Followers

Monday, May 10, 2010

Selamat hari ibu,tapi kawanku tak punya ibu lagi

Aku baru saje call mak tadi,untuk wish selamat hari ibu.Tak sempat nak call semalam,sebab keluar pergi beli barang-barang dapur,kemudian ada roll call plak.Tup..tup...dah pukul 11,kalau call rumah,mungkin mak dah tidur.Jadi aku ambil keputusan untuk call mak hari ni.

Alhamdulillah,Allah lanjutkan usia mak aku dan oleh sebab itu aku masih punya ibu yang aku gelar 'mak'.Tahun ini,genap usia mak yang ke-47 tahun.Alhamdulillah sekali lagi,syukur kepada Allah,Tuhan sekalian alam.

Bagaimana jika ibu kita sudah tiada dan pergi bertemu Ilahi?Sukar untuk aku gambarkan,kerana aku tidak pernah kehilangan insan yang tersayang semenjak aku dilahirkan lagi.

Aku punya kawan yang sudah kehilangan ibu.Oleh itu,entri kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang kisah kawan aku yang kurang bertuah jika ingin dibandingkan dengan aku yang masih punya ibu.

Lagu Hari Ibu daripada Dato'Shake-Umi

Housemate aku sejak tahun 2008,Asnulhaini namanya.Aku panggil dia Anoy,dari mana datangnya nama ni,aku pun tak tau.Anoy telah kehilangan ibunya beberapa tahun yang lalu.Ibu Anoy merupakan seorang usahawan wanita yang amat berjaya.Arwah ibu anoy mempunyai perniagaan kedai runcit dan katering untuk orang asli di Gerik,Perak.Menurut Anoy,arwah ibunya ini amat hebat dalam memasak,dan mungkin disebabkan inilah,arwah ibunya mendapat kontrak untuk katering makanan bagi orang asli di Gerik,Perak.

Namun begitu,setelah sekian lama berjaya sebagai usahawan,tiba-tiba arwah ibunya jatuh sakit.Pegawai perubatan di hospital Ipoh(kalau tak salah..)tak dapat mengenal pasti punca penyakit.

Rupa-rupanya,arwah ibu Anoy terkena buatan orang(gangguan makhluk halus).

Mungkin kerana iri hati dan hasad dengki,arwah ibu Anoy terpaksa terlantar di hospital.Inilah perangai orang Melayu,walaupun zaman dah berubah ke zaman millenium,mereka masih tak berubah,tak boleh tengok bangsa sendiri maju berbanding diri mereka sendiri.Melayu oh melayu.

Arwah tak dapat diubati dan akhirnya pergi bertemu Ilahi meninggalkan Anoy serta ahli keluarga yang lain.

Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

14 comments:

Lucy S. said...

semoga orang yang buat anoy tu merana sebab dah takde ibu, mendapat balasan setimpal. Allah tu Maha Adil. insyaAllah.

amar haziq said...

semoga orang itu juga kembali bertaubat kn

asphaq said...

sedih sebentar.

hahahaha

AcanCapik said...

Al-Fatihah...

setiap yg hidup pasti akan mati...

amar haziq said...

kepada Allah kita datang dan kepadaNya juga kita kembali..

KiFli MaLLy said...

Al-Fatihah...

terasa hiba untuk seketika....

amar haziq said...

moga kisah ini dapat dijadikan teladan

akusyiham said...

sebak seketika...
windu nye kat ibuku...
dah hampir 8 bulan xjumpa...
waaaaaa.....nak balikkkk!!!

p/s: nice..follow~

velasrizal said...

rindu gak kat ibu aku hhuhu.. selamat ari ibu buat ibu seluruh dunia..

Buffered Earnings Silih Berganti !

NorNekmah Abu Bakar said...

semoha mak anoy ditempatkan di kalangan beriman...syukur masih punya ibu ;)

amira said...

oh..dah call mak?
bgus2..
mak bru mengomel abg xcall die haha
sb org blik klmarin saje jmpe mak ayh
yela,xde org kat umah melainkan cipotet 2
so blik la knon nak clbrate mothers day n nak wat kek..kek nye mnjadi tp 3/4 org yg mkan hahaha..
xtau mak mkan ke x..mak diet la katekan hoho :)

amar haziq said...

akusyiham:xpe..yg penting blaja rajin2 di egypt

velasrizal:selamat hari ibu juga buat ibu seluruh dunia

ema:Amin..

amira:abang dah call lah..haha
wat kek ke?pandai ke ni..

Unknown said...

salam kenal dari kakyong,
terima kasih sudi singgah ke Catatan Ibu..

Insya Allah, selagi mak masih ada.. buat lah yg terbaik.. tunjukkan kasih sayang pada nya...

amar haziq said...

makaseh utk nasihat kak yong ye..
jemput datang lagi ;)

Post a Comment