Followers

Sunday, May 2, 2010

Kenangan zaman dulu-dolu di maktab rendah sains mara(Bahagian 1)

Selamat pagi..hari ni hari ahad.YES!...hari ni hari cuti.Malasnye nak pegi klas esok,tapi apakan daya,kalau tak pegi klas macam mana nak berjaya.Teringat masa dulu-dulu,aku tak suka pegi klass tapi bukan semua klas lah,aku cuma tak suka pegi klas add math.Kenapa ye?sebab aku paling lemah dalam subjek ni.Dah lah cikgu add math aku mase form 5 garang,tapi takpe cikgu..sebab cikgulah saya tak lagi gagal dalam subjek add math.Sebab cikgu jugak lah saya dapat cantikkan slip result spm saya.Kalau tak,mesti buruk gler slip result spm aku.huhu

Masa lower form yakni dari form 1 sampai form 3 aku sangat sayang kan sekolah aku iaitu MRSM sErting.Sebab nye.kat sini lah aku mula mendapatkan kebebasan daripada mak dan ayah aku.Merdekaaa...haha.Aku dapat ramai kawan kat sekolah ni dan aku juga amat bertuah kerana mendapat roomate yang pembersih waktu aku form1.Tiap-tiap minggu,mesti bilik aku menang anugerah bilik terbersih dari awal tahun sampai lah akhir tahun.Roomate aku ada 3 orang,Ridhwan,Haziq Kamil dan Acap.

Dah lama tak jumpa dengan diorang.Ridhwan skunk study kat US,study apa aku pun tak tahu.haha.Haziq Kamil masuk maktab perguruan.Aku tak tahu kenapa dia pilih jalan tu,mungkin disebabkan pengaruh ibu bapa kot.Ibu dan bapa Haziq Kamil bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah di Pahang.Acap plak,kalau tak salah tengah study law kat uitm shah alam.Tak tau bila boleh jumpa dengan diorang ni,mungkin bila masing-masing dah ada anak kot baru dapat jumpa balik.

Mase lower form kat MRSM sErting,aku tak pernah merasa menjadi senior sebab Majlis Amanah Rakyat(MARA)menghentikan pengambilan student lower form di MRSM sErting.Aku pun tak tau sebab apa.Tapi dengar nye..semua ini adalah disebabkan oleh arahan daripada ministry of education.Jadi..dari form 1 sampai lah ke form 3 aku,tak pernah merasa jadi senior.

Selama jadi junior,abang-abang senior tak pernah pukul aku atau marah aku.Mungkin sebab masa lower form muka aku comel kot,jadi diorang tak sampai hati nak marah atau pukul aku.(hahahahaha...pasan gler mamat ni)Tapi apa yang aku tak boleh lupa ialah masa aku form 1,aku kena usik dengan senior.

Kalau tak salah,waktu tu..aku tengah lepak2 kat bilik sebelah.Dah lewat malam dah.Tiba-tiba aku nampak satu lembaga yang mengerikan kat tingkap(cuak gaklah..).Aku pun baca ayat Qursi,sebab teringat ustaz pernah cakap,syaitan takut dengan ayat Qursi ni.Selesai aku membaca ayat Qursi,lembaga tu tak hilang-hilang(relaks je die lepak kt tingkap,sambil pandang muka aku,hampeh punye hantu..).

Aku teringat ada satu filem melayu ni,tak ingat tajuk apa,tapi filem era 80an lah..bila pelakon tu baca je ayat Qursi,lembaga tu tiba-tiba terbakar.Tapi..yang peliknya bila aku baca ayat Qursi,lembaga kat depan aku ni tak terbakar pun.

Tiba-tiba aku dengar ada orang gelak ramai-ramai.Rupa-rupanya,bukan hantu betul pun,senior aku rupanya.Adeh...terkena aku malam tu.Nasib baik tak ramai budak batch aku tau pasal malam tu,kalau tak mesti kena gelak.hahaha..-Tamat Bahagian 1-





Abang senior MRSM sErting(gambar hiasan semata-mata)

16 comments:

Mohd Alimie said...

Salam ziarah..ex Serting rupanya..ak ex k-krai sblum pndah ke pc..bab kenangan ni toksah citela, mmg banyak..bab kena 'raging' pun ada :)

amar haziq said...

terima kasih kerah sudi menziarah..
yupp..sy ex-serting sebelum pndah ke jasin
memang bnyk kenangan..yg best ade..yg xbest pn ade

THESUPERMOON said...

ahh, ngat ko nak mention pasal aku. rupanya, ceh, ceh, ceh.haha.
ckp pasal antu, time aku f5 antu mengamuk beria kt bilik aku.

amar haziq said...

ye ke..antu betul ke mun

wawa said...

tu la ingtkan ade cte pasal aku.. huhu..

amar haziq said...

nie baru bahagian 1..nanti aku wat cite pasal wawa,mun n bdak2 klas ibnu-khaldun plak..:)

Unknown said...

geng mamak.. ko jgn lupe geng senegara ko lak.. tu paling hot kot...hehehe

amar haziq said...

mane bley lupe...
tapi yang pling xbley lupe minah indon..haha
slalu kene kt lab time cikgu zaid

(to be) Ir. Nizam said...

cikgu zaid stil lagi ke kat serting eh.. baru teringat kat die..

amar haziq said...

klau xsalah ak die still ade lg kt situ
n pengetua kite..cikgu bahari pun ade lg..
rmai yg stay lg kt sane lg

THESUPERMOON said...

eh amar, bahari da tak de kat ctu da laa. n ramai cikgu yang da tak de kat sana laa.tp cikgu zaid ada lg laa kat sana

amar haziq said...

ye ke mun..bahari pindah mane plak
ke dah pencen??
cikgu ape yg xde kt sane lg?

[MizZue] said...

jasin batch bile? im jasinian jugak~

amar haziq said...

saye batch spm 2006
mizzue batch bile??

Anonymous said...

tahun 2002 kt mrsm serting ad lg klakar,drpd yg dceritakan, ad bdk lower form amik yasin bace...tapi hantu makin dekat

amar haziq said...

hahahaha..sape ni
senior aku ke?

Post a Comment