Followers

Friday, April 30, 2010

Siapa nak ikut sila angkat tangan!!

Festival remaja terbesar di Malaysia,Youth kembali lagi.Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal menghiasi acara tahunan ini ialah:









































Menarik kan!!Jadi,sesiapa yang nak ikut sila angkat tangan dan cepat-cepat klik link kat bawah ni untuk mendapatkan pas percuma selama 3 hari ke Youth10.

Kisah Awan Dania,Scha Al-Yahya dan pesawat Fokker-27

Pernah dengar tak tentang drama bersiri Awan Dania?Awan Dania ni disiarkan di Astro Ria dan mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dania(lakonan Scha Al-Yahya)yang berpewatakan kasar seperti lelaki tetapi bercita-cita untuk menjadi seorang flight attendant.

Aku tak lah berapa tahu sangat pasal drama Awan Dania ni,tapi apa yang aku nak cerita untuk entri kali ini ialah tentang krew produksi Awan Dania yang telah menggunakan pesawat Fokker-27 sebagai set atau latar bagi drama ni.Pesawat Fokker-27 ni sebenarnya adalah milik Malaysia Airlines Engineering Training Centre(METC) iaitu pusat latihan tempat aku belajar pada masa ini.


Pesawat Fokker-27 ini digunakan untuk tujuan latihan oleh pelatih-pelatih MAS Engineering.Secara jujurnya pesawat ini kelihatan amat buruk sekali dan oleh sebab itulah pesawat Fokker-27 ni digunakan untuk tujuan latihan dan bukan untuk tujuan komersial.Berbagai-bagai jenis kecacatan dan kerosakan boleh ditemui lebih-lebih lagi pada bahagian fuselage atau badan pesawat ini dan ini yang menghairankan aku kenapa krew produksi Awan Dania menggunakan pesawat ini sebagai set atau latar untuk drama tersebut.Kan ada banyak lagi pesawat-pesawat MAS dan Fireflyz yang lain seperti Boeing 737,ATR-72,dan Airbus 330.

Tapi...apa-apa pun tak kisah lah pesawat apa yang mereka gunakan,apa yang penting drama ni memang menarik serta lain daripada drama melayu yang lain.Kat bawah ini adalah sedutan daripada drama Awan Dania dan Fokker-27 sebagai latar penggambaran.Selamat Menonton;)

Thursday, April 29, 2010

Fireflyz menghargai Facebook Fans mereka

Syarikat penerbangan tambang murah Fireflyz sedang mengadakan promosi ekslusif khusus buat Firefly Facebook Fans.Facebook fans syarikat penerbangan tambang murah ini akan mendapat potongan 30% bagi harga tiket ke mana2 destinasi firefly antaranya seperti Penang,Singapore,Subang(Kuala Lumpur),Phuket,Banda Acheh dan banyak lagi destinasi2 menarik.Promosi ini hanya terhad untuk tempahan secara online sahaja dan untuk melayakkan Firefly Facebook Fans untuk mendapatkan potongan 30% ini,para fans hendaklah memasukkan kod promo bagi promosi ini ketika membuat tempahan.Kod promo bagi promosi ekslusif ini ialah ''FACEOFF''.

Promosi bermula dari 26 April 2010 dan berakhir pada 8 May 2010.Jadual penerbangan pula adalah dari 1 Julai 2010 hingga 31 Ogos 2010.Aku rasa strategi pemasaran Fireflyz adalah amat unik dan kreatif.Ini mungkin kerana Firefly ingin cuba mendominasi pasaran penerbangan tambang murah yang pada ketika ini dikuasai oleh pesaing terdekat mereka iaitu AirAsia.Jika terbang dengan Firefly banyak kelebihan yang boleh didapati.Antaranya ialah..Firefly beroperasi dari hub mereka iaitu di Subang Skypark berbanding AirAsia yang beroperasi dari terminal LCCT Sepang.Nak pergi LCCT kalau naik sky bus dari KL Sentral dah RM9 dan kalau naik KLIA Ekspres dah RM12++ berbanding dengan kos perjalanan ke Subang Skypark yang jauh lebih murah.Naik bas rapidKL dari Central Market cuma RM2++ je.Dah brape banyak dapat save kat situ.huhu Mungkin sesetengah orang tak kisah sangat pasal duit ni,tapi aku mewakili kawan2 aku yang masih bujang trang tang tang..(saje tambah..haha) amat prihatin sekali tentang bab2 berkaitan duit ni.Yelah..mana tak nye,baru2 ni majlis agama Islam baru sahaja menaikkan harga mas kahwin(tiba-tiba melalut,haha).

Sebelum aku melalut lebih jauh lagi,kepada Firefly Facebook Fans atau pembaca blog aku yang ingin mendapatkan promosi ni,korang bley lawat website Fireflyz fireflyz.com.my/facebook/faceoff

Wednesday, April 28, 2010

Sinetron Munajat Cinta TV9

Hari-hari lepas habis kelas dalam pukul 5.30 petang mesti aku dan housemate melekat kat depan tv.Sebab ape?sebab kami semua layan sinetron Munajat Cinta kat tv9..dekat di hati.Menariknya tentang sinetron munajat cinta ni ialah kerana heroin sinetron ni adalah heroin yang sama dengan filem ayat-ayat cinta iaitu Rianti Cartwright dan Zaski Adya Mecca.Aku sebenarnya bukannya kenal sangat diorang ni,inipun tau sebab baru je search kat wikipedia,hehe.Kepada pembaca blog aku yang tak kenal siape Rianti Cartwright dan Zaski Adya Mecca,dalam ayat-ayat cinta Rianti Cartwright berlakon sebagai Aisha(isteri Fahri) manakala Zaski Adya pula sebagai Noura(gadis yang menfitnah Fahri)
Okey..skunk aku nak cite pasal sinopsis munajat cinta.Sinopsis sinetron ni macam ni lah lbey kurang..mengisahkan tentang seorang pemuda soleh bernama Attar yang mempunyai dua orang isteri(Khumairah dan Maemunah) yang bukan sahaja cantik malahan solehah.Kehidupan mereka bertiga amat bahagia kerana mereka bukan sahaja kaya kerana memiliki beberapa buah perusahaan yang maju bahkan mereka juga amat taat dan patuh kepada Allah.Walaubagaimanapun,disebabkan kebahagiaan yang mereka bertiga kecapi,ada sahaja pihak atau individu yang mencemburui.Misalnya,Bakri iaitu seorang penjahat yang dalam diam-diam mencintai Maemunah,isteri kedua Attar.Bakri membunuh ibu Khumaira serta berusaha untuk membunuh Attar dan Khumairah demi untuk mendapatkan Maemunah.Segala rancangan jahat Bakri dibantu oleh dua orang pembantunya,Black dan Kadir.Randy pula merupakan direktor utama(general manager)di salah sebuah perusahaan milik Khumairah,Attar dan juga Maemunah.Randy merancang untuk membunuh Khumairah kerana khuatir Khumairah akan menggugat kedudukannya sebagai direktor utama(general manager)dengan cara berpakat dengan Bakri.Namun begitu,belum sempat rancangan Randy untuk membunuh Khumaira terlaksana,Randy telah dibunuh oleh Bakri kerana Bakri bimbang Randy akan menjadi penyebab dia diburu oleh pihak berkuasa.
Adakah Bakri berjaya membunuh Attar dan Khumairah serta mendapatkan cinta Maemunah?Korang kena tengok sendiri,sebab kalau cite lbey2 nanti xbest plak klau korang nak tengok sinetron Munajat Cinta ni..;)

Remaja 15 tahun mati ditembak peronda PDRM

Negara kita digemparkan dengan kisah remaja mati ditembak pasukan peronda PDRM.Pada mulanya,aku ignore je cite2 macam ni,sebab dah menjadi kebiasaan setiap hari pasti ada berita tentang orang mati.Tapi,aku mula tertarik untuk mengikuti tentang berita ini selepas instructor aku,Mr.Radzhi bercerita tentang kes ini di dalam kelas electrical pagi tadi.Rupa-rupanya,remaja tersebut,arwah adik Aminul Rasyid Amzah(15 tahun)mati kerana ditembak oleh pasukan peronda PDRM dan pihak polis mendakwa arwah terlibat dengan kegiatan jenayah serta memiliki senjata haram.Arwah adik Aminul iaitu seorang pelajar SMK Seksyen 9 sebenarnya baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak English Premier League(EPL)bersama rakan-rakan arwah.Difahamkan,arwah adik Aminul dan rakan-rakan bertembung dengan pasukan peronda PDRM dan mereka panik kerana tidak memiliki lesen memandu lalu terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian.Haiiih...tak pasal2,arwah kena tuduh sebagai penjenayah dan memliki senjata haram sedangkan kesalahan arwah adik Amirul cuma memandu tanpa lesen.


Semalam dan hari ini,ramai pihak menuntut akan keadilan buat arwah adik Aminul dan keluarga.Difahamkan,kes ini akan didengar di kabinet.Antara individu yang mengecam kejadian ini termasuklah Prof. Madya Abu Hasbullah Hassan melalui facebook prof.

Diharapkan kes ini akan diteliti oleh pihak berkuasa serta barisan kabinet dengan seadil-adilnya dan pegawai polis yang terlibat dapat dihadapkan ke mahkamah.Justice for adik Amirul Rasyid.

Tuesday, April 27, 2010

8 Pelajar MRSM Bentong Positif H1N1

8 pelajar MRSM Bentong Positif menghidap selsema babi atau virus H1N1.Virus ini dipercayai dibawa masuk oleh orang luar yg datang menyaksikan temasya sukan tahunan mrsm tersebut.Alhamdulillah...selama 5 tahun aku study kt mrsm,belum pernah lagi berlaku kejadian spt ni.Paling teruk pun klau tak salah,masa form 2 kat mrsm serting..ramai gler student yg demam.Aku plak tak demam,tapi..bila semua orang dah sihat aku plak yang demam.Aku pun tunggu kt foyer depan pejabat sekolah sbb nak tunggu van untuk pegi klinik.Mase kat klinik,penolong pegawai perubatan suruh aku amek darah sbb nak wat lab test.1st time dalam hidup aku kena amek darah.Cuak glerr time tue,sbb aku takut tengok darah dan jarum.


Sebahagian pelajar MRSM Bentong yg dikuarantin


Lepas amek darah,aku hampir2 jatuh dan pengsan sbb before amek darah,aku tak makan ape2.Nasib baiklah aku sempat capai kerusi dan terus duduk.Kalau tak,mesti klinik tu jadi riuh sbb ada patient pengsan.Berbalik semula kpd cerita student MRSM Bentong positif H1N1,hopefully mereka semua akan cepat sembuh dan dapat sambung study semula.InsyaAllah..


Antara koc komuter untuk wanita,gangguan seksual dan wanita berjilbab

Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB)akan memperkenalkan koc komuter khas buat penumpang wanita bermula esok.Perkhidmatan ini akan bermula esok bagi laluan Port Klang-Sentul.Pengenalan perkhidmatan ini adalah kerana beberapa sebab antaranya ialah untuk mengelakkan penumpang wanita drpd bersesak-sesak dengan penumpang lelaki dan juga untuk mengelakkan drpd gangguan seksual(perempuan dgn perempuan takde gangguan seksual ke??).Koc khas ini terletak di bahagian tengah tren komuter dan boleh dikenal pasti melalui kain rentang yg dipasang pada platform dan tiang platform yg berwarna merah jambu(abang2 jgn salah masuk plak ye..huhu)

Tahniah KTMB kerana memperkenalkan satu perkhidmatan yg unik khas untuk penumpang wanita.Namun begitu,punca2 utama wanita menjadi mangsa gangguan seksual adalah kerana wanita sendiri(pembaca wanita mesti disagree dgn statement aku ni..)Cube kalau ramai2 perempuan atau kaum wanita yg menggunakan perkhidmatan komuter nie menggayakan pakaian macam awek kt bawah ni.Rase2 nye mesti peluang untuk menjadi mangsa gangguan seksual adalah amat tipis sekali.Allah tak murka,nabi pun suka..siap dapat pahala lagi.=>