Followers

Tuesday, July 13, 2010

Nak rumah besar,kereta bentley dan ada orang gaji boleh?

Ramai perempuan(aku rasalah..haha)yang berimpian besar untuk ada rumah besar(sebuah villa),kereta mewah(bentley,mercedes ataupun paling kurang proton persona)dan ada orang gaji yang akan meringankan beban dan kerja mereka di rumah.

Mungkin juga ada yang tak kisah tentang semua ni.Yang penting dapat bersama dengan lelaki yang mereka cintai.Biarpun hidup susah,terpaksa berpanas,basah dek hujan dan hanya mampu untuk naik RapidKL(perkhidmatan awam) untuk ke mana-mana.

Tapi aku rasa,tak ramai yang akan memilih untuk hidup susah semata-mata untuk bersama dengan pasangan yang mereka cintai.Dunia realiti tak seindah seperti dalam cerita hindi atau filem cinta yang kononnya romantik macam yang selalu kita tengok kat tv.

Kalau aku jadi perempuan pun,aku tak sanggup rasanya nak hidup susah.Tapi aku ada satu cerita nak kongsi tentang perempuan yang sanggup hidup susah demi cinta.

Cerita ni berdasarkan kisah benar.Bukan rekaan ye,sebab cerita yang aku nak share ni adalah cerita tentang kawan mak aku yang sempat mak aku ceritakan masa aku balik rumah bulan lepas.

Ceritanya pendek je.Macam ni ceritanya..masa muda2 dulu(masa bujang),mak aku ada seorang kawan berketurunan kerabat diraja yang memakai gelaran Ku.Ku jatuh cinta dengan seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai apa-apa gelaran,harta mahupun kekayaan.

Lelaki yang Ku cintai merupakan seorang guru sekolah biasa yang ketika itu bertugas di Sabah atau Sarawak(lupa..tak ingatlah..)Mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Rancangan mereka itu tak mendapat restu daripada ibu Ku.Tapi,Ku nekad dan tetap mendirikan rumah tangga dengan cikgu tersebut.Akibatnya,ibu Ku menghalau Ku keluar daripada rumah dan memutuskan hubungan dengan Ku.

Rasa2 nya sehingga hari ni,ibu Ku masih marah dengan Ku disebabkan pernikahannya dengan seorang lelaki biasa.

ps:Tak sangka,dalam zaman yang makin maju ni,ada juga yang masih berfikiran kolot.

16 comments:

izansalleh® said...

boleh usaha sama2 kalau nak senang. takkan la isteri nak bergantung pada suami je untuk mencari harta. yang penting USAHA ;)

echah mashuri said...

miskin xpe asal bhagia..
tp lau kaya mcm 1 bonus...huhuhu

amar haziq said...

izansalleh:yup..setuju2..yg penting sama2 usaha n saling berkongsi..

echah mashuri:betul jugak tu..tp sggup ke nak hidup miskin..huhu

Kazaztan Team said...

status quo tu penting..ta kira zmn...org msh memandang kebendaan...tu fitrah manusia

Anonymous said...

could be d mom think that her daughter who's used to rich way of life,cant adapt to poor way of life.or could be her mum mmg like dat la.memandang harta bagai2.
people have their reason.but nowadays.moneys count

anon said...

hmm betul cakap anon tu.

nowadays,moneys count.

kalau pkir2 balik...selak2 balik kisah2 nabi,baru rasa ada kesedaran.

contoh siti khadijah,isteri rasullullah s.a.w. baca aje kisah dy.. =))

Ila said...

agak-agak Ku bahagia tak Haziq?
orang kata kalau melukakan hati ibu bapa hidup tak bahagia...something missing in their life.

Saya setuju kaya tak semestinya berharta, kebahagiaan juga merupakan kekayaan; kaya di hati heheheh
kaya pun tak menjamin kebahagiaan,tul tak?
yang penting syukur, berusahalah, insyaallah rezeki ada di mana-mana...

just my 10 cent opinion..:)
take care

amar haziq said...

Kazaztan team:yupp..saya pun ada pengalaman

misteri:agree..money is important,tapi tak patut mak Ku halau Ku kan..

anon:thanks anon;)

Ila:saya tak pastilah kak,in this case..tak tau nak salahkan siapa..Ku dan mak Ku,dua2 salah

Anonymous said...

sy anonymous la.bukan miss anon bwh tu.ish kawan sndiri komen pn knl.apa da
~miss anon sebenar~

rhapsody LiN said...

hmm.. evry mother wants the best partner for their daughter/son..


even money is not everything, but monney is something dude =)

lydzar said...

salam..tumpang menyelit..

walaupon berkongsi hidup dan perlu sama-sama berusaha utk senang, tp lelaki perlu lebih maju 2-3tapak kedepan dalam mencari harta ni.. si isteri sekadar membantu

Dan pasal maid tu, apa salahnya kalau si suami mampu bagi. Kerja org pempuan ni, tak pernah habis, dari opis ke rumah ..ada je nk kena buat..kesian ..dia bukan robot

dh kawen nnt, timbang2 kan la yer

amar haziq said...

rhapsody Lin:yup..agree..tapi we can find ways to earn money kan..huhu

kak lydzar:man needs to lead his wife..yang tu sy agree..tp mak sy okey je..tak ada maid pun kak..kerja kat ofis n kadang2 outstation lagi..dah 22 tahun mendirikan rumah tangga;)

Anonymous said...

sy setuju part maid tu.da kalo wife n hubby 2 2 bz.rumah xkan nk tongkang pecah kot.
professional profession jz aren't playground. it's not necessarily maid y dok skali.dtg siang pn convenient.asaklan x dtg time only 1 of either wife or hubby ad kat rumah.safer for both partner

Sharinginfoz said...

segmen kenali blogger, haziq di sharinginfoz esok pukul 10.00 pagi

Lia3003 said...

biar hidup susah, janji bahagia kan, if hidup senang, tp jiwa kosong pun x de maknanya gak..tol x?

Hasrol Nizam said...

hidup susah tu bukan maknanya sampai nak makan nasi pun takde. at least makan minum tanggungan tu lepas.

pelik tgk artis yg kaya raya pun tak bahagia.


Dari gopeng ke taiping. oh kisah bas lompat

Post a Comment