Followers

Thursday, January 13, 2011

3 applikasi menarik untuk pengguna Nokia dalam Ovistore.com

Kebiasaannya kawan-kawan aku beli handphone mahal-mahal tapi hanya tahu call dan sms je.Macam-macam fungsi lain handphone tu tak tahu guna.Sama ada tak mahu ambil tahu(biasanya kawan perempuan lah ni..haha) atau memang buta it.Rugilah macam tu,sebab kita bayar untuk semua fungsi yang ada dalam handphone tu,bukan sekadar fungsi call,sms dan rupa bentuk handphone je.

Jadi kali ni aku nak cerita tentang 5 applikasi menarik untuk pengguna Nokia dalam Ovistore.com.Aku cerita pasal Ovistore.com sebab aku tak explore lagi tentang applikasi yang terdapat untuk handphone yang pakai OS(operating system)yang lain macam android ataupun windows mobile.Applikasi yang aku nak cerita ni semuanya free apps(applikasi percuma)sebab semua orang suka benda percuma,yang bayar siapa nak kan.Sebab tulah..iphone atau ipod touch pun orang sanggup jailbroken kan walaupun warranty masih belum tamat lagi.

1.Opera Mobile 10.1
Opera Mobile 10.1 ni sama je macam browser Opera yang biasa kita gunakan untuk surf internet di PC.Apa yang aku rasa menarik dalam applikasi ni ialah fungsi Speed Dial.Jadi kita boleh letakkan website yang selalu dilawati dalam fungsi Speed Dial.Sama sahaja fungsinya seperti fungsi Speed Dial dalam handphone.Opera Mobile 10.1 juga turut diintegrasikan dengan Opera Turbo untuk menjadikan surf speed bertambah pantas.

2.eBuddy Mobile Messenger
Dengan apps ni,pengguna Nokia boleh chat dengan pelbagai platform chatting di internet seperti Yahoo Messenger!,GTalk,MSN,ICQ,AIM,MySpace dan juga Facebook Chat.Senang...tak payah nak ON laptop untuk chatting dengan kawan-kawan.Dengan eBuddy,kita juga boleh hantar gambar dan juga set avatar daripada camera phone.

3.Skype for Mobile
Ni apps yang paling aku suka.Sebab dengan apps ni aku dapat contact gf aku kat Bangalore tanpa apa-apa kos(Jimat..jimat..).Asalkan ada akses kepada wi-fi.Kalau sebelum ni nak kena ON laptop dulu,kemudian nak pasang headphone lagi,memang leceh.Sekarang ni cuma perlu masuk dalam apps ni kat dalam handphone dan dah boleh contact kawan-kawan,mak,ayah,mak mertua dan siapa-siapalah TANPA APA-APA KOS(kalau ramai-ramai rakyat Malaysia pakai apps ni,tak lama lagi service provider boleh gulung tikarlah..haha)

3 comments:

izyanty collection said...

macam tu ek, tak tau lak nak guna benda alah tu semua, walaupun ada, nak kn explore satu2 le kan

Amira Anorah said...

yeah,,saya baru discover benda-benda nie semua..
Snaptu,pastu banyak lagi..
Opera tu masuk kat enset then bole access free kan..
wahhh :)

Paria Perawan said...

Yeah but bg aku ovi ni cpat bosan.
sbab byk kwn aku ckp cmtu.
yg bg aku best skang is BB and android.
BB utk social network agak fast dan pakej tak mahal. Then android byk software yg best2.
Klu yg dah rooted tu ley gune GPS papago!.
Bg iphone lak mmg r agak exklusif tp iphone ni mahal so majoriti yg gune iphone kat malaysia pakai bil.

Post a Comment