Followers

Sunday, July 25, 2010

Kahwin ketika usia muda

Tiba-tiba aku terasa nak post entry tentang kahwin ketika usia muda.Mungkin sebab aku punya ramai kenalan yang berkahwin pada usia muda.Contohnya macam senior aku masa kat MRSM Serting,schoolmate aku masa kat MRSM Jasin dan pasangan bahagia yang aku kenal melalui Facebook.

Seronok ke kahwin muda2 ni?Kalau tanya soalan ni pada aku.Jawapannya mestilah seronokkan.Sebabnya..makan minum kita terjaga(ada orang
prepare makanan),rumah pun kemas je 24/7 dan mungkin yang paling best skali ialah dapat buat perkara yang tak boleh buat sebelum kahwin.

Jangan fikir bukan2..;)
Maksud aku
dapat buat perkara yang tak boleh buat sebelum kahwin,contohnya macam dalam satu blog ni yang aku pernah baca beberapa bulan yang lepas..perkara yang paling seronok sekali selepas berkahwin ialah dapat cium dahi isteri selepas selesai solat jemaah bersama isteri.

Tapi...kalau aku diberi pilihan untuk kahwin pada usia muda.Jawapan aku tentulah tak.Aku tak bersedia lagi.

Sebabnya,perkahwinan bukan sekadar lafaz akad dan nikah sahaja.Ada banyak tanggungjawab.Lebih2 lagi tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.

Bila dah jadi pasangan suami isteri,cara hidup kenalah berubah.Tak boleh lah terikut-ikut dengan cara hidup orang bujang.

Kalau masa bujang,beli barang-barang untuk diri sendiri je,tapi bila dah kahwin kenalah beli untuk dua orang.Kalau tak,ada pulak yang merajuk kat rumah tu.

Masa bujang,pukul 12 tengah hari baru nak bangun..bila dah kahwin,takkan nak bangun waktu tengah hari plak kan.

Masa bujang,bila rumah dah jadi macam sarang tikus baru lah nak kemas(bukan aku ye..)..bila dah kahwin kenalah rajin sket.Hari-hari kenalah kemas rumah,kalau tak mesti boleh jadi punca pergaduhan(aku rasalah..haha).

Pendek kata,banyak perkara yang perlu diubah.Sebab..perkahwinan bukan sekadar untuk jangka masa pendek.Kahwin 3-4 tahun,kemudian bercerai.Kalau boleh,biarlah sampai ke hujung usia=) Betul tak?

20 comments:

ZihNuN FaTiN said...

lambat atau cepat tetap ada jodoh...maknanya bila dh sampai jodoh,waktu 2 mmg kita dh bersedia...=)

SweetyMui2 said...

betul..kalau nk kahwin awal kena komited lam hubungan..kalau belum ready baik jangan tkut nti cerai berai..huu :)

LORD ZARA 札拉 said...

kawan2 ku juga ramai kawen awal~
ku tak berani~
takde sapa2 pun nak diajak kawin pun ya, tapi ku tetap takut kawen awal~

T__T

NUR HazieRAH said...

ye, btol 2....tp skrg ni rmai kwin muda... mgkin mreka tkut somthng bad happen 2 their relationship n utk elakkn maksiat, sbb kluar brdua2an 2 pon da dkire maksiat kn???...

Jard The Great said...

hehehe... betul tuu... kalau dah keje mase muda takpe jugak kalau nak kahwin.

kalau setakat student tu.. nk bagi makan anak bini rumput ke? nice post tho =)

Fida Aishah said...

kawin muda baik sebenarnya...ha ha..tapi dgn siapa kita kawin tu yg penting...

Anonymous said...

wedding arent d solution to everything.nk lari dari maksiat? lpas kawen pn ad chance buat maksiat.but kalo da rase sedia.feel free to do so.

enon said...

kahwin mude???
xramai kot bole tahan..
komitmen tinggi wooo~

Kasih said...

macam trend skrg kawin muda..mmg betul kena percaya jodoh tp jodoh juga manusia yg cari,
manusia yg usaha sampai jumpa jodoh tu,maka
Allah lebih mengetahui,dengan izinnya kawinlah
mereka dalam usia muda..

bila da kawin masa 'budak' ni,kenalah blaja
bersabar..ni masing2 ego melambak2..setiap hari
dalam paper kes dera suami isteri..so ape
sebenarnye motif perkahwinan tu? =)

t e m b u m e said...

saya tak sabar nak kawen!
hahaha

Anonymous said...

ade pndpt ckp jodoh kene crk base on "Allah xkan ubah nasib sesuatu kaum itu mlainkn kaum tu ubah nasib mereka sndri". For me dlm konteks jodoh maksud berusaha yg dikatakn ialah berusaha utk jd lbh bek refers to janji Allah "lelaki yg baek adalh utk perempuan yg baek n sebaliknye". Kawin adalah satu ibadah, so klaw kawen kerana Allah, insyaAllah Allah akan bantu dlm perkahwinan tersebut.x kesa kawen mude ataw tua, klaw pasangan tu x berusaha utk kekalkn hubungan mereka kerana Allah, msti ade masalh juge. so for me it base on niat kite.klaw salah tlg tego ye..=)

WHITE ROSE 84.... said...

ermm.. segala2 terserah pada jDoh..smpai jdoh awl kawen la awl..if jdoh smpai lewat skit..kwen la lewat skit..
Pada ku yg penting matlamat perkahwinan itu dibina..ats dasar apa..cinta..iman atau nafsu semata2.. Tepuk dada tnya Iman...k..:)

Anonymous said...

kawin awal??
not 4 me i think..
need more time to be a free agent :)
w.pun bkan utk bercouple2
tp need time to njoy life :]

azzey said...

perkahwinan satu perkongsian tanggungjawab. Bila berlakunya tiada perkongsian.....tu yg x blh bertahan lama tu.....

red One_foren6 said...

klau dh mampu,elok la kawen cepat2

zool said...

Aku tak tau nak komen pe..
tapi terpulanglah.. kalau ada rezeki boleh je kawin muda.. tapi jgn pula takde kemampuan nak kawin. lingkup hidup

joegrimjow said...

kena kawen baru ada feel entry pasal kaen
hehe

azzey said...

Kawen muda? bagus! dpt menegelakkan fitnah dan mengikut sunnah Nabi...

Shafiqa's said...

kawin muda???..pergh..respect2... byk pahala tuh...:)
hahahah

amar haziq said...

bukan saya yang kahwin muda;)

Post a Comment