Followers

Sunday, May 30, 2010

Seminggu tak berblogging..

Haiih..dah seminggu aku tak update blog,terlalu sibuk dengan study dan berHerbalife.Maklumlah,orang baru dalam Herbalife,masih banyak ilmu yang perlu dipelajari terutamanya tentang nutrisi dan kesihatan.Minggu lepas sahaja,mugkin lebih daripada enam kali aku terpaksa berulang-alik ke sunway university college semata-mata untuk berguru dengan Atie.

Kagum dengan Atie,baru sahaja kira-kira enam bulan bersama Herbalife,sudah banyak kejayaan yang Atie kecapi dan sudah banyak juga insan yang dibantu oleh pelajar Monash University ini.Aku pula terpaksa slow down buat seketika dalam Herbalife,takut-takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran.

Maih banyak lagi exam dan modul yang belum selesai,terutamanya modul 11,human factor,propeller dan aviation legistlation.Notes untuk modul 11 sahaja sudah setinggi paras pinggang aku.(Banyak gler..cuba imagine..pening tak pening kepala aku,haha).

Tapi bak kata orang tua-tua,bukan susah nak jadi susah,dan bukan senang nak jadi senang.Usaha kita pada hari ini,akan menentukan siapa kita pada masa akan datang.InshaAllah,segala usaha hari ini,tak kan sia-sia.

Mr.Au Ting Ling(instructor di MAS Engineering)sering kali memberikan kata-kata motivasi terutamanya apabila melihat ada student yang tidur di dalam kelas.Kata-kata Mr.Au yang paling aku tak boleh lupa ialah,''You are studying for money,and I'm here to help you''.Amran(bukan nama sebenar)sering kali tidur di dalam kelas,tak tau apa masalahnya dengan kawan aku yang sorang ni.Masalah berat badan kot,takpun mungkin sibuk sangat AFUNDI Shahir,taulah si Shahir tu pernah jadi klasmet dia masa kat SMKA dulu;)

Satu lagi kata-kata Mr.Au yang aku tak boleh nak lupa,''I want all of you to wear three bars,and become licensed aircraft engineer,it's your future,not mine''

Harap-harap,masinlah mulut Mr.Au ni,dan semoga kami semua yang telah banyak menghabiskan duit rakyat dan kerajaan selama ini akan berjaya memperoleh ''three bars''.Amin..

17 comments:

hunny_collection said...

shiroi neko tee's updated...!

amar haziq said...

ape ni..tak paham..haha
hait2..

aMy said...

all the best!

amar haziq said...

thanks amy;)

amar haziq said...

owh ye ke
dah sign up?

nina suhaina said...

bila da abes blajar nanti mesti rindu time study ni kan ;)

amar haziq said...

sekarang ni pun dah terasa rindu zaman sekolah dulu2...
rasa2nya..dulu2 lagi best
makanan kat ds tak sedap..fly semata-mata nak beli roti..kena kejar dgn warden,bla2..haha

Nudinsenin said...

Amar..chaiyo2~~
sesama lar kita yerk..hehehhe

amar haziq said...

mana ada sama..koe avionic aku mechanical
lain tu..huhu

anymz said...

lama tak jumpa amar kat blog akak.mekaseh selalu singgah.oohh amar amik mechanical ya..or should u call me acik je...tak biasa bahasa diri akak pada teenagers yg sebaya anak2 nih..hehe..
my eldest is 25.
nnt boleh bg info tntg herbalife ni ek.

amar haziq said...

owh ye ke..huhu
k..saya pggil akak acik lah k..
acik nak tau pasal herbalife ea..
acik boleh contact saya via Facebook,e-mail or phone
mail : cheeseindulgence@gmail.com

Efendi said...

wah..herbalife..aku nk join gak la...baper stat nak masuk??

Atif Hafiz said...

semoga menjadi engineer yang berjaya:)...

amar haziq said...

sign up as member..rm98 only;)

amar haziq said...

thanks atif;)

Hanis Amanina said...

three bars tu ape ek?

amar haziq said...

three bars tu macam yg pilot pakai kat uniform diorang..yg kat atas bahu tu..
three bars symbolised licensed aircraft engineer;)

Post a Comment