skip to main |
skip to sidebar
Entri kali ni nak cerita tentang nasi lemak antarabangsa Kg. Baru.Laparnya perut ni,sebab tulah tiba-tiba nak cerita tentang nasi lemak yang paling popular kat KL ni.Perut masih belum diisi,patutlah asyik berbunyi-bunyi sejak petang tadi.
Nasi lemak antarabangsa Kg. Baru ini mendapat namanya kerana seorang juruterbang Malaysia Airlines yang sering kali membeli nasi lemak di sini untuk dibungkus sebelum dibawa bersama ketika dalam pernerbangan ke luar negara.Daripada situlah nasi lemak ini mendapat gelaran nasi lemak 'antarabangsa'.
Perniagaan nasi lemak antarabangsa ini diasaskan oleh Puan Normi Tandoh kira-kira 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1973.
Dah dua kali aku mencuba nasi lemak ni.Pertama kali di warung asal nasi lemak antarabangsa yang terletak di Kg.Baru dan kali kedua juga ditempat yang sama.
Aku terpaksa beratur kira-kira 5-10 minit untuk menunggu giliran sebelum dapat membuat pesanan.Bagi nasi lemak biasa,harganya ialah RM2.95 dan harga akan meningkat mengikut jenis lauk-pauk yang ditambah.Antaranya seperti ayam masak merah,rendang daging,sambal sotong,telur goreng,begedil dan macam-macam lagi.
Bagaimana pula dengan rasanya?Hmm..bagi aku biasa sahaja,tapi boleh lah sekadar nak mencuba.Nanti kalau orang tanya,boleh lah jawab,dah penah makan dah.haha.
12 comments:
salam... urmmmm sedapnya, dah rasa tak nak sekali, mesti nak singga lagi.
Kongsi tips rumah tangga, doa anak, maksud nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com
nasi lemak antarabangsa ni memang kegemaran aku.. mesti pesan kat kawan yg tinggal kpg baru suh belikan.. Macam la tak de nasi lemak kat putrajaya ni.. hahaha
mcm besh je nasi lemak ni..bolela akak try rasa bila gi kl nnt :))
Salam amar.nak bagitau,kamu dapat something.sila singgah :
http://brilliannajlaa.blogspot.com/2010/05/dapat-award.html
tq :D
asmaria:yup2..memang sedap..nanti sy singgah blog awk k
miz kadiah:tapau bnyk2..buat bekalan satu bulan,huhu
kak najla:bley je kak..sy sedia jd tourist guide..
selama ni dgr je nasi lemak antrabangsa. tetibe rasa nak cuba.
Krokk..lapar la plak tgk nasik lemak + sambal sotong tuh.Dah lama x makan.Tak penah lagi makan kat c2.Cik abang bli bungkus bwk balik jer...balik Kl nnti,kena pujuk cik abang try mkn jgk kat sana.Tak sabar nk tunggu cuti sekolah.huhu...
elmo chemo:cube lah..dah banyak outlet NLAB skunk ni
kak suhana:kalau nk makan kat situ,akak kena datang awal2..
takut2 tak ada meja kosong
sbb ramai orang
kt melaka pun ada laa..hmm..cdap2..
kat dataran pahlawan kan..tau2..huhu
nak tnye laa..sambal nsi lemak dy pds x ek?
sb i jns y xthn pds...nver try diz nsi lmk..n ingt kn nk try la...
sambal die xpedas pn
just nice
Post a Comment