Followers

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Berlari dan mendaki bukit di Hutan Rekreasi Bukit Gasing,Petaling Jaya

Agak lama aku tak update blog aku ni.Mana taknya..sejak dua menjak ni,bila malam sikit je dah terlelap.Jadi aku ambil kesempatan cuti umum maulidur rasul ni untuk update sket blog ni.


Dari zaman sekolah sampai lah sekarang,aku memang tak hebat dalam sukan,tak kiralah sukan apa..baik bolasepak,rugbi,badminton dan lain-lain lagi.Aku cuma reti main je.Walaupun tak hebat,tapi dapatlah wakil maktab walaupun cuma sebagai pemain simpanan.Kira OKEYLAH kan daripada tak dapat langsung.


Tapi bila jadi pemain simpanan ni atau substitution,memang tak akan pernah rasa puas.Macam tak rasa apa-apa pun.Kalau team maktab aku kalah ke menang ke,aku rasa biasa je.Kadang-kadang..dalam sesetengah game,aku tak dapat peluang langsung untuk main,kalau ada kawan aku yang injured barulah cikgu bagi aku masuk padang.


Oleh sebab itu,aku pun carilah sukan atau permainan lain yang tak memerlukan sangat penggunaan skills ketika bermain.Jadi jawapan kepada sukan yang tak memerlukan skills sangat ialah berlari dan mendaki(hiking).Paling puas ialah ketika selesai berlari dan hiking.Baju habis basah disebabkan peluh yang mencurah-curah dan badan terasa lebih ringan dan fit.


Kalau kat area KL atau Selangor ni,paling best ialah berlari sambil mendaki kat Bukit Gasing.Bukit Gasing ni terletak dalam daerah Petaling Jaya.Berhampiran dengan PJ Old Town dan Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM).Kebanyakan orang yang datang kat Bukit Gasing ni ialah orang Cina(biasalah orang Melayu duduk rumah je sambil pekena nasi lemak sambal sotong,haha)


Biasanya Bukit Gasing ni akan penuh dengan orang ramai pada hari minggu Sabtu dan Ahad(sebab cuti).Kalau nak berlari dan mendaki kat sini,pastikan pakai pakaian yang sesuailah dan pakai hand glove(sebab tangan aku pernah luka masa jalan kat jambatan gantung Bukit Gasing).


Kat sini ada satu menara tinjau,yang daripada atas ni boleh tengok pemandangan sekitar PJ.Paling mencabar dan memenatkan kat Bukit Gasing ni ialah di laluan berbukit yang agak curam(70-75 darjah).Paling seronok,dapat hirup udara segar daripada pokok-pokok hutan.(Banyak bezanya dengan udara kotor yang aku sedut hari-hari pada setiap pagi ketika bawak kapcai untuk ke MAS Kompleks A.)


Bagi sesiapa yang tak tau nak buat apa pada waktu hari minggu,boleh lah datang ke sini.Bukannya kena bayar pun.Lagi satu,kalau tak salah aku Hutan Rekreasi Bukit Gasing adalah satu-satunya hutan yang masih tinggal dalam daerah PJ.Itupun ada usaha daripada pemaju yang tak bertanggungjawab yang nak membangunkan kawasan ni.Nasib baiklah ada kesatuan Friends of Bukit Gasing yang sama-sama bertindak melindungi hutan ni ;) 

Thursday, January 13, 2011

3 applikasi menarik untuk pengguna Nokia dalam Ovistore.com

Kebiasaannya kawan-kawan aku beli handphone mahal-mahal tapi hanya tahu call dan sms je.Macam-macam fungsi lain handphone tu tak tahu guna.Sama ada tak mahu ambil tahu(biasanya kawan perempuan lah ni..haha) atau memang buta it.Rugilah macam tu,sebab kita bayar untuk semua fungsi yang ada dalam handphone tu,bukan sekadar fungsi call,sms dan rupa bentuk handphone je.

Jadi kali ni aku nak cerita tentang 5 applikasi menarik untuk pengguna Nokia dalam Ovistore.com.Aku cerita pasal Ovistore.com sebab aku tak explore lagi tentang applikasi yang terdapat untuk handphone yang pakai OS(operating system)yang lain macam android ataupun windows mobile.Applikasi yang aku nak cerita ni semuanya free apps(applikasi percuma)sebab semua orang suka benda percuma,yang bayar siapa nak kan.Sebab tulah..iphone atau ipod touch pun orang sanggup jailbroken kan walaupun warranty masih belum tamat lagi.

1.Opera Mobile 10.1
Opera Mobile 10.1 ni sama je macam browser Opera yang biasa kita gunakan untuk surf internet di PC.Apa yang aku rasa menarik dalam applikasi ni ialah fungsi Speed Dial.Jadi kita boleh letakkan website yang selalu dilawati dalam fungsi Speed Dial.Sama sahaja fungsinya seperti fungsi Speed Dial dalam handphone.Opera Mobile 10.1 juga turut diintegrasikan dengan Opera Turbo untuk menjadikan surf speed bertambah pantas.

2.eBuddy Mobile Messenger
Dengan apps ni,pengguna Nokia boleh chat dengan pelbagai platform chatting di internet seperti Yahoo Messenger!,GTalk,MSN,ICQ,AIM,MySpace dan juga Facebook Chat.Senang...tak payah nak ON laptop untuk chatting dengan kawan-kawan.Dengan eBuddy,kita juga boleh hantar gambar dan juga set avatar daripada camera phone.

3.Skype for Mobile
Ni apps yang paling aku suka.Sebab dengan apps ni aku dapat contact gf aku kat Bangalore tanpa apa-apa kos(Jimat..jimat..).Asalkan ada akses kepada wi-fi.Kalau sebelum ni nak kena ON laptop dulu,kemudian nak pasang headphone lagi,memang leceh.Sekarang ni cuma perlu masuk dalam apps ni kat dalam handphone dan dah boleh contact kawan-kawan,mak,ayah,mak mertua dan siapa-siapalah TANPA APA-APA KOS(kalau ramai-ramai rakyat Malaysia pakai apps ni,tak lama lagi service provider boleh gulung tikarlah..haha)

Wednesday, January 5, 2011

Review Novel:A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini

Baca novel?Perempuan sukalah baca.Lagi-lagi novel Inggeris.Aku pun fikir macam ni jugak dulu.Tapi kalau nak improve English,nak tak nak kena rajin membaca.Aku ingat lagi,dulu ada seorang kawan aku ni,memang expert lah dalam English.Bila setiap kali exam je,mesti dapat markah paling highest kat dalam sekolah.


Bayangkan,dalam batch aku ada 16 kelas.Jumlah semua student dalam batch adalah dalam 400++ dan dia dapat markah paling highest.Hebat tak hebat tu...dan sekarang dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Manchester,United Kingdom.

Apa yang buat aku dan kawan-kawan lain kagum,sebab dia cuma orang kampung.Aku pernah tanya kat dia macam mana nak improve in English,dan dia pun suruh aku baca Reader's Digest.Bukan dia seorang je yang cakap macam tu.Ramai lagi dan tak semestinya baca Reader's Digest kan.

Jadi kat sini aku nak perkenalkan dengan satu novel Inggeris yang aku sedang baca,A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini.Secara ringkasnya,A Thousand Splendid Suns ni berkisarkan tentang kisah hidup masyarakat berlainan etnik di bumi Afghanistan.Seperti yang kita tahu,Afghanistan telah diperintah oleh pelbagai bentuk kuasa antaranya seperti pemerintahan komunis(Soviet),Taliban(ingat tak dengan Osama bin Laden?)dan kini pemerintahan dajjal putih(Amerika Syarikat).





Wednesday, December 22, 2010

Menabung pada usia 21 tahun dengan ASB dan AHB

Hari ni,topik perbualan kat ruang tamu rumah bujang aku hampir semuanya berkisarkan tentang Amanah Saham Bumiputera(ASB)dan Amanah Hartanah Bumiputera(AHB).Bagus betul housemate aku cerita tentang cara-cara nak saving dan seterusnya membuat investment.


Ada seorang housemate aku pergi Maybank cawangan Kota Damansara pagi tadi bertanyakan tentang ASB dan AHB.Beria-ia betul dia ni nak saving dan buat investment.Bila aku fikir-fikir,bagus jugak tu.Long term investment.Mula-mula masa muda-muda ni memang lah tak nampak hasilnya.Bila dah tua nanti,bila dah ada keluarga,siapa tahu.Saving dan investment yang housemate aku buat tu mungkin akan jadi amat-amat berguna.


Manalah tahu,20 tahun daripada sekarang,masa tu ada anak nak masuk universiti ke? nak beli rumah baru ke?nak pencen ke?boleh lah guna duit hasil saving dan investment dari ASB dan AHB.Betul tak?


Aku?
buat masa ni aku saving sendiri-sendiri je.Bukan tak mau masuk ASB,AHB atau mana-mana pelan pelaburan yang lain,tapi next year kan aku nak pergi europe.Jadi kenalah save duit untuk trip tu.Bukannya sikit.InsyaAllah,bila semua ni dah selesai,barulah boleh mula saving dan buat sedikit investment.


Kepada sesiapa yang dapat scholarship sampai ribu-ribu ringgit(contoh:student medik kat india dapat rm2k/bulan) daripada MARA,JPA,Petronas atau apa-apalah,better masuk sekarang.Janganlah asyik nak travel shopping je;)

Sunday, December 19, 2010

Info Jualan Istimewa Hujung Tahun Malaysia Airlines-Year End Specials!

Hujung-hujung tahun ni(year end)macam-macam promosi dan sale dilancarkan.Biasanya tiap-tiap kali hujung tahun mesti ada YES-Year End Sale!Kalau kat Malaysia,dalam bulan disember ni..mak ayah lah yang paling sibuk.Terutamanya yang ada anak yang masih bersekolah.


Mula-mula nak kena beli uniform baru,kasut sekolah baru,yang tak dapat pinjam buku teks sekolah plak nak kena beli buku teks baru.Kalau tak beli,nanti ada pulak anak yang merajuk tak mau pergi sekolah.


Kalau kat UK plak,hujung-hujung tahun ni mesti ada boxing day.Apa itu boxing day?Boxing day ni ialah hari dimana kedai-kedai atau mall kat UK akan adakan potongan harga yang amat luar biasa.Boxing day ni berlangsung pada 26 Disember,iaitu sehari selepas sambutan hari Krismas.Pada hari boxing day ni,kedai-kedai dan mall mesti penuh dengan orang ramai.Semuanya nak beli barang dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga biasa.


Katakanlah harga biasa untuk handbag Chanel ialah 200pound,bila Boxing day harga turun sampai 30pound je.Siapa yang tak nak.Lagi-lagi orang perempuan.


Selain Malaysia dan UK,aku rasa mana-mana tempat kat dalam dunia ni pun mesti ada sale setiap kali hujung tahun.Kecuali kedai mamak ane tu je yang tak pernah ada sale.Naik harga adalah..haha.


Monday, December 13, 2010

5 perkara orang selalu buat selepas SPM?

Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)dah pun berakhir.MERDERKA!!!Masa aku ambil SPM,empat tahun yang lepas..aku rasa lega sangat bila dah habis SPM,tapi tak adalah lega sangat..takut,risau,cuak pun ada.Yelah..risau dengan result SPM.Kalau dapat bagus,Alhamdulillah lah.Tapi..kalau dapat teruk,macam mana?


Alhamdulillah,result SPM aku tak adalah bagus sangat tapi taklah teruk sangat.Kira OKEYlah.Cukup-cukup makan nak apply UIA dan Matrikulasi masa tu.Walaupun aku tak sambung belajar pun kat UIA ataupun matrikulasi.


Masa SPM,aku rasa kepala aku macam nak pecah je.Aku rasa bukan aku je,orang lain pun mesti rasa perkara yang sama.Belajar sungguh-sungguh..gila-gila semata-mata nak dapatkan result yang baik.Sebab tulah bila lepas SPM je macam-macam idea muncul,nak buat itulah..nak buat inilah.Yelah..masa jadi budak sekolah menengah,banyak benda yang tak boleh buat.


Bila lepas SPM,mulalah..
1.Ada yang nak cari duit
Kebiasaanya,ramai yang akan kerja dengan restoran makanan segera.Tak kisahlah apa-apapun,KFC,Mcd,Raja Burger(Burger King),Marrybrown,A&W,1901,Ramly Burger atau apa-apa sajalah.Walaupun dibayar dengan rate yang amat rendah(RM3-5/jam),tapi dah rasa banyak dah,sebab jumlahnya jika dikumpulkan sehingga satu bulan lebih banyak lagi berbanding duit poket yang mak dan ayah bagi masa jadi student sekolah menengah dulu.

Wednesday, December 8, 2010

Lagi peluang kerjaya sebagai Flight Attendant

Minggu lepas(kalau tak salah lah..)aku ada post entri tentang peluang kerjaya sebagai krew kabin Malaysia Airlines.Ramai jugaklah yang view entri tu.Tapi..sayangnya tarikh tutup untuk permohonan sebagai krew kabin MAS ialah pada 26 November 2010 lepas.


Mungkin ramai yang berminat tapi tak sempat nak apply.Nak buat macam mana.Dah tak ada rezeki.Tapi tak mengapa,usah khuatir..usah risau..atau bersedih kerana sebuah lagi syarikat penerbangan,kali ini syarikat penerbangan asing iaitu Cathay Pacific kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon sebagai Flight Attendant di Cathay Pacific.


Kat bawah ni aku senaraikan syarat-syarat untuk memohon sebagai Flight Attendant di Cathay Pacific ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun(kalau 17 tahun kebawah tu,study untuk SPM dulu ye dik..)
  2. Tamat dan lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)(termasuk lah lulus dalam subjek English)
  3. Fasih membaca dan berbahasa Inggeris termasuklah dalam BM atau Mandarin atau Tamil
  4. Cantik(ni aku yang tambah,sebab kalau nak jadi flight attendant mestilah kena cantik kan,betul tak?)
  5. Sihat tubuh badan(ni pun aku jugak tambah,kerana pada kebiasaannya setiap calon perlu menjalani medical test)
Untuk memohon,calon-calon yang layak hendaklah menghantar resume bertajuk 'Malaysia Recruitment-(nama calon)'ke overseasapplication@cathaypacific.com

Sertakan sekali nama penuh,no.untuk dihubungi,alamat rumah,alamat e-mail
no.passport,kelayakan akademik,dan juga pengalaman bekerja.


Resume hendaklah dihantar pada atau sebelum 22 Disember 2010 dan sesi temuduga pula akan dijalankan pada 2 Januari 2011.


Kalau Cathay Pacific tak hubungi dalam masa 8 minggu,maknanya permohonan secara automatiknya dianggap gagal.Janganlah dah lepas 8 minggu masih tunggu lagi ye.Cuba lagi lain kali;)

Thursday, December 2, 2010

Ada apa dengan Apple iPad?

Semalam..Apple iPad dilancarkan dan dijual buat pertama kalinya secara rasmi di Malaysia.Baru aku tau,aku ingatkan dah lama Apple launch iPad kat Malaysia ni,sebab dah ramai je aku tengok orang pakai.Mungkin beli kat oversea kot.


7 bulan rakyat Malaysia terpaksa menunggu untuk mendapatkan iPad di pasaran tempatan.Aku ada baca The Star malam tadi,orang ramai beratur panjang kat Machines,Mid Valley Megamall seawal 8 pagi untuk dapatkan iPad.Termasuklah seorang pak cik yang patah kaki sanggup untuk discharge daripada wad untuk mendapatkan iPad.Tak sabar-sabar betul pak cik ni;)


Masa iPad launch kat US,dalam masa 80 hari sahaja..3 juta unit iPad telah terjual serta menguasai 95% pasaran tablet pc dalam suku kedua tahun 2010.Bertambah kayalah Steve Jobs(CEO Apple) lepas ni.

Ada apa dengan iPad?
Pertama kali tengok iPad ni,aku rasa iPad ni lebih kurang je macam iPod touch.Cuma skrin iPad ni lebih besar jika nak bandingkan dengan iPod touch.Ciri-ciri lain semua sama je.Tapi iPad tak ada kamera berbanding iPod touch 4th generation yang ada kamera di depan dan kamera 5 megapiksel di bahagian belakang.Boleh Face Time.

Mungkin Apple akan tambah features ni untuk iPad 2nd generation.Siapa tahu..Bagi aku,aku memang suka dengan iPad ni,sebabnya saiz skrin iPad yang lebih besar dapat memudahkan urusan aku untuk surf internet,nak baca e-book,main game dan lain-lain lagi.Lagi satu,tak payahlah nak bawak notebook berat-berat lagi.Berat iPad ni kalau tak salah dalam 700 gram je.

Tersangatlah ringan.Satu pek tepung gandum pun dah 1kg.Sebelum terlupa,iPad ni ada dua jenis.Pertama yang cuma ada wifi dan yang satu lagi plak ada wifi+3G untuk akses kepada internet.Terdapat 3 muatan storan iPad iaitu 16,32 dan 64GB.Untuk harga iPad,bergantung kepada jenis iPad dan juga muatan storan iPad.

iPad dengan (wifi)
16GB
RM1549

32GB
RM1849

64GB
RM2149

iPad dengan (wifi+3G)
16GB
RM1999

32GB
RM2299

64GB
RM2599

Tuesday, November 30, 2010

Cara-cara untuk jadi kaya seperti Tony Fernandes


Tengah hari,tiba-tiba SATO(Senior Apprentice Training Officer)call aku.SATO suruh aku dan empat orang kawan aku yang lain untuk pergi ke Training School.Aku ingatkan SATO nak bagi tool box,jadi dapatlah kami semua cepat-cepat mulakan praktikal kat aircraft hangar(bengkel kapal terbang).

Rupa-rupanya,SATO nak tempatkan kami semua kat Aircraft Project Department.Department apa tu?Aircraft Project Department ni ialah jabatan yang bertanggungjawab dalam hal beli,jual dan sewa kapal terbang termasuklah equipment and furnishing macam kerusi kapal terbang Malaysia Airlines yang mungkin selalu korang duduk tu kalau terbang dengan MAS lah.



Petang tadi,masa kat department tu..aku sempat belajar cara-cara untuk setup an airline.Macam nilah caranya Tony Fernandes setup AirAsia sehingga menjadi antara orang terkaya kat Malaysia.Nak jadi jutawan dan diapit oleh ramai stewardess yang single dan cun tak?Kalau nak,sila baca entri aku ni sampai habis ye.

Tapi aku tak nak peningkan kepala,jadi aku nak cerita cara yang paling mudah untuk setup an airline.Mula-mula sekali,kalau nak setup an airline,kenalah ada AOC(Air Operator Certificate) dan juga ASL(Air Service License).Untuk dapatkan lesen dan sijil ni semua senang saje,iaitu dengan cara memohon dengan DCA(Jabatan Penerbangan Awam Malaysia).


Tony Fernandes(CEO AirAsia)

Kemudian,pihak DCA termasuk dua orang menteri kabinet iaitu Menteri Kewangan dan juga Menteri Pengangkutan akan menjalankan sesi temuduga.Menteri Pengangkutan dan juga pihak DCA nak pastikan bahawa pemohon adalah betul-betul layak untuk memulakan sebuah airline seperti Tony Fernandes dalam kes AirAsia.


Untuk menjimatkan kos dan meminimunkan risiko,korang tak payahlah nak beli kapal terbang.Cuma perlu sewa sahaja.Sewa kapal terbang termasuk pakej krew(juruterbang dan krew kabin),maintenance(penyelenggaraan)serta insurans.

Antara syarikat sewa kapal terbang kat dalam dunia ni adalah seperti GECAS(GE Commercial Aviation Services)dan ILFC(International Lease Finance Corporation).Tugas korang selepas tu adalah hanya perlu jual tiket sahaja.Zaman sekarang kan ada internet(high speed broadband lagi..),jadi untuk jual tiket tak perlu ada kedai pun,cuma perlu komputer dan akses kepada internet.

Tentang modal plak,kalau plan perniagaan bagus..insyaAllah bank akan luluskan pinjaman.Sebab aku tak rasa Tony Fernandes ada duit berjuta-juta dalam bank dan sanggup ambil risiko yang tinggi dengan cara melaburkan duit tu untuk setup AirAsia yang dia pun tak tau boleh untung atau rugi.Betul tak?

Monday, November 29, 2010

4 tahun menunggu untuk KL International Motor Show 2010

Pejam celik..pejam celik dah 4 tahun aku tunggu untuk event ni,Kuala Lumpur International Motor Show(KLIMS 2010).Ingat lagi kali terakhir event ni dianjurkan ialah ketika aku masih Form 5 lagi,iaitu pada tahun 2006.

Masa tu tak berpeluang langsung nak pergi event ni.Aku tinggal kat Kuantan,jauhlah jugak dengan KL.Sekarang ni bila dah stay kat Subang,agak dekat lah untuk ke event ni.Dah 4 tahun aku tunggu event ni.Dah masuk 4th year pun kat MAS.

Ada apa dengan KLIMS 2010?
Semalam aku sempat surf website Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di http://www.klims10.com/.Pelbagai acara menarik yang akan berlangsung ketika KLIMS 2010.Antaranya ialah acara cabutan bertuah untuk setiap pengunjung yang hadir ke event ni,dan yang paling menarik sekali ialah tentang hadiah cabutan bertuah tersebut.

Hadiah utama bagi acara cabutan bertuah(lucky draw)ni ialah sebuah kereta hibrid Toyota Prius sumbagan UMW Toyota Motor.Kalau lah aku dapat kereta ni(berangan-rangan..),memang aku takkan naik moto kapcai aku lagi lah lepas ni.Sebabnya,dengan teknologi hibrid yang terdapat pada kereta ni,dapat menjimatkan penggunaan petrol selain mesra kepada alam sekitar(mesra juga kepada poket pemandu..haha)

Selain tu,terdapat juga pameran kenderaan batmobile seperti yang digunakan dalam filem batman selain kemunculan Bumblebee dalam pameran KLIMS nanti.

Bagi peminat dan pelanggan pembuat kenderaan nasional negara,Proton..dalam KLIMS 2010 nanti Proton akan mempamerkan 20 buah kenderaan termasuk 8 buah kereta konsep seperti Saga EV,Exora Extended Range EV,EMAS dan juga kereta ralli Satria Neo Super 2000.

Dulu..aku memang cukup tak suka dengan kereta Proton.Kalau bercakap pasal Proton atau "Protong"(nama yang digelar oleh pengkritik kereta Malaysia),mesti dikaitkan dengan tin Milo.Aku ingat lagi,kereta pertama yang ayah aku beli ialah kereta Proton Saga berwarna kelabu.Suatu hari,ayah aku terlibat dengan kemalangan,habis remuk bahagian belakang kereta tu,sedangkan impaknya aku rasa taklah sekuat mana.

Tak pasal-pasal,kena mintak tolong jiran untuk buka bonet kereta yang remuk untuk ambil buah durian yang tersimpan kat dalam bonet kereta.Waktu tu bukan macam sekarang,dulu-dulu susah nak jumpa durian.Masa musim durian je ada durian.

Saturday, November 27, 2010

Hati-hati dengan pemandu teksi di Kuala Lumpur

Alhamdulillah,pagi-pagi sabtu ni dapat bangun awal,tak adalah terlajak tidur sampai bangun lewat kan.Dapatlah jugak update blog yang tak seberapa ni.Followers makin ramai,baru sekejap tadi aku tengok dah lebih daripada 260 orang.Terima kasih semua yang sudi ikut blog ni.

Biasa tak naik teksi kat KL?Aku tak biasa,sebab aku lagi prefer naik kapcai buruk aku atau naik public transport yang lain macam LRT atau bas RapidKL.Murah..tapi kalau naik moto tu kalau hujan basahlah dan kalau bas plak,lembap sangat.

Sebenarnya bukan nak cerita tentang teksi atau bas mahupun LRT,tapi nak cerita tentang sikap sesetengah pemandu teksi KL.Aku ada seorang kawan,Fatin nama dia.Fatin ni kalau masa aku kat sekolah dulu,dia ni boleh dikategorikan dalam kategori "hot"lah.

Keluarga Fatin menetap di Sabah.Baru saja berpindah kerana bapanya terpaksa bertugas di sana.Fatin pula masih belajar di semenanjung,jadi apabila cuti dia akan pulang ke rumah neneknya yang terletak di Negeri Sembilan.

Kebetulan..pada suatu hari,ketika ingin pulang ke rumah neneknya,Fatin keseorangan di Hentian Puduraya,terlepas bas..nak naik komuter plak dah tak sempat sebab hari dah jauh lewat malam.

Tiba-tiba datang seorang pemandu teksi yang sempat menyapa Fatin.Pemandu teksi tersebut bukan bertujuan ingin mempelawa Fatin menaiki teksi,tetapi dia cuba memujuk Fatin untuk melakukan hubungan seks bersama dengannya.

Bila dah tengah-tengah malam,kemudian ada plak pemandu teksi yang macam tu,perempuan mana yang tak takut kan.Lagi-lagi Fatin yang ketika kejadian tu baru saja menjangkau usia 19 tahun dan kurang arif dengan persekitaran di KL.Fatin berlari meninggalkan pemandu teksi tersebut.Alhamdulillah..nasib baiklah tak jadi apa-apa yang buruk selepas tu.

Ada seorang pak cik yang baik hati yang sanggup menumpangkan Fatin di rumahnya.Fatin bersetuju untuk bermalam di rumah pak cik tu sebab pak cik tersebut tinggal bersama dengan isterinya di sebuah rumah flat di KL sebelum pak cik tu menghantar Fatin semula ke hentian bas pada keesokan paginya.

Bila cerita pasal kawan aku si Fatin ni,teringat plak tentang kes Noor Suzaily yang telah terjadi kira-kira satu dekad yang lepas.Noor Suzaily telah dirogol dan dibunuh oleh Hanafi Mat Hassan yang merupakan seorang bekas pemandu bas.Hanafi telah menculik Suzaily dengan menggunakan bas milik Kiara Ekspress sebelum merogol,meliwat dan membunuh Noor Suzaily bertempat di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi,Klang.

Thursday, November 25, 2010

3 kelebihan hubungan jarak jauh(long distance relationship)


Fitrah kejadian manusia,lelaki tertarik kepada perempuan dan begitu jugalah sebaliknya.Entri kali ni aku nak share tentang kelebihan cinta jarak jauh(long distance relationship).Sebab aku pernah dan sedang berada dalam situasi cinta jarak jauh(long distance relationship) ni.

Long distance relationship aku ni bermula kira-kira hampir dua tahun yang lepas.Aku di Subang dan girlfriend aku di Bangalore,India.Aku tak mau cerita dengan detail tentang kisah cinta aku dalam entri ni,nanti ada yang rasa macam nak muntah plak kan.

Sebab aku pun rasa macam tu bila kadangkala ada couple yang meluahkan perasaan mereka antara satu sama lain di ruang yang sangat terbuka seperti ruangan status di Facebook.Contohnya macam ni:

"Bi..I tak boleh nak tidur lah,I rindu sangat2 nak picit pipi you yang comey tu"

Bagi aku,kata-kata atau ucapan manja antara pasangan kekasih biarlah menjadi subjek yang bersifat personal dan tak perlulah nak maklumkan kepada orang lain.Bayangkan kalau parent atau ahli keluarga terdekat terbaca status Facebook tersebut.MALU TAK?

Kembali semula kepada tajuk asal entri ni,3 kelebihan cinta jarak jauh(long distance relationship).Lihat senarai dibawah..antaranya ialah.

1.Menjimatkan wang
Dalam long distance relationship,tak perlulah nak selalu berjumpa atau dating.Seorang di India dan seorang lagi di Malaysia,macam mana nak dating.Aku keluar date pun cuma setahun sekali atau paling banyak pun setahun dua kali.Itupun bila girlfriend aku balik ke Malaysia.JIMATkan..

2.Memupuk sifat saling percaya dan jujur kepada pasangan
Bila dah jauh,kenalah saling percaya dan jujur kepada pasangan kita.Kalau tak saling percaya,hubungan tersebut tak akan berjaya.Aku bagi satu contoh kat sini,walaupun Fatimah(bukan nama sebenar)berada nun jauh di Russia,tapi Abu(juga bukan nama sebenar)yang berada di Afrika tidak pernah menduakan Fatimah;)

3.Tak mudah bosan
Aku biasa jumpa kawan-kawan aku yang kerap kali putus cinta dan bertukar-tukar pasangan kekasih.Sebabnya cukup mudah,iaitu sudah bosan dengan "ex-",jadi perlulah mencari orang lain sebagai pengganti.
Dalam long distance relationship,tak akan mudah bosan..percayalah!

Sunday, November 21, 2010

Peluang kerjaya sebagai krew kabin Malaysia Airlines

Mungkin ramai antara kita yang gemar melancong,naik kapal terbang dan melihat negara orang.Selain itu,mungkin ada juga antara kita yang telah lama menyimpan impian dan bercita-cita untuk menjadi pramugari atau pramugara.

Aku pun minat nak jadi flight steward ni,tapi apakan daya..muka aku banyak jerawat dan tak cukup kacak untuk apply sebagai flight steward ni.Teringat cerita instructor aku,Encik Syahrani yang pernah menjadi panel bagi sesi temuduga untuk krew kabin MAS.

Encik Syahrani pernah cerita,bagi sesiapa yang datang temuduga untuk flight stewardess,mereka hendaklah memakai skirt pendek kerana panel temuduga ingin melihat ''permukaan''kaki mereka.Instructor aku pernah menggagalkan seorang candidate kerana kakinya mempunyai kesan parut.(Kalau ada parut sikit pun tak lepas,inikan pula kurap,panau,kudis dan sebagainya kan..haha)

Majlis Graduasi Krew Kabin MAS

Tapi,jika anda rasa anda layak dan dapat memenuhi kesemua syarat-syarat kat bawah ni..apa kata anda cuba apply.Kerjaya sebagai krew kabin MAS adalah sangat menarik..dapat macam-macam benifits daripada MAS,contohnya macam allowances,travel dan medical benifit.

Flight Steward / Stewardess

Requirements:
Malaysian citizen aged between 18 to 30 years.
Minimum SPM or any equivalent qualification recognised by the Malaysian Government with a credit in English, pass in Bahasa Malaysia, Mathematics and any other 3 subjects taken in one exam.
Fluent in Bahasa Malaysia and English. Fluency in another language is an added advantage
Minimum height (weight in proportion): 165cm (male) / 157cm (female)
Excellent health and good eyesight. Not colour blind
Pleasant personality and a genuine passion in customer service.
Only application via JobStreet will be accepted. Submission for applications ends on 26th November 2010.
Only shortlisted candidates will be notified via email / SMS.
Successful candidates will be required to sign a training bond. Employment will be based on a five-year contract.

Untuk apply secara online:

ps:ramai flight stewardess mas dah jadi pelakon sekarang ni;)

Saturday, November 13, 2010

Firefly terbang lebih jauh dengan Boeing 737-800

Beberapa hari yang lepas aku ada terdengar melalui media tentang rancangan syarikat penerbangan tambang murah Firefly yang akan menambah 30 buah pesawat Boeing 737-800(NG-new generation)bagi kegunaan syarikat tersebut.

Menurut Dato'Eddy Leong(Firefly's Managing Director),pesawat Boeing 737-NG tersebut akan beroperasi dari Main Terminal Building(MTB),KLIA dan bukannya dari terminal Skypark,Subang.

Terminal di Skypark,Subang akan kekal menjadi hub operasi bagi pesawat turboprop milik Firefly iaitu ATR-72.


Mengapa Boeing 737-800?
Ada pelbagai sebab yang aku fikirkan ada logiknya,antaranya ialah..

1.Boeing 737-800 mempunyai lebih tempat duduk(lebih 9 seats)berbanding Airbus 320(milik AirAsia)
2.Kos penyelenggaraan(maintenance) yang lebih rendah kerana MAS juga menggunakan pesawat yang sama.
3.Dapat terbang lebih jauh berbanding ATR-72(mungkin Firefly akan terbang hingga ke India dan China)

Siapa sangka satu hari nanti,mungkin Firefly mampu menandingi AirAsia walaupun baru sahaja memulakan operasi pada tahun 2007.

Apa yang penting,persaingan yang sihat ini dapat merancakkan lagi industri penerbangan di negara kita dan yang paling penting rakyat Malaysia dapat terbang dengan kadar lebih rendah dan murah;)

Wednesday, November 3, 2010

Apa Hillary Clinton buat di Subang Skypark?

Dah lama aku tak update blog aku ni.Ini semua gara-gara terlalu sibuk dengan kelas,praktikal dan juga pindah rumah.Rasa-rasanya adalah dalam sebulan kot blog ni tak diupdate.Ranking alexa pun makin jatuh dan followers masih lagi 218 orang followers.

Hmm..entri kali ni setelah sebulan tak update blog,aku nak cerita tentang Hillary Clinton.Hillary Clinton?Sape tu?
Hillary Clinton ni ialah bekas wanita pertama(1st lady)bagi negara US(isteri bekas presiden US,Bill Clinton).Kini Hillary memegang jawatan sebagai Secretary of States(setiausaha negara)US.


Tapi apa yang ''minah salleh'' ni buat kat Subang Skypark?
Sebenarnya aku pun tak berapa pasti apa yang ''minah salleh'' ni buat kat Subang Skypark,tapi kalau tak salah Hillary dijemput untuk menyaksikan perjanjian MOU(Memorandum of Understanding)antara dua pengeluar enjin kapal terbang iaitu Pratt & Whitney dan General Electric dengan Malaysia Airlines.

Apa yang menariknya ialah,pesawat terbaru MAS,Boeing 737-800 NG(new generation) yang baru sahaja landing dan selamat tiba semalam di Line 11,MAS Hangar 04 turut dipamerkan ketika Hillary berada di sana.

Sedikit tentang MAS Boeing 737-NG yang aku tau:-

1.Better fuel efficency(jimat minyak,boleh lah dapat banyak untung..hehe)
2.Ada winglets(tidak terdapat pada Boeing 737-Classic)
3.New design untuk paparan pada permukaan badan(fuselage)pesawat

Friday, July 23, 2010

Dah dapat ke belum tiket MTV World Stage 2010?

Dah dapat ke belum tiket MTV World Stage 2010?Aku baru je dapat tiket untuk event ni minggu lepas.

Frankly speaking,aku memang tak pernah pergi konsert MTV ni,kalau tak salah aku,last year pun ada jugak event ni.Indie gig pun aku jarang pergi,tapi tiba-tiba aku tergerak hati nak dapatkan tiket untuk event ni.

Mungkin sebab aku
nak tengok international artists (Katy Perry dan Wonder Girls perform live depan mata,haha) dan juga mungkin sebab sifat curiosity aku.Ada apa lah agaknya dengan MTV World Stage nanti?Teringat dulu-dulu,aku pernah ikut kawan aku ke Stadium Melawati,Shah Alam untuk konsert Gangstarz.Aku memang tak suka Gangstarz.Tapi disebabkan sifat curiosity aku,aku pun ikut jugaklah kawan aku ke Stadium Melawati.

Gangstarz kat Stadium Melawati memang
best berbanding dengan apa yang kita tengok kat TV.Sebab apa?Sebab sound system yang amat canggih.

Kalau kat rumah bujang aku tu,patutlah tak
best..TV dah lah kecil,siaran tak berapa jelas dan sebab sound system yang dah usang;)

Kembali semula kepada cerita tiket MTV World Stage tadi,mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku dapatkan tiket ni.Macam ni caranya..

1.Taip MTV dan hantar ke 28881
2.Kemudian tambah nilai(top-up) RM50
3.Celcom akan hantar vaucher untuk tiket MTV World Stage
4.Cepat2 redeem tiket kat Ticket Hotline,Taman Tun Dr.Ismail(TTDI)

Sunday, July 18, 2010

Lelaki dan ejakulasi pra-matang

Tadi aku sempat luangkan masa sekejap untuk baca newspaper walaupun sekadar baca versi online sahaja dan aku amat tertarik dengan satu artikel ni yang berbunyi ''Many men suffer from pre-mature ejaculation woes''.

Apa itu ejakulasi pra-matang?
Rasanya tak perlu kot untuk aku terangkan dengan panjang lebar,sebab ini bukan zaman dulu-dulu,internet pun cuma pakai dial-up je,sekarang ni kan zaman hsbb(high speed broadband).Tak sempat nak klik lagi dah keluar information;)

Menurut artikel yang aku baca tu,29% daripada rakyat Malaysia yang berusia dari 19-60 tahun mengalami masalah ejakulasi pra-matang ni.

Bahaya ni!
Sebab apa aku kata bahaya,sebab menurut artiket tu,jika masalah ini gagal dikawal,implikasinya ialah seperti keyakinan diri yang rendah serta mampu untuk menjejaskan ke
Lelakian.

Berkemungkinan juga kadar perceraian yang makin meningkat kat dalam negara ni ada hubung kaitnya dengan pre-mature ejaculation.

Menurut Assoc Prof Shaiful Bahari,ada dicatatkan kes dimana pasangan yang telah mendirikan rumahtangga selama kira-kira empat tahun tidak pernah merasai kenikmatan bersama(sorry,i dont know the right word to mention about this situation,haha)kerana pihak lelaki yang tidak dapat mengawal excitement dan akan ejaculate sebelum berlakunya penetration.

Bagi remaja atau mereka yang masih belum mendirikan rumahtangga,masalah pre-mature ejaculation mungkin dipandang sambil lewa,tapi setidak-tidaknya,haruslah berwaspada dan mengambil langkah pencegahan sebab prevention is better than cure.Betul tak?

Janganlah nanti,dah terhantuk baru nak terngadah;)

Monday, July 5, 2010

Perempuan dan 1001 macam emosi

Bila berbincang tentang perihal perempuan,pasti hampir semua lelaki setuju perempuan ni penuh dengan emosi.1001 macam emosi.

Sekejap happy..sekejap sedih..sekejap hepi balik..sekejap merajuk.Jika tak salah aku,perempuan ada sembilan emosi,tapi cuma satu akal.Mungkin kerana sebab inilah,peranan sebagai ketua dipegang oleh lelaki dan bukan perempuan dan mungkin kerana sebab ini jugalah kuasa untuk menceraikan pasangan dipegang juga oleh kaum lelaki.

Aku ada macam-macam cerita tentang perempuan dan 1001 macam emosi.Salah satunya ialah tentang cerita semasa di MRSM Jasin,Melaka dulu.

Aku ada seorang
schoolmate,Azura namanya(bukan nama sebenar).Azura ni merupakan seorang pelajar yang amat cemerlang dalam akademik.Setiap kali exam,tak kiralah apa-apa paper sekalipun,meskipun hanya paper subjek sains komputer atau pendidikan jasmani,Azura mesti pass with flying colours.

Kerana kecemerlangannya dalam akademik,Azura menjadi buah mulut setiap pelajar dan guru di sekolah.Siapa yang tak kenal dengan Azura.Semua orang kenal.

Tapi,tiba-tiba dalam satu
exam di sekolah aku,Azura gagal untuk mendapat gred A untuk paper fizik dan dia hanya mendapat B+.Bagi aku..kira okeylah tu kan.B+ tu adalah gred yang agak baik jugalah untuk subjek sesukar fizik(sebab masa ni,kalau tak salah aku dapat C je,haha)

Azura cuba untuk mencederakan diri sendiri dengan cara melompat dari tingkat atas blok asrama puteri.Aku tak tau apa yang Azura rasa,mungkin kecewa atau mungkin sedih yang amat sangat.

Azura bernasib baik kerana hanya cedera ringan.Bayangkan jika hasil daripada tindakan bodoh tu Azura lumpuh atau kehilangan nyawa.Pasti ianya tidak berbaloi,gara-gara gred B+ dalam
paper fizik.

Walaupun Azura adalah
top student di sebuah top school,tetapi Azura terikut-ikutkan emosi berbanding pertimbangan akal yang waras.

Lelaki mesti tak buat perkara-perkara macam ni meskipun gagal dalam
exam.Betul tak?

Saturday, July 3, 2010

Penumpang berdiri dalam kapal terbang untuk jimat tambang?

Bayangkan jika kita berdiri dalam sebuah kapal terbang untuk menjimatkan tambang tiket penerbangan.Macam tak percaya je?

Tetapi,percaya atau tidak..sebuah syarikat penerbangan,Ryanair merancang untuk memperkenalkan idea gila ni.Tambang yang dikenakan oleh Ryanair adalah serendah £4(RM15) untuk penumpang yang berdiri dalam penerbangan mereka.

Bukan itu sahaja,Ryanair juga akan mengenakan caj bagi setiap kali penggunaan tandas dalam penerbangan.Guna tandas dalam kapal terbang pun nak kena bayar?

Untuk tempoh percubaan,tempat duduk tegak itu akan diperkenalkan untuk penerbangan yang hanya memakan masa selama sejam.Namun begitu,mereka juga merancang untuk memperkenalkannya dalam semua penerbangan.

Pelik kan.Tertanya-tanya aku dibuatnya.

Selamat ke?Kalau emergency macam mana?Kalau nak makan macam mana?CAA(Civil Aviation Authority) UK atau EASA(European Aviation Safety Agency) bagi kebenaran ke?



ps:masyarakat orang asli kat pedalaman Sabah dan Sarawak tak perlu berdiri pun dalam kapal terbang MASWing,tapi harga tiket diorang tetap murah;)