasa ada
tak kan nak duk diam je kan
at least..boikot produk d'org
tu lar kan...bukan ke pemanis sdn berhad ada hak tuk mengilang di malaysia ni,cukop lar,ni nak wat kilang coke lak..aduh...tapi okay lagi dari kilang arak...tu lagi besar!
kilang carlsberg tu aku tak tau xcite lah plak..
tp tulah..nama je negara islam..adehh
hang x gi mcd dah 2 tahun?? hebat!!~
aku pwn kdg2 rse berslah gak... tpi susah la....
kadang2 x tahan gak godaan mcd tu..hoho :P
yup2..
alaa klasmet aku ni..tukar je mcd dgn makanan laen
kan senang..
mcd---->1901 ke..subway ke..nandos ke..a&w ke..kopitiam ke..
bnyk pilihan
tp sume pilihan di tangan anda..;)
huhu
bodoh!!!!!! nk boikot konon, tapi kilang kat sini
relax2...jgn negative sngt..
yang bg approval utk bina kilang ialah kerajaan sekarang ni..
sebagai rakyat biasa kita hanya mampu boikot dan tukar kerajaan pada pru akan datang okey ;)
tulah, produk-support-israel satu hal. menghalalkan judi pun satu hal. tak tahu apa nak jadi negara ni.
salah pembesar negara kak najla..
rakyat yang merana
salam perkenalan amar..wah bertuah sungguh kamu belajar kat tempat ni. Semuga berjaya sehingga ke akhirnya.
Alhamdulillah kak..saya tak pandai sngt
ini semua rezeki
coca cola milik yahudi, utk merosakkan kita.. kalau u guys nak tahu.. bila coke di campur dengan daging babi, simpan dalan peti sejuk selama sejam.. daging itu turn out menjadi banyak cacing.. boleh search video itu di youtube .. :)
yup2..saya pernah tengok video yg lebih kurang mcam tu..
jadi..dont drink coke
bnyk lg air lain..;)
yehh dtg ats jmputan tuan umah..
thx drop da komen at my n3..
okey..no probs
setuju gilaa pasal post nih
haha.dah singgah belog nih.siap follow.
hey follow mw back.
dirtyblogygertie.blogspot.com
thanks...
k2..jap lg aku follow..haha
hmm.. rasa bersalah pulak.. saya pengunjung setia McD :P tapi dah tak kerap dah sejak pindah ke pedalaman nih..
mmg banyak sgt kesilapan kat negara ni to begin with.. sampai dah tak terbilang dah. kalu Carlsberg buleh ada kilang, tak heran la kalu Coke pun dapat jugak.
kita boleh tukar kak..
mula2 memang susah..lama2 mesti boleh
macam baby baru lahir jugak kn
mula2 xpandai pun nak merangkak..lama2 boleh je
;)
tak patut betul
mmg tak patut..tapi itulah realiti
emmmm isu hangat gak ni... x tau nk wat cam mana... aku ni kdg2 mkn gak McD tu, tapi coke ni mmg x suka...
susahnya bila urusan agama dipegang oleh yg bukan ahlinya...
assalamualaikum.
jika benar berita ini,hurm...tidak terkatalah saya.
walaubagaimanapun,cuba baca artikel yang saya pernah tulis pasal isu ini.
http://baikiminda.blogspot.com/2010/04/kita-selesa-kerana-kita-tidak-nampak.html
semoga anda semua dapat fikirkan sesuatu dari artikel saya itu.
assalamualaikum dan selamat beramal.
ingat,islam itu bermula ganjil.berakhir ganjil.fikir-fikirkan.
Dalam usaha kita untuk memboikot produk2 amerika, secara tidak sedar sebenarnya kita telah menyokong israel....
tulah..mcd ni dh sebati dgn remaja msia
aku pun suka mkn mcd..tp bley tukar kn..
tak mati pun..huhu
xtau nak comment camner tapi mcm sia2 jer boikot tp hasil ttp same....
Salam..
Gua ske VCOKE..
Hahaha.. bkn sblm ni Coke mmg dh de kilang dia kat malaysia ke? Botol dia pn ada buat kat Malaysia..
Kat JB ni la kot.. xsilap aku..
Sbb Coca-Cola is under Fraser & Neave Holdings Bhd.
So.. kat JB ni dh de dh kilangnya.. hahaha..
Blog gua > http://dakmuo.frenzyfm.my
stgh org ckp boikot xde guna, org lain still melantak gk.
thts something kite xkn bley ubah smpai dunia kiamat pon.
bia la we do our part, it's the least we can do kn. :)
congrats for the post bro.
sebenarnya susah nak boikot sebab ramai lagi rakyat kita taknak berusaha untuk boikot produk depa.
huhuhuhu.
tu lah masalah kita sekarang neh.
tapi apa2 pun..bak kata Lin O
WE DO OUR PART,ITS THE LEAST WE CAN DO
drpada senyap tanpa usaha..
thanks Lin O,Drunbella Khoo,DakMuO and Nadia arRumaisha
singgah sini pulak :)
okey..jap ea
cam mana nak boikot kalau ada pihak tertentu yang dapat habuan.. terus kenyang lerr..
bergantung atas kesedaran masing2.. kalau nak beli fikir byk kali..
teruskan boikot dan biar mereka rugi;)
hai dik...singgah sini yer..
okey2..nak singgah lah ni;)
naseb saya xsuke minum coca cola :)
btw. thanks for visiting my blog :)
welcome..
lagipun bukan sedap sgt pun kan..;)
apela nak jadi..kilang kilang lain pon dah lama beroperasi kt malaysia ni hah..
kite bukan sape2 pon bleh bantah sume tu..huhu..
cuba sehabis daya jelah kan..
ps// tengs for the visit.hehe
welcome tfaaaaa;)
isyh isyh .
coca cola bukan bez pun .
buat sakit kepala kalau minum .
perut pun sakit .
teruskan boikot . jgn putus asa !
:)
aku sokong ape kenyataan ko buat tuw..fuh3..
dah lama tak minum coke..tak sedap
Latest Entri : Taktik menewaskan Abdul Rahman dengan sebelah tangan atau sebelah mata (PES)
bos aku lak ketagih btol ngan coke...seb bek dia orang jepun..haha
ladang babi kat N9,kilang arak kat N9, kilang coke kat N9, pasni apa lak ..?
Post a Comment