Hari ni makan ikan jaket!Aduh..kecewa gler.Tak jadi nak turun TL(Trainee Lounge).Nak keluar makan kat luar ke nak duduk rumah je ek.Takpelah save some money lah,duduk rumah je.
Tiba-tiba,housemate aku yang baik hati,Karim offer nak masak nasi goreng dan hari ini menjadi hari yang amat bersejarah.Sebab apa?Sebab dapur kat rumah bujang ni,jarang -jarang berasap.Kalau berasap pun sebab air mendidih tak pun sebab ada orang celur mee segera.haha.
Jadi aku dengan semangatnya,turunlah ke TL untuk tapau nasi putih,sayur dan ikan jaket,sebagai bahan-bahan untuk memasak nasi goreng.Nama resipi nasi goreng yang housemate aku masak ni lain sikit,sebabnya memang tak boleh jumpa kat mana-mana.Namanya ialah nasi goreng ikan jaket.
Haa ikan jaket?Apa tu?Mesti ada yang tak pernah dengar kan,lebih-lebih lagi kalau tak pernah masuk asrama.Kalau pergi pasar atau hypermarket,memang tak kan jumpa ikan jaket ni.Sebab di pasar atau hypermarket,orang tak panggil ikan jaket ni ikan jaket.
Tapi ikan ni ada satu nama saintifik yang lain,iaitu ikan cencaru.''Mak cik,saya nak ikan jaket sekilo..,''Memang mak cik kat pasar tu bagi jaket lah,bukan ikan ye..haha
Gambar hiasan
Bahan-bahan:(Untuk hidangan 3 orang)
1.Nasi putih
2.Ikan jaket a.k.a ikan cencaru(2 ekor tanpa tulang dan dirobek-robek isinya,haha)
3.Sayur(apa-apa sayur pun boleh,kami pakai labu air+lobak merah)
4.Kiub pati ayam
5.Perencah nasi goreng(apa-apa jenama pun tak mengapa,beli yang murah-murah je,macam kami,kami pakai seri aji..RM0.50 per paket)
6.Kicap manis
7.Minyak masak(recycle punya,maklumlah..orang bujang,hehe)
Langkah-langkah berikutnya:
1.Basuh kuali dan sudip dahulu(isk3..dah berapa lama tak basuh ni)
2.Panaskan minyak masak
3.Masukkan kiub pati ayam dan gaulkan sehingga sebati dengan minyak masak.
4.Masukkan nasi putih tadi dan terus gaul supaya sama rata.
5.Kemudian masukkan isi ikan jaket(pastikan tiada tulang,nanti tercekik plak orang yang makan)
6.Dan akhir sekali campakkan sayur dan perencah nasi goreng bersama-sama dengan kicap manis.
7.Matikan api dapur.
8.Dah siap.....sedia untuk dimakan.
Tips:Lebih enak jika dinikmati bersama keropok ikan ;)
Rupa hidangan nasi goreng ikan jaket ini adalah amat buruk sekali,kerana housemate aku memang tak pandai nak menghias.Tapi,apa yang penting,hidangan ini amat sedap,lebih-lebih lagi kerana dimasak oleh housemate yang baik hati(ayat bodek je ni..)



