Followers

Showing posts with label Jalan2 cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 cari makan. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Ketagihan hari Ahad~Nasi Kerabu Mek Kelate

Bila pagi2 ahad ni,mesti aku mengidam nak makan nasi kerabu mek kelate.Dulu-dulu aku jarang makan nasi kerabu ni,tapi semenjak dapat tau ada sebuah gerai kat seksyen 6,Kota Damansara yang jual nasi kerabu yang sedap ni,boleh kata tiap2 minggu aku akan ke sana.

Yang paling best tentang nasi kerabu ni ialah sambal dan ulam-ulamannya.Aku memang suka makan ulam-ulam ni atau menu yang ala2 kampung
compared to western food.Nak buat macam mana kan,dah nama pun orang kampung;)

Di gerai mek kelate seksyen 6 ni ada macam-macam lauk yang kita boleh add-on bersama nasi kerabu.Ada daging bakar,ayam percik,kari ayam,ikan keli sambal berlada,gulai ikan,lada sumbat(tak tau betul ke tak nama ni..haha)dan macam-macam lagi.

Satu lagi menu yang best kat gerai mek kelate ni ialah laksam.Masa aku
stay kat Kuantan kira-kira empat tahun yang lepas,senang je nak cari laksam ni.Tapi kat KL agak susah lah nak cari laksam.

Nasib baik ada jual laksam kat gerai mek kelate ni,tapi laksam kat sini
limited.Kalau ada rezeki,dapatlah beli..kalau tak,hanya tengok orang lain makan sajelah.

Friday, June 25, 2010

Rindu ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam

Agak lama rasanya aku tak makan air batu campur(ABC) di Seksyen 2,UiTM Shah Alam.Kalau tak salah,dah hampir setahun kot tak merasa ABC kat situ.

Dulu-dulu selalu pergi dengan kawan-kawan,walaupun kami semua tinggal di Kota Damansara,tapi kami sanggup juga ke sana,semata-mata nak menikmati ABC Seksyen 2.Perjalan dari Kota Damansara ke Shah Alam mengambil masa kira-kira 45 minit-1jam.

Lambatkan,sepatutnya setengah jam dah boleh sampai Shah Alam..tapi sebab kami semua naik moto kapcai je+pemanduan berhemah,tu yang lambat tu,haha.

Apa yang menariknya dengan ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam?

1.ABC yang dilimpahi dengan limpahan sos coklat
2.Banyak buah-buahan tin dalam ABC
3.Kuantiti yang amat banyak(kenyang sampai malam..)
4.Harga yang murah dan amat berpatutan
5.Pemandangan yang menarik(ramai student perempuan kat food court ni,haha)

Kalau nak pergi ke sini,senang je.Cari landmark ni..Kolej Jati Uitm Shah Alam atau Wet World Shah Alam atau Taman Tasik Shah Alam.InshaAllah,kalau dah jumpa landmark ni,maknanya dah nak dekat sampai lah tu;)

Ataupun..cara yang lain,sebelum ke sana carilah kat google maps dulu ye

Sunday, May 9, 2010

Oh,Hot Dog Ikea!

Entri kali ni rasa macam nak cerita pasal makanan lah.Perut tak pun berbunyi,tapi tiba-tiba teringat pula pada sosej+roti=anjing panas.Oops bukan anjing panas ye,anjing panas tu kalau direct traslation.huhu Yang sebenarnya ialah Sosej+roti=hot dog.

Dalam banyak2 tempat kat atas muka bumi ni,tempat yang paling murah dan best untuk makan hot dog ialah di Ikea.Kenapa ye?Sebab harganya yang murah.Cuma RM2.Cuba pergi pasar malam atau gerai burger tepi jalan,kalau tak salah harga hot dog kat sana RM2.50 kot.

Kadang2,aku pergi Ikea bukannya sebab nak shopping perabot pun,tapi semata-mata nak makan hot dog.

Rumah aku dan Ikea tak adalah jauh sangat,parking moto percuma plak tu.Memang selalu lah aku pergi makan hot dog kat sini.

Tapi semenjak jadual kelas yang telah berubah,tak ada masa lagi untuk ke Ikea.Kalau dulu2 bolehlah,tapi sejak dah jadi senior ni,banyak masa dihabiskan di kelas.Balik kelas dah penat.Nak pergi Ikea pun tak larat.

Aku rindu Hot Dog Ikea..=>
(ps:entri ditulis pada lewat tengah malam,setelah tiba2 terjaga daripada tidur.)

Tuesday, May 4, 2010

Ada apa dengan nasi lemak antarabangsa Kg. Baru


Entri kali ni nak cerita tentang nasi lemak antarabangsa Kg. Baru.Laparnya perut ni,sebab tulah tiba-tiba nak cerita tentang nasi lemak yang paling popular kat KL ni.Perut masih belum diisi,patutlah asyik berbunyi-bunyi sejak petang tadi.

Nasi lemak antarabangsa Kg. Baru ini mendapat namanya kerana seorang juruterbang Malaysia Airlines yang sering kali membeli nasi lemak di sini untuk dibungkus sebelum dibawa bersama ketika dalam pernerbangan ke luar negara.Daripada situlah nasi lemak ini mendapat gelaran nasi lemak 'antarabangsa'.

Perniagaan nasi lemak antarabangsa ini diasaskan oleh Puan Normi Tandoh kira-kira 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1973.



Dah dua kali aku mencuba nasi lemak ni.Pertama kali di warung asal nasi lemak antarabangsa yang terletak di Kg.Baru dan kali kedua juga ditempat yang sama.

Aku terpaksa beratur kira-kira 5-10 minit untuk menunggu giliran sebelum dapat membuat pesanan.Bagi nasi lemak biasa,harganya ialah RM2.95 dan harga akan meningkat mengikut jenis lauk-pauk yang ditambah.Antaranya seperti ayam masak merah,rendang daging,sambal sotong,telur goreng,begedil dan macam-macam lagi.


Bagaimana pula dengan rasanya?Hmm..bagi aku biasa sahaja,tapi boleh lah sekadar nak mencuba.Nanti kalau orang tanya,boleh lah jawab,dah penah makan dah.haha.