Bukit Broga atau Broga Hill memang cukup popular kepada mereka yang menjadikan fotografi sebagai aktiviti masa lapang.Dari atas puncak Broga,dapat dilihat pemandangan yang cukup indah.Pertama kali aku sampai ke puncak Broga sabtu lepas,Subhanallah..memang cantik.Lagi-lagi kalau dapat sampai ke puncak pada waktu awal pagi dan dapat tengok sunrise.

Kami berkumpul di Petronas Semenyih,sebelum sama-sama ke Broga,tapi group aku dari Subang dan satu lagi group dari USIM mula mendaki lebih awal sedikit daripada group dari UIA.

Dari kaki bukit Broga sampai ke puncak makan masa lebih kurang dalam satu jam.Sampai saje di puncak Broga,kami semua ternampak ada satu signboard Gunung Tok Wan yang terletak kira-kira 3.1 km dari puncak Broga.Tak pernah tahu pun sebelum ni ada sebuah gunung selepas puncak Broga.Sebelum mendaki Bukit Broga ni,aku adalah google tentang Broga,tak jumpa plak pasal Gunung Tok Wan ni.
Selepas puncak Broga,kami meneruskan pendakian ke Gunung Tok Wan.Frankly speaking,mendaki Gunung Tok Wan adalah berkali-kali ganda lebih mencabar dan memenatkan berbanding mendaki Bukit Broga.Jarak yang lebih jauh ditambah dengan cabaran terpaksa meredah hutan belantara.Mungkin sebab inilah,tak ramai yang meneruskan pendakian hingga ke puncak Gunung Tok Wan,hanya sekadar di puncak Broga je.
Dari puncak Broga nak ke puncak Gunung Tok Wan plak,kami semua ambil masa kira-kira 1jam 20 minit.Untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan,tak boleh miss walau satu pun penanda yang biasanya berwarna merah pada dahan-dahan pokok hutan.Kalau miss..mungkin boleh sesatlah,sebab track berada di tengah-tengah hutan tak macam track dari kaki Bukit Broga ke puncak Broga.
Makin tinggi kami daki Gunung Tok Wan,makin dingin suhu dan makin sejuk udara sekeliling.Kat atas puncak Gunung Tok Wan tak ada apa sangatlah yang menarik,cuma sekadar sebuah kawasan lapang ditengah-tengah hutan.Sempatlah makan nasi lemak yang student UIA masak dan juga biskut kering Hup Seng(Terima kasih banyak-banyak student UIA...haha)Tapi..dari puncak Broga ke puncak Gunung Tok Wan,ada satu tempat menarik,iaitu di celah-celah timbunan batu-batu besar di antara dua buah bukit,terdapatnya mata air.
Rasa air mata air ni memang sejuk dan fresh,tak sama macam air paip yang dah dirawat dan dicampur dengan klorin.Masa nak turun semula ke bawah,kami masukkan air mata air tu ke dalam sebuah botol,dan walaupun dah sampai kat bawah,air mata air masih sejuk lagi.Macam simpan kat dalam fridge je.
8 comments:
niceee..teringin nak g..=)
Check it out Entri Paling Best !
# Cinnabon Rolls, Roti Paling Sedap Di Dunia#
# Keputusan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4, 2011#
# Suntik Tattoo Dalam Mata !! #
# Awek Pakai Magic Cup Kencing Berdiri ? #
teringat masa daki mt. sinai...mmg best dan sgt mencabar...mula pukul 12mlm sampai kat puncak 3 jam kemudian...suhu kat puncak sejuk gilerrrrr (-5)..tp yg paling best bila sunrise...kagum yg teramat!!!
tak singgah nottingham ke?
seronoknya!;)
woi..ni je ke?tergantung la amar..
nak singgah nottingham buat ape..pagi2 buta tu..student nottingham pun xbgun lagi...
aku xde idea r..tolong buat conclusion utk ak..
broga hill! sy baru plan nk ke sane!
:)
jum terjah sy plak!
dtg sini, kumen2 smbil klik nuff!
cite turun,men slide,mandi..xde?
Post a Comment