Followers

Monday, July 5, 2010

Perempuan dan 1001 macam emosi

Bila berbincang tentang perihal perempuan,pasti hampir semua lelaki setuju perempuan ni penuh dengan emosi.1001 macam emosi.

Sekejap happy..sekejap sedih..sekejap hepi balik..sekejap merajuk.Jika tak salah aku,perempuan ada sembilan emosi,tapi cuma satu akal.Mungkin kerana sebab inilah,peranan sebagai ketua dipegang oleh lelaki dan bukan perempuan dan mungkin kerana sebab ini jugalah kuasa untuk menceraikan pasangan dipegang juga oleh kaum lelaki.

Aku ada macam-macam cerita tentang perempuan dan 1001 macam emosi.Salah satunya ialah tentang cerita semasa di MRSM Jasin,Melaka dulu.

Aku ada seorang
schoolmate,Azura namanya(bukan nama sebenar).Azura ni merupakan seorang pelajar yang amat cemerlang dalam akademik.Setiap kali exam,tak kiralah apa-apa paper sekalipun,meskipun hanya paper subjek sains komputer atau pendidikan jasmani,Azura mesti pass with flying colours.

Kerana kecemerlangannya dalam akademik,Azura menjadi buah mulut setiap pelajar dan guru di sekolah.Siapa yang tak kenal dengan Azura.Semua orang kenal.

Tapi,tiba-tiba dalam satu
exam di sekolah aku,Azura gagal untuk mendapat gred A untuk paper fizik dan dia hanya mendapat B+.Bagi aku..kira okeylah tu kan.B+ tu adalah gred yang agak baik jugalah untuk subjek sesukar fizik(sebab masa ni,kalau tak salah aku dapat C je,haha)

Azura cuba untuk mencederakan diri sendiri dengan cara melompat dari tingkat atas blok asrama puteri.Aku tak tau apa yang Azura rasa,mungkin kecewa atau mungkin sedih yang amat sangat.

Azura bernasib baik kerana hanya cedera ringan.Bayangkan jika hasil daripada tindakan bodoh tu Azura lumpuh atau kehilangan nyawa.Pasti ianya tidak berbaloi,gara-gara gred B+ dalam
paper fizik.

Walaupun Azura adalah
top student di sebuah top school,tetapi Azura terikut-ikutkan emosi berbanding pertimbangan akal yang waras.

Lelaki mesti tak buat perkara-perkara macam ni meskipun gagal dalam
exam.Betul tak?

21 comments:

gabanMorka said...

lelaki biase gelak je

Fiq said...

aku mmg tensen kalau ada kwn yg dpt higher marks dr aku tapi wat kejadah haram macam azura tuh..paling koman pon dok sumpah maki hamun rezeki Allah bagi..ta bsukur..
aisehh! emosi la plak kan..haha

amar haziq said...

gabanMorka:gelak sebab fail exam..hahaha

Fiq:aiik..koe plak yg emosi,jangan buat malu lelaki,hihi

MyFunDarkSide said...

? kalau nerd msti lepastu study lagi kuat. Kalau guy biasa.. g tgok movie ke ape, kalau gentleman.. diam je cool, kalau lelaki agak giler, sure meraung kuat2 nak bagi semua orang dengar AAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!

amar haziq said...

myfundarkside:ada jugak ke yg meraung..

Arra JaSmY said...

salam bro.

Hurm..sokong jugak tuh.wanita neh kadang2 cerdik tp pendek akal..hehh.tp itu yg melengkapkan lelaki dan wanita sbg pasangan kan..:)

amar haziq said...

wassalam sis

hmm..betul jugak tu..kan fitrah lelaki dan perempuan..saling melengkapi;)

Anonymous said...

sy taw name sbenar azura.hahahhahha

nur azhani said...

slm geng mamak..

x semestinye gak... eventhough laki lbh lepak berbanding perempuan.. tp ade je species yg same seperti di atas.. bg aku.. ia berdasarkan iman seseorg dlm menghadapi bende2 camni.. klo kuat iman seseorg.. x kire laki or perempuan.. aku rase chill je.. tp x semestinye mereka yg sentiasa lpk tu imannya kuat.. hehe

Mr.Homosapiensz said...

salam singgah balik....

aku klu fail tu kecewa gak la tp xde la sampai @#$%^&*.......

amar haziq said...

anonymous:baik dirahsiakan..cerita ni pun sy dah ubah,tak sama macam cerita sebenar..sekadar untuk pengajaran dan tauladan

azhani:wassalam minoh indon
waa..baguslah komen koe..betul jugak tu tak semestinya perempuan,lelaki pun ada yg macam tu
tapi koe setuju kan kalau aku cakap perempuan lebih mengikut perasaan berbanding lelaki..hehe

ZihNuN FaTiN said...

mungkin azura tak pernah gagal dlm pelajaran...bg kita,itu xkn dikira gagal teruk..mungkin sedikit saja...ex roommate sy dl pn de yg frust gila dpt B+..sbb dia xpnh dpt cm2,jd frust teruk...huhu

suhaisweet said...

Nice n3..Very special for u.. Don’t Miss it!

kenwooi said...

ladies are pretty emotional and expressive =P

amar haziq said...

Zihnun Fatin:mungkin betul jugak tu..rase2nye azura xpernah dapat B+ kot

suhaisweet:thanks

kenwoi:yupp..i agree

Anonymous said...

haha..tak jugak.teringat dulu zaman sekolah.pelajar lelaki ni gare2 paper 1 kimia tak dapat ape yg dia nak score,die nak terjun bangunan sekolah.siap pihak bomba datang lagi,hehe..da la pengerusi kadet bomba pulak tu.padahal ade lagi 2 paper kimia lagi yang tak tau berape markah nye..hihi..so,lelaki perempuan same je.kalau dah tak pandai kawal perasaan.macam-macam boleh jadi. :)

Afzainizam said...

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda

uhhhhh wanita hari ini....

♥ifa tasya♥ said...

Anda di Tag!!
http://ifatasya.blogspot.com/2010/07/award-from-justkina.html

Nur Mudrikah said...

kesah yg lbeyh krg same pon pernah tjadi kt skol dlu,background skol yg lbeyh krg same ng cite di ats tp dak lelaki nk trjun bmbung coz awek nk mintak clash..so cmne tuh???

nadia said...

emmm...tu lah namanye perempuan,but tu bukan alasan..jangan jadikan nafsu menguasai akal...

boujemaa said...

salam alikom maschaaa alah

Post a Comment