Followers

Monday, November 29, 2010

4 tahun menunggu untuk KL International Motor Show 2010

Pejam celik..pejam celik dah 4 tahun aku tunggu untuk event ni,Kuala Lumpur International Motor Show(KLIMS 2010).Ingat lagi kali terakhir event ni dianjurkan ialah ketika aku masih Form 5 lagi,iaitu pada tahun 2006.

Masa tu tak berpeluang langsung nak pergi event ni.Aku tinggal kat Kuantan,jauhlah jugak dengan KL.Sekarang ni bila dah stay kat Subang,agak dekat lah untuk ke event ni.Dah 4 tahun aku tunggu event ni.Dah masuk 4th year pun kat MAS.

Ada apa dengan KLIMS 2010?
Semalam aku sempat surf website Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di http://www.klims10.com/.Pelbagai acara menarik yang akan berlangsung ketika KLIMS 2010.Antaranya ialah acara cabutan bertuah untuk setiap pengunjung yang hadir ke event ni,dan yang paling menarik sekali ialah tentang hadiah cabutan bertuah tersebut.

Hadiah utama bagi acara cabutan bertuah(lucky draw)ni ialah sebuah kereta hibrid Toyota Prius sumbagan UMW Toyota Motor.Kalau lah aku dapat kereta ni(berangan-rangan..),memang aku takkan naik moto kapcai aku lagi lah lepas ni.Sebabnya,dengan teknologi hibrid yang terdapat pada kereta ni,dapat menjimatkan penggunaan petrol selain mesra kepada alam sekitar(mesra juga kepada poket pemandu..haha)

Selain tu,terdapat juga pameran kenderaan batmobile seperti yang digunakan dalam filem batman selain kemunculan Bumblebee dalam pameran KLIMS nanti.

Bagi peminat dan pelanggan pembuat kenderaan nasional negara,Proton..dalam KLIMS 2010 nanti Proton akan mempamerkan 20 buah kenderaan termasuk 8 buah kereta konsep seperti Saga EV,Exora Extended Range EV,EMAS dan juga kereta ralli Satria Neo Super 2000.

Dulu..aku memang cukup tak suka dengan kereta Proton.Kalau bercakap pasal Proton atau "Protong"(nama yang digelar oleh pengkritik kereta Malaysia),mesti dikaitkan dengan tin Milo.Aku ingat lagi,kereta pertama yang ayah aku beli ialah kereta Proton Saga berwarna kelabu.Suatu hari,ayah aku terlibat dengan kemalangan,habis remuk bahagian belakang kereta tu,sedangkan impaknya aku rasa taklah sekuat mana.

Tak pasal-pasal,kena mintak tolong jiran untuk buka bonet kereta yang remuk untuk ambil buah durian yang tersimpan kat dalam bonet kereta.Waktu tu bukan macam sekarang,dulu-dulu susah nak jumpa durian.Masa musim durian je ada durian.

9 comments:

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

pergh..ada bumblebee lah..menarik..nice info bro..

Unknown said...

lelaki..mmg tak leh dipisahkan ngan keta- motor ni.huhu

amar haziq said...

iqbalhakimi:bukan tu saje..batman pun ada

da[Y]un:sekarang..perempuan pun dah terlibat sama..haha

Unknown said...

tp rasanye kualiti proton dah ok sikit compare keluaran sebelumnye....

amar haziq said...

yupp..setuju

terutama saga blm,persona,satria neo dan exora compared to keluaran sebelum proton waja

Anonymous said...

aku pernah jer pergi putrajay naik motor..tapi ni first time motor buat hal..
soalan ko tuh aku tak tahu nak jawab..mungkin ade kalau orang tuh betul2 nak tolong tanpa pilih jantina..ahhaa! ^^,

Anonymous said...

salam..aku pernah jer pergi putrajay naik motor..tapi ni first time motor buat hal..
soalan ko tuh aku tak tahu nak jawab..mungkin ade kalau orang tuh betul2 nak tolong tanpa pilih jantina..ahhaa! aku follow blog ko ^^,


http://hudahazwani.blogspot.com/

amar haziq said...

hahaha...

tapi perempuan lagi senang kan..

lagi2 yang lawa..

orang lelaki ni sapelah nak tolong..haha

makaseh sbb follow blog ak..;)

akubiomed said...

Ada sebab kereta dicipta sebegitu rupa kerana remukkan tadi untuk menyerap impak kemalangan kalau tidak pemandu dan penumpang akan cedera lebih teruk. Saya bercakap dari sudut engineering tidak bias mana jenama :-)

Post a Comment