Followers

Monday, December 13, 2010

5 perkara orang selalu buat selepas SPM?

Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)dah pun berakhir.MERDERKA!!!Masa aku ambil SPM,empat tahun yang lepas..aku rasa lega sangat bila dah habis SPM,tapi tak adalah lega sangat..takut,risau,cuak pun ada.Yelah..risau dengan result SPM.Kalau dapat bagus,Alhamdulillah lah.Tapi..kalau dapat teruk,macam mana?


Alhamdulillah,result SPM aku tak adalah bagus sangat tapi taklah teruk sangat.Kira OKEYlah.Cukup-cukup makan nak apply UIA dan Matrikulasi masa tu.Walaupun aku tak sambung belajar pun kat UIA ataupun matrikulasi.


Masa SPM,aku rasa kepala aku macam nak pecah je.Aku rasa bukan aku je,orang lain pun mesti rasa perkara yang sama.Belajar sungguh-sungguh..gila-gila semata-mata nak dapatkan result yang baik.Sebab tulah bila lepas SPM je macam-macam idea muncul,nak buat itulah..nak buat inilah.Yelah..masa jadi budak sekolah menengah,banyak benda yang tak boleh buat.


Bila lepas SPM,mulalah..
1.Ada yang nak cari duit
Kebiasaanya,ramai yang akan kerja dengan restoran makanan segera.Tak kisahlah apa-apapun,KFC,Mcd,Raja Burger(Burger King),Marrybrown,A&W,1901,Ramly Burger atau apa-apa sajalah.Walaupun dibayar dengan rate yang amat rendah(RM3-5/jam),tapi dah rasa banyak dah,sebab jumlahnya jika dikumpulkan sehingga satu bulan lebih banyak lagi berbanding duit poket yang mak dan ayah bagi masa jadi student sekolah menengah dulu.


2.Buat lesen memandu
Yang buat lesen memandu pun ramai jugak.Kononnya,nanti bila dah ada lesen senanglah mak nak suruh pergi kedai atau pasar.Ada yang buat lesen memandu sebab nanti senang bila dah masuk "U",bolehlah jimat masa tanpa perlu naik public transport untuk berulang-alik dari hostel ke kampus.Ada juga yang buat lesen memandu sebab nanti bolehlah pinjam kereta ayah,nak bawak awek jalan-jalan pusing taman(yang macam ni pun ada,haha)

3.Cari tempat untuk sambung belajar
Aku ingat lagi,masa lepas SPM,kelam kabut aku cari tempat-tempat untuk sambung belajar.Masa zaman aku ada satu majalah yang agak popular untuk cari peluang untuk sambung belajar,Doctorjob kalau tak salah nama majalah tu.Ada yang aku cari kat dalam Doctorjob,ada yang cari kat dalam paper,kat dalam internet pun ada gak.Hampir semua aku apply termasuklah program matrikulasi,walaupun aku tak suka masuk matriks.

4.Belajar memasak
Ada juga yang belajar memasak.Sama ada sukarela ataupun kena paksa.Rasa-rasanya perempuan zaman sekarang ni lebih ramai yang kena paksa daripada sukarela.Aku rasalah...Sebab,apa yang aku tengok adik-adik aku kat rumah tu,lagi suka tengok TV atau buat benda lain daripada tolong mak memasak kat dapur.Bila kena panggil barulah nak turun dapur.

5.Jaga adik-adik sementara ibubapa pergi kerja
Masa lepas SPM,inilah antara perkara yang aku buat.Jaga adik-adik aku sementara mak dan ayah aku pergi kerja.Hari-hari kena hantar adik aku pergi sekolah,lepas tu ambil dia balik dari sekolah.

13 comments:

Imzainieyzulkipli said...

saya pun seperti itu dulu...huhuhuhu

hudahazwani said...

hahaha betul2 BERpengalaman nie..kih3..



http://hudahazwani.blogspot.com/

amar haziq said...

ramai yang macam tu kot..
;)

-ROCKprincess- said...

I wanna work after spm but my mom don't allow me to...
so after buat lesen memandu...
dok umah jaga anak sedara...
kerja jgk tuh...
huhu...

eiysya zasya's said...

lepas SPM dulu, tak boleh amik lesen memandu lagi.. blom cukup umo.. adik pun takde.. kiranya lepas SPM, lepak jek.. kih3~

/Dayah//Nurul/ said...

lps spm keje, lesen, plkn. memoriable kan :)

http://sweetdayday.blogspot.com/2010/12/cium-tangan-yuna.html

lea said...

wah blaja masak..good2

Miss El said...

teringat time pas spm dulu ;)
memang macam ni la ;D
singgah-singgahan
http://misselwords.blogspot.com/

Miss SurferParadise said...

adehh .. PLKN xde plak .. kuikuikui

amar haziq said...

rockprincess:kira okeylah tu..mak nak train jadi ibu mithali kot..haha

eisya:lepak je ke..mesti tambah berat badan

dayah/nurul:pergi plkn ea..aku tak dapat

lea:budak perempuan je..lelaki xyah..hehe

miss el:okey..nanti singgah ye;)

miss surferparadise:a'ah lupa nak letak plkn..tapi aku tak dapat plkn;)

syAzAnA said...

haha. sume same je. betul3.

amar haziq said...

a'ah..semua org hampir same

mekchu said...

no.1 tu semua akan rasa kan.. 1st time cari duit.. baru tau susah.. hahaha..

Post a Comment