Followers

Monday, November 22, 2010

Esok bermulanya SPM dan cerita dulu-dulu.

Hari esok bermulalah exam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)untuk tahun 2010.Teringat kenangan ketika menduduki exam SPM pada tahun 2006.Tak senang duduk dibuatnya.

Kerana pada masa tu,fikiran dan minda aku telah dimomokkan bahawa SPM adalah segala-galanya.Aku ingat lagi masa kat MRSM Jasin(sekarang..MRSM Tun Ghafar Baba),kami akan stay up pada hampir setiap malam untuk ulangkaji pelajaran.Pukul 2-3 pagi baru tido.

Kalau tak stay up malam pun,aku dan kawan-kawan yang sama hostel dengan aku akan tidur dulu dan bangun pada awal pagi.Haiiih...SPM..SPM.

Hasilnya..result aku tak adalah excellent sangat,tapi rasanya slip SPM aku still nampak cantik.Cuma ada ''A'' dan ''B'' je.Kawan-kawan aku ramai yang dapat semua ''A'',yang dapat semua ''A1''pun ramai.Hampir semua kawan-kawan aku dapat fly termasuklah girlfriend aku.Ada yang ke India,UK,New Zealand,Australia,Mesir,Rusia,Republik Czech dan banyak lagi.

Rezeki aku plak cuma di Subang.Tapi takpelah,syukur kepada Allah.Ada juga kawan-kawan aku yang dulunya dapat semua ''A'' masa SPM menghadapi nasib yang kurang baik.Ada yang gagal meneruskan pengajian dalam bidang perubatan,ada yang gagal dalam program matrikulasi dan ada juga yang tak dapat fly.

Nak dipendekkan cerita,SPM bukanlah segala-galanya.Gagal atau kurang cemerlang ketika SPM tak bermakna gagal dalam hidup.Kawan-kawan aku yang dapat semua ''A'' dalam SPM pun ada yang gagal selepas SPM.

"GOOD LUCK untuk sesiapa saja yang menduduki exam SPM esok ye"

10 comments:

JungRara said...

totally agree...mase skola dulu,orang kate spm paliiiiiing penting,penentu segalanya....tapi after spm, jalan kita lagi luas

amar haziq said...

aku setuju dengan jungrara...lepas SPM lagi banyak peluang menanti kita

myFirdaus said...

teringat zaman spm dulu.... huhuhu...

da[Y]un said...

hohoho...spm memang byk kenangan lagi2 masa kat mrsm, tak dapat full A punya pasal abah kasi kluar satement yg terasa gila argh "budak skolah biasa pun lagi bagus dr awk"
~but result spm tu tak kemana jugak..yg sekarang dan akan datang lg penting! btw..thanx tuk link dowmload movies tu :)

ifah said...

hoho spm bukan penentu segalanye... cemerlang spm pon,, cenggini jugak rupe nye. huuu

amar haziq said...

myfirdaus:teringat jugak..hehehe

da[Y]un:ye ke..nasib baiklah ayah saya tak cakap macam tu,takpe tu pembakar semangat namanya tu

ifah:cenggini juga...maksudnya?

deqnamalu said...

tau takpe.. wat penat jep cuak2 lu

amar haziq said...

hahaha..tulah buat penat je;)

Shafiqa's said...

oit..oit.....disini belum ambil SPM lagi seperti disana-disana tu....
haha..cam cerita P.Ramlee plak..
btw..mmg pun,ckgu slalu ckp SPM ni everything..haih..

wana said...

yeke spm bukn sgalenye??bile bace mende ni..rasenye mcm bdan yg panas dsmbah air..hee..

Post a Comment