Followers

Thursday, November 18, 2010

Cerita malam hari raya Aidiladha aku

Hari selasa yang lepas,aku sempat balik ke kampung aku di Kuala Pilah,N.Sembilan.Malasnya nak balik kampung sebab cuti cuma sehari je pada hari rabu tu.Tapi bila mengenangkan mak dan ayah yang beria-ia sangat nak aku balik,aku pun balik je lah.

Yelah..dulu masa aku sakit dan terlantar kat Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)sebab doktor suspek tulang kaki aku ada kanser,hampir setiap hari mak dan ayah datang.Tak kan lah aku nak balik sekejap je pun tak mampu nak buat kan.

Aku bertolak dari Subang dengan berbekalkan moto kapcai buruk,kira-kira dalam pukul 5.40 petang.Disebabkan hujan renyai-renyai dan jalam yang agak jam.Lambat jugaklah sampai KL sebelum aku ambil bas untuk ke Seremban.

Perjalan lancar dari KL ke Seremban walaupun tiba di Seremban agak lewat disebabkan driver bas yang mungkin tersalah jalan sampai masuk ke Kajang(Haiyaaaa...).

Dari Seremban nak ke Kuala Pilah,sepatutnya cuma mengambil masa 45 min-1 jam perjalanan.Tapi pada malam hari raya Aidiladha tu,dekat Bukit Putus je dah makan masa selama 1 jam setengah.

Rasa-rasanya tak pernah jam seteruk ni.Tapi nak buat macam mana kan,sabarje lah.Tak kan nak patah balik ke KL.

11.30 malam baru lah aku sampai kat rumah atuk.Ambil masa sampai 6 jam hanya untuk sampai ke Kuala Pilah,N.Sembilan pada malam raya tu.

Pergi dapur ada lemang,rendang dan gulai ayam.(Apa lagi..makan time lah,haha).Terubat rasa bengang disebabkan jam tadi;)

8 comments:

r-mean said...

driver bas nak balik kampung jgak tuh sampai tersalah jalan..

zmah said...

Bukan ke selatan saja jem,ke Pantai Timur pun teruk juga...lain kali terbang je

MaMaHakim said...

salam kenal en.amar haziq,
nih mamahakim dah datang jenguk blog.....dah follow pun..... :D

amar haziq said...

r-mean:hahaha...tulah pasal,tapi tension je jadi passenger

zmah:terbang pun satu hal..ongkosnya tinggi dong;)

mamahakim:salam kak...thanks kak

Anonymous said...

kalau ikut plus lg jam kot.. kn ade lekas tu yg driver bas tu ikut kajang tu...

moon said...

laa amar, everytime cuti, cuti umum, memang jalan bkit putus akan jam. memang akan jam. imagine kalau jln bkit putus tu masih lagi mcm dulu. much worst than sekarang

amar haziq said...

anonymous:yupp..tapi yang peliknya die boleh pusing2 area kajang plak

moon:ele..koe duk soromban xpe..no hal..eden ni haa masalah;)

Pencacai Alim said...

aku pnh "lepak" kat highway lebih 12 jam..

slamat hr raya :)

Post a Comment