Followers

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Cerita ribut di Kota Damansara dan hikmah disebaliknya

Agak terlewat sebenarnya untuk aku post entri tentang ribut di Kota Damansara ni.Sebabnya,semasa kejadian aku tak dapat akses internet yang sempurna.Terpaksa pindah rumah.Jadi streamyx pun terpaksa lah pindah sama dan proses pemindahan streamyx yang memakan masa selama hampir tiga minggu.


Ceritanya macam ni..beberapa minggu yang lepas,secara tiba-tiba Kota Damansara dilanda ribut.Ribut yang amat kuat sekali.Pertama kali aku saksikan sepanjang aku hidup di atas muka bumi Allah ni.

Ribut yang berlalu hanya dalam masa beberapa minit telah mengakibatkan kerosakan harta benda kepada penduduk di kawasan sekitar Kota Damansara.Atap genting tercabut..cermin kereta pecah..struktur kereta remuk..motosikal rosak..dan macam-macam lagi.

Agak aneh sekali atau ini mungkin cara Allah menunjukkan kekuasaanNya,kerana kawasan masjid kuning Kota Damansara dan kawasan sekitarnya hanya sedikit sahaja terjejas,berbanding dengan kawasan perumahan berhadapan dengan masjid kuning Kota Damansara iaitu D'Rimba dan D'Villa yang teruk terjejas akibat ribut tersebut.

Tapi setiap kejadian Tuhan ada hikmahnya.Buat pertama kali sepanjang dua tahun aku menghuni di kawasan apartment ini,pertama kali rasanya aku dapat lihat penghuni-penghuni di kawasan ni keluar daripada unit apartment dan sempat beramah mesra serta bersosial antara satu sama lain.

Jika tidak kerana ribut,mungkin sampai ketika ini..mereka masih tidak mengenal antara satu sama lain,walaupun menghuni dan menetap di kawasan kejiranan yang sama.

Alhamdulillah..

Kredit kepada acancapik dan nizwan nawawi kerana sudi berkongsi koleksi gambar kejadian ;)















Friday, May 7, 2010

Apabila kekanda Sultan Kelantan dihalang melawat adindanya oleh pihak polis

Tengku Merjan,iaitu kekanda kepada Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra dihalang oleh pihak polis ketika berkunjung ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM),Kubang Kerian.Beliau juga mendakwa telah dihalau keluar wad pada hari Selasa lalu.

Apa nak jadi ni.Kakak nak lawat adik yang sedang sakit pun tak boleh.Pada pendapat aku,benarkan sahaja Tengku Merjan yang ingin melawat adindanya iaitu baginda Sultan Kelantan.Sekurang-kurangnya,dengan lawatan oleh ahli keluarga terdekat,kemungkinan baginda Sultan akan mendapat semangat untuk terus melawan penyakit yang baginda hidapi.

Sultan Ismail Petra

Krisis institusi diraja di Kelantan makin menjadi-jadi.Ada apa dengan pangkat dan status jika hati tidak bahagia.Keluarga porak peranda.

Sebagai rakyat biasa,walaupun bukan berasal dari negeri yang mendapat jolokan serambi Mekah tersebut,aku berharap agar krisis ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik serta hubungan kekeluargaan kerabat diraja Kelantan akan kembali utuh.

Thursday, May 6, 2010

Yahoo! Fakta menarik hari ini,mi segera bukan penyebab kanser

Siapa tak pernah makan mi segera atau nama saintifiknya mee maggi,sila angkat tangan?haha.Aku berani jamin tak kan ada sorang pun yang akan angkat tangan.Paling kurang pun,mesti pernah termakan maggi goreng kat kedai mamak atau pun masak sendiri.

Bukan susah pun kalau nak masak sendiri.Celur je dalam air panas dan kemudia tambahkan perencah,SENANG..Adik aku yang darjah 3 pun pandai(ye ke adik aku pandai masak maggi?tak pernah nampak pun,haha)

Hmm..cerita pasal maggi ni,maggi nilah
life saver terutamanya kepada orang-orang bujang macam aku dan kawan-kawan,terutamanya ketika hujung-hujung bulan.Semua jenis perasa maggi pernah kami cuba,baik asam laksa,tom yam siam,ayam,sayur-sayuran(vegetarian),kari berapi,goreng ala indonesia dan macam-macam lagi.

Tapi betul ke maggi adalah punca kepada kanser?Banyak juga cerita yang aku dengar tentang orang mati disebabkan kanser kerana pengambilan maggi yang terlampau banyak.

Usah risau lagi(terumatam kepada mereka yang berstatus bujang ye..haha),kerana semalam Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa mi segera bukanlah penyebab kepada kanser.

Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.

Yahoo!lepas ni ingat nak pegi Giant lah kejap.Nak beli stok maggi..hehe

ps:tapi..kalau ada bini kan best,hari-hari boleh makan sedap ;)

Oh!Maggi kari..



Wednesday, May 5, 2010

Sultan Kelantan dihalang polis PDRM untuk mendapatkan rawatan di Singapura

Secara jujurnya,aku amat terkejut dengan berita yang baru sahaja aku baca sebentar tadi.Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra telah ditahan oleh pihak polis ketika sedang menunggu sebuah pesawat peribadi untuk ke Singapura.Tujuan baginda ke Singapura adalah untuk mendapatkan rawatan lanjutan di Mount Elizabeth Hospital,Singapura.

Pesawat peribadi yang disewa itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.Jabatan Penerbangan Awam(DCA)ketika dihubungi,enggan mengulas tentang larangan tersebut.

Kemudian,baginda Sultan telah dibawa oleh anggota dan pegawai polis ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian.

Ketika sedang menunggu pesawat peribadi di lapangan terbang,baginda bersama-sama dengan rombongan yang terdiri daripada Tengku Anis iaitu Raja Perempuan Kelantan,Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry dan seorang doktor peribadi.

Difahamkan,tindakan pihak polis itu adalah atas arahan pemangku Sultan Kelantan,Tengku Muhammad Faris Petra.

Tindakan pemangku Sultan Kelantan ini berkemungkinan kerana krisis dalam institusi diraja Kelantan antara Tengku Muhammad Faris Petra dengan adindanya iaitu Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Sebelum ini,media melaporkan bahawa Tengku Muhammad Fakhry telah disingkirkan daripada

Semoga Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra akan cepat sembuh dan semoga krisis institusi diraja Kelantan ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.