Followers

Wednesday, November 24, 2010

Apa hak seorang guru untuk hina pelajar

Semalam bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Pejam celik..pejam celik dah hampir empat tahun aku tinggalkan sekolah aku.Tak sedar,dah lama aku menduduki peperiksaan SPM iaitu pada tahun 2006.Rasa macam baru semalam je aku duduk dalam examination hall.

2006 iaitu pada tahun aku menduduki exam SPM adalah merupakan tahun yang paling stress.Rasa macam kalau gagal SPM,"jahanam" lah perjalanan hidup selepas tu.Teringat pada seorang cikgu yang pernah menghina aku sebab aku bukanlah top student dalam subjek cikgu tersebut dan aku tak pernah dapat 'A' pun dalam subjek tu.

"Nah ambil kertas exam awak ni,simpan kat dalam bilik guru lama-lama sampai jadi pekasam pun bukan boleh naik markah awak"

Inilah kata-kata cikgu yang masih lagi terngiang-ngiang walaupun telah lama aku tinggalkan sekolah.Cakap bukan main kuat lagi,macam nak bagitau satu bilik guru aku dapat markah teruk.

Aku rasa seseorang guru tak ada hak untuk hina pelajar atau anak muridnya.Lebih-lebih lagi dihadapan guru-guru yang lain.Sepatutnya,seseorang guru haruslah memberi nasihat atau kata-kata semangat supaya anak didiknya lebih terus berusaha dan mendapat result yang lebih baik.

"Bukannya saya tak usaha cikgu,saya dah usaha..tapi cuma ini sahaja yang mampu saya dapat"

Tapi...Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya mendapat 'A'untuk subjek cikgu dalam exam SPM.First time dapat 'A'.Terima kasih kepada seorang sahabat yang tak jemu-jemu mengajar aku hingga lewat malam pada malam sebelum paper subjek tersebut.

34 comments:

areen said...

wahh cikgu ape ni?aku nk igt2 blk..tp xigt2

amar haziq said...

koe tak kenal rasanya..sebab cikgu ni dengan student perempuan mmg baik gler...

tapi bila dengan lelaki..tuhan saje lah yg tau..

biarlah rahsia..;)

ifah said...

huhu sadis2.
msg2 ad kemampuan tesendiri. ckg x leh same kan dgn student lain. kan?!

mR Gee.!! said...

senang2 ko tanyer dia baLik...

kalau cikgu ade anak nanti..
'ape perasaan cikgu biler org hina anak cikgu mcm tuh..?'

ingat cikgu, semua perbuatan kiter ade balasan nyer..
xkene kat kiter, akan kene kat anak atau ahli keluarga kiter..

areen said...

kirenye cikgu lakila ni?sbb cikgu pmpn xbaek ngn stdnt pmpn sgt

.cik yaya. said...

hehe segelintir cikgu je cmtuh..hehe sbar la eh yg penting buktikan pd dia yg kita boleh berjaya!! jom join giveaway yaya kalau free!

amar haziq said...

ifah:yupp..lain student lain kemampuan

mr gee:hahaha..berani plak nak tanya masa tu..sekarang ni aku berani lah..
nanti dia cakap aku kurang ajar plak

areen:a'ah..tak yah lah nak teka2 ye..haha

cik yaya:yupp..tu yang tengah usaha ni;)

hans said...

1st time singgah sini
owh..

aku pun pernah di maki lebih teruk daripada nih
aku dlu skolah teknik
di sekolah teknik ada 3 aliran dan kalau ikut dari segi bijak pelajaran dimulai dengan teknik, vokasional dan kemahiran.

Aku di aliran teknik. Kami satu kelas dapat cikgu yang ajar mat moden. Kalau mat tamb tu lain cerita la kalau failed. tapi mat moden pun aku dan rakan - rakan fail. Dari ujian pertama sampai trial SPM aku dan rakan - rakan dapat G! Means failed.

Hinggalah satu hari dia marah - marah kami satu kelas dengan suara kuatnya. Kelas lain semua tengok. Paling tak tahan dia cakap,"Menyesal saya ajar kelas kamu nih Nama saja Teknik tapi bodoh! Baik saya ajar budak kemahiran! Ada juga faedah! Kamu semua nih lebih teruk dari budak kemahiran!"

Budak kemahiran tu tak silap aku belajar tentang praktikal jer jadi memang tercabar dan marah gila. Mula - mula aku rasa cikgu tu tak patut cakap macam tu sebab dia yang ajar tak faham. Tapi, akhirnya aku berterima kasih dekat dia sebab tak kerana gara - gara dia maki aku satu kelas macam tu mungkin aku dah berbelas orang lagi rakan2 aku tak akan dapat A dalam SPM.

apa2pun, biarlah! apa2pun dia cikgu kita kan? akhirnya,kita dah berjaya. Alhamdulillah!

Maaf panjang komen...dah macam entry dah...saja kongsi pendapat dan pengalaman

hana said...

sggh x patut...
sbjek pe ye tu???
ish2...

h A n Y S said...

ms form 3,pernah kena hina jgk oleh my math teacher sbb latihan yg dia bg byk yg salah,just for that reason u know! mmg runtun giler jiwa ms tu, sedih woo~sanggup dia~ tp alhamdulillah, ms pmr, dpt A! rs nak tunjuk2 je result slip 2 kat dia. heh heh~

amar haziq said...

hans:panjang betul komen koe..thanks kerana sudi share pengalaman koe..
betul jugak kata koe..kalau tak kerana cikgu tu,koe tak kan dapat 'A' kan..
tapi tindakan cikgu tu rasa2nya still tak patut kan..

hana:biarlah rahsia..kalau bgtau nanti dapat teka plak..huhu

hany:hepi ending..xpe lah..yang penting dapat A ;)

ecah said...

aku leh terima cikgu garang bertempat..
boleh grg tp jgn maki hamun student..
x pasal2 student tu kne cop..

syAzAnA said...

haha. dlu syaz penah kena tolak masa tadika sebab xtahu tolak. huhu

Encik Bell (beLalaNG) said...

x paham kenapa masih ada cikgu2 yg otak lembu....

Mizi a.k.a SKELERTOR said...

kalo cikgu tu menghina dengan niat nak menaik kan semangat student tu tak slh kot kan..

aku kene gak mcm ko dl.. tp aku failkan subject die time SPM.. aku tdo hahaha.. account paper

berjaya je aku skang.. jadi gak System Support Engineer kat Fujitsu

mUnie UncLe hUsin said...

tak semua cikgu camtu..
kadang2 cikgu buat camtu pon ade sebabnye..
atas student la nak pikir pro & cons nya..
manusia kan tak sempurna..
cikgu pon salah satu daripada insan yang tak sempurna tu..
jangan disimpan marah dalam hati, kelak takot menjadi dendam berapi pulak..
at least, anda akan ingat cikgu sampai bila2 kan?
kiranye cara dia cakap camtu, akan sentiasa mengingatkan anda supaya anda tak akan melakukan kesalahan yang sama lagi tak kiralah di peringkat mane pon anda belajar sekarang..

bercakap sebagai guru.
sedikit sebanyak saya trase kalo cikgu asyik dipersalahkan atas sebab2 nak mengajar/mendidik anak bangsa.
laen cikgu, laen cara mengajarnye.
laen students, laen pendekatannya..

betol tak?

amar haziq said...

ecah:tapi tulah..kesian kat student

syaz:macam2 perangai cikgu ni..nasib baiklah masih ramai cikgu yg baik2 ;)

encik bell:sebab cikgu pun manusia biasa

mizi:kalau niat cikgu tu baik..aku terima..tapi kalau tak maafkan jelah kan..dah lama berlalu

munie uncle husin:hmm..betul jugak..macam yg sy cakap kat mizi lah..kalau niat dia baik,xpelah kan..

hmm..awk cikgu ke?

Kepala Manchiss said...

KEH KEH KEH...APE GUNE "A" BEB?? BANYAK GUNA? BELI ROKOK SEBATANG PON BELOM TENTU DAPAT...KEH KEH KEH

Miss SurferParadise said...

tragedi2 ...
nsib bek dapat A... kalu xdpt, smpai ke sudah bengang kt cikgu 2...

.:fifi:. said...

kdg2 seorang cikgu tuh dia akn berpegang pd 1 prinsip,'anak murid tak boleh lawan setiap kata2 dia sbb dia adalah dianggap mulia,mngajar anak bangsa utk jadi org yg berguna'
tp sbenarnya dorg silap,slh guna kuasa,suka2 maki hamun student,ntahla pucuk pngkal allah tau smua...tgu je la hari penghitungan nanti..mcm mn student nk jd yg terbaik sdgkn dorg yg ajar untuk jd kurg aja..
:)

amar haziq said...

kepala manchiss:masing2 punya pendapat masing2..;)

miss surferparadise:bukan bengang kat cikgu sbb dapat result teruk,tapi bengang dengan attitude cikgu...

fifi:yupp..setuju..
betul jugak..macam mana student nak excel kalau cikgu pun dah macam tu kan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sungguh tak patut

p/s:salam kenal,dtg follow sini juga ye

mUnie UncLe hUsin said...

ye.. sy cikgu..
sy ex-student teknik & ex-student UTHM (s.m pendidikan teknik & vokasional)
tugas saya kebanyakan berdepan dengan pelajar2 yang malas belajar teori tapi sangat cergas dalam kerja amali. budak2 vokasional.. fhm2 sendiri la.
kalo kat sekolah harian biasa, mereka selalu dipinggirkan(dok kelas2 terakhir dalam tingkatan)..
alhamdulillah.. walaupon mereka nakal tak hengat dunia.
bila mana masa saya masuk mengajar, diorang still hormat saya..

saya denda ketika ada pelajar bersikap kurang ajar.
saya marah bilamana ada pelajar tidak hormat saya.
saya membebel jika mereka degil.
tapi dalam masa yang sama, saya tak pernah masuk/tinggalkan kelas dalam keadaan masam mencuka.

keyword untuk jadi cikgu yang dihormati students adalah senyum.
sejuk hati students tengok cikgu senyum..
walaupon sbnrnye cikgu ni dah panas hati tengok students buat peel perangai cam budak2 skolah tadika. tetap kene senyum.
kalo nak hurai ciri2 guru yang cemerlang..
sampai esok pon tak habes dik..
hehehe~

amar haziq said...

lydia miza:okey...nanti saya follow k..

munie uncle husin:betul tu kak..kalau ada student yang degil,cikgu kenalah bagi hukuman dengan cara denda dsb...
cikgu perlu marah bila ada student yg tak hormah cikgu..
tapi kak..saya tak buat apa2 salah pun..
saya cuma dapat result teruk je..bukannya saya tak usaha..
adakah itu juga satu kesalahan kak..sampai cikgu tu sanggup untuk hina saya..

=>

ps:thanks sebab berkongsi kak

mUnie UncLe hUsin said...

sebab tu akak cakap..
ia bergantung pada persepsi kita..
bagi akak, kata2 itu seakan2 pendorong akak untuk menjadi lebih baik.
tapi...
tapi...
kita kene tengok balik di mana kata2 itu diluahkan. situasi bagaimana ketika kata2 itu diluahkan?
dalam bilik guru, yang ramai guru, kiranya anda dikritik di hadapan khalayak ramai..
tak ade sape pon manusia yang suke dikritik/dimalukan di hadapan khalayak ramai..
akak pon xsuke malu depan ramai2 cmtu..

tapi..
cuba bayangkan kalo cikgu awk tu berkata2 sedemikian.. kata2 yang sama tetapi hanya apabila awk dan dia saje ade dalam bilik guru itu.. menggunakan intonasi yang berlainan..
mesti outcome dia laen kan?
dan outcomenya mungkin belum tentu awk dapat A kan?

ape pon kata2 akak tak mampu nak ubah persepsi awk dengan cikgu tu..
sebab itu antara awk dgn cikgu tu..
mungkin banyak lagi kata2 yang awk pernah kena smpaikan awk teringat-ingatkn dia smpai hari ni..

apapon..
sememangnya setiap cikgu menginginkan kejayaan pelajar2nya dgn ape2 cara skalipon..
ingat tak akak cakap lain cikgu, lain pendekatannya..
pelajar berjaya, cikgu pon boleh dianggap berjaya..
itu boleh menaikkn semangat sesorang guru.
dan akak boleh bace awk ni sebenarnye trase ngan cikgu tu sebab dia pilih kasih..
hehe..

cikgu tu pon.. adoyaii.. saje je kan? pilih2 kasih pulak..
ehe~
xpe dik.. awk dah buktikan kata2 cikgu tadi sebenarnya salah. dah dapat A..
dah boleh survive sampai jadi pelajar tahun 4 Malaysia Airlines Engineering Apprentice lagi..
kan hebat tu.. =)

amar haziq said...

waa..panjang lebar komen akak..
luahan hati seorang guru ni..;)

apa yang akak cakap tu ada betulnya jugak..
tapi saya masih teringat-ingat dengan kata2 cikgu tu sebab..masa kat sekolah dulu,saya bersekolah di mrsm no.1 di malaysia untuk tahun 2005-2006..

saya ni dalam kategori student yang lemah..mak ayah saya selalu kena panggil waktu hari ibu bapa..

bila berdepan cikgu ni,depan mak ayah saya bukan main baik lagi dia..siap bagi kata2 motivasi lagi..bila waktu bukan hari ibu bapa..lain plak jadinya..

dan student lelaki memang tak suka cikgu ni..sebab dia layan kami tak sama macam dia layan student perempuan..
kami kena kutuk..kena marah...student perempuan dimanja-manja kan plak..

jika nak bandingkan dengan cikgu lain..saya tak rasa cikgu ni ikhlas dalam mengajar murid2

sepatutnya yang lemah,dipimpin bukannya dikutuk dan ditinggalkan

dan saya berjaya hingga hari ni bukan sebab kata2 cikgu tu kak..tapi sebab saya sendiri nak berjaya..

biarlah dengan cikgu tu..moga2 satu hari nanti dia sedar dan insaf..

mUnie UncLe hUsin said...

akak suke statement awak yang ini..
"tapi sebab saya sendiri nak berjaya.."

keep it up..
banyak lagi cabaran dan liku2 bakal ditempuhi..
let bygones be bygones..
=)

amar haziq said...

haha..saya plak suka akak komen panjang2 kat blog saya..

orang lain komen pendek2 je...

thanks kak..sebab baca blog saya n bagi nasihat

=>

hans said...

ikut persepsi ko
1st aku kena maki tu
kawan2 aku pun kena juga
memang lepas cikgu tu kuar
kitaorang marah2
boikot nak buat tak tau jer
tapi lepas tu ramai2 fikir balik
betul juga apa dia cakap
memang kami semua malu tapi hakikatnya betul

jadi,sebab kata2 cikgu tu lah alhamdulillah banyak kawan2 aku berjaya sambung belajar..
syukur sangat2..
kalau tak kerana cikgu tu maki kami semua
xtahu lah kemana nasib kami kalau SPM kami fail math moden...

hans said...

tambah lagi...
tapi betul lah cakap ko pasal Saya Sendiri Mahu Berjaya
sebab bila cikgu tu maki2 aku dan kawan2
aku ada sendiri
aku nak berjaya
aku nak buktikan kata2 dia salah
alhamdulillah aku berjaya

dan, aku rasa cikgu tu maki aku dan kawan2 aku sebab mungkin itu jer jalan terakhir untuk kami semua berubah..dan alhamdulillah jika itu jalan terakhir dia..dia berjaya menjadikan kami manusia

mUnie UncLe hUsin said...

u are most welcome..

p/s: ngah berusaha bace semua entry awk ni.. ;)

amar haziq said...

kalau niat cikgu kau tu baik...Alhamdulillah..dia berjaya..

tapi aku rasa cara cikgu tu still salah..
kalau semua student macam kau..OK lah kan

tapi kalau ada yang "down"sampai sanggup give up dan commit suicide macam mana

betul tak

amar haziq said...

kak munie:waa..rajinnya akak nak bace semua entri saya..

=>

Bro Framestone said...

he...23x ala relax la..

bro dulu zaman sekolah, siap bro cakap kat cikgu.. recycle je la paper saya nie cikgu... byk sangat nie.. if sy bawak balik confirm masuk dalam tong sampah je...

dulu selalu sangat ada exm n ujian kat sekolah bro, sampai muak nak menjawabnya

Post a Comment