Followers

Tuesday, November 30, 2010

Cara-cara untuk jadi kaya seperti Tony Fernandes


Tengah hari,tiba-tiba SATO(Senior Apprentice Training Officer)call aku.SATO suruh aku dan empat orang kawan aku yang lain untuk pergi ke Training School.Aku ingatkan SATO nak bagi tool box,jadi dapatlah kami semua cepat-cepat mulakan praktikal kat aircraft hangar(bengkel kapal terbang).

Rupa-rupanya,SATO nak tempatkan kami semua kat Aircraft Project Department.Department apa tu?Aircraft Project Department ni ialah jabatan yang bertanggungjawab dalam hal beli,jual dan sewa kapal terbang termasuklah equipment and furnishing macam kerusi kapal terbang Malaysia Airlines yang mungkin selalu korang duduk tu kalau terbang dengan MAS lah.



Petang tadi,masa kat department tu..aku sempat belajar cara-cara untuk setup an airline.Macam nilah caranya Tony Fernandes setup AirAsia sehingga menjadi antara orang terkaya kat Malaysia.Nak jadi jutawan dan diapit oleh ramai stewardess yang single dan cun tak?Kalau nak,sila baca entri aku ni sampai habis ye.

Tapi aku tak nak peningkan kepala,jadi aku nak cerita cara yang paling mudah untuk setup an airline.Mula-mula sekali,kalau nak setup an airline,kenalah ada AOC(Air Operator Certificate) dan juga ASL(Air Service License).Untuk dapatkan lesen dan sijil ni semua senang saje,iaitu dengan cara memohon dengan DCA(Jabatan Penerbangan Awam Malaysia).


Tony Fernandes(CEO AirAsia)

Kemudian,pihak DCA termasuk dua orang menteri kabinet iaitu Menteri Kewangan dan juga Menteri Pengangkutan akan menjalankan sesi temuduga.Menteri Pengangkutan dan juga pihak DCA nak pastikan bahawa pemohon adalah betul-betul layak untuk memulakan sebuah airline seperti Tony Fernandes dalam kes AirAsia.


Untuk menjimatkan kos dan meminimunkan risiko,korang tak payahlah nak beli kapal terbang.Cuma perlu sewa sahaja.Sewa kapal terbang termasuk pakej krew(juruterbang dan krew kabin),maintenance(penyelenggaraan)serta insurans.

Antara syarikat sewa kapal terbang kat dalam dunia ni adalah seperti GECAS(GE Commercial Aviation Services)dan ILFC(International Lease Finance Corporation).Tugas korang selepas tu adalah hanya perlu jual tiket sahaja.Zaman sekarang kan ada internet(high speed broadband lagi..),jadi untuk jual tiket tak perlu ada kedai pun,cuma perlu komputer dan akses kepada internet.

Tentang modal plak,kalau plan perniagaan bagus..insyaAllah bank akan luluskan pinjaman.Sebab aku tak rasa Tony Fernandes ada duit berjuta-juta dalam bank dan sanggup ambil risiko yang tinggi dengan cara melaburkan duit tu untuk setup AirAsia yang dia pun tak tau boleh untung atau rugi.Betul tak?

Monday, November 29, 2010

4 tahun menunggu untuk KL International Motor Show 2010

Pejam celik..pejam celik dah 4 tahun aku tunggu untuk event ni,Kuala Lumpur International Motor Show(KLIMS 2010).Ingat lagi kali terakhir event ni dianjurkan ialah ketika aku masih Form 5 lagi,iaitu pada tahun 2006.

Masa tu tak berpeluang langsung nak pergi event ni.Aku tinggal kat Kuantan,jauhlah jugak dengan KL.Sekarang ni bila dah stay kat Subang,agak dekat lah untuk ke event ni.Dah 4 tahun aku tunggu event ni.Dah masuk 4th year pun kat MAS.

Ada apa dengan KLIMS 2010?
Semalam aku sempat surf website Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di http://www.klims10.com/.Pelbagai acara menarik yang akan berlangsung ketika KLIMS 2010.Antaranya ialah acara cabutan bertuah untuk setiap pengunjung yang hadir ke event ni,dan yang paling menarik sekali ialah tentang hadiah cabutan bertuah tersebut.

Hadiah utama bagi acara cabutan bertuah(lucky draw)ni ialah sebuah kereta hibrid Toyota Prius sumbagan UMW Toyota Motor.Kalau lah aku dapat kereta ni(berangan-rangan..),memang aku takkan naik moto kapcai aku lagi lah lepas ni.Sebabnya,dengan teknologi hibrid yang terdapat pada kereta ni,dapat menjimatkan penggunaan petrol selain mesra kepada alam sekitar(mesra juga kepada poket pemandu..haha)

Selain tu,terdapat juga pameran kenderaan batmobile seperti yang digunakan dalam filem batman selain kemunculan Bumblebee dalam pameran KLIMS nanti.

Bagi peminat dan pelanggan pembuat kenderaan nasional negara,Proton..dalam KLIMS 2010 nanti Proton akan mempamerkan 20 buah kenderaan termasuk 8 buah kereta konsep seperti Saga EV,Exora Extended Range EV,EMAS dan juga kereta ralli Satria Neo Super 2000.

Dulu..aku memang cukup tak suka dengan kereta Proton.Kalau bercakap pasal Proton atau "Protong"(nama yang digelar oleh pengkritik kereta Malaysia),mesti dikaitkan dengan tin Milo.Aku ingat lagi,kereta pertama yang ayah aku beli ialah kereta Proton Saga berwarna kelabu.Suatu hari,ayah aku terlibat dengan kemalangan,habis remuk bahagian belakang kereta tu,sedangkan impaknya aku rasa taklah sekuat mana.

Tak pasal-pasal,kena mintak tolong jiran untuk buka bonet kereta yang remuk untuk ambil buah durian yang tersimpan kat dalam bonet kereta.Waktu tu bukan macam sekarang,dulu-dulu susah nak jumpa durian.Masa musim durian je ada durian.

Saturday, November 27, 2010

Hati-hati dengan pemandu teksi di Kuala Lumpur

Alhamdulillah,pagi-pagi sabtu ni dapat bangun awal,tak adalah terlajak tidur sampai bangun lewat kan.Dapatlah jugak update blog yang tak seberapa ni.Followers makin ramai,baru sekejap tadi aku tengok dah lebih daripada 260 orang.Terima kasih semua yang sudi ikut blog ni.

Biasa tak naik teksi kat KL?Aku tak biasa,sebab aku lagi prefer naik kapcai buruk aku atau naik public transport yang lain macam LRT atau bas RapidKL.Murah..tapi kalau naik moto tu kalau hujan basahlah dan kalau bas plak,lembap sangat.

Sebenarnya bukan nak cerita tentang teksi atau bas mahupun LRT,tapi nak cerita tentang sikap sesetengah pemandu teksi KL.Aku ada seorang kawan,Fatin nama dia.Fatin ni kalau masa aku kat sekolah dulu,dia ni boleh dikategorikan dalam kategori "hot"lah.

Keluarga Fatin menetap di Sabah.Baru saja berpindah kerana bapanya terpaksa bertugas di sana.Fatin pula masih belajar di semenanjung,jadi apabila cuti dia akan pulang ke rumah neneknya yang terletak di Negeri Sembilan.

Kebetulan..pada suatu hari,ketika ingin pulang ke rumah neneknya,Fatin keseorangan di Hentian Puduraya,terlepas bas..nak naik komuter plak dah tak sempat sebab hari dah jauh lewat malam.

Tiba-tiba datang seorang pemandu teksi yang sempat menyapa Fatin.Pemandu teksi tersebut bukan bertujuan ingin mempelawa Fatin menaiki teksi,tetapi dia cuba memujuk Fatin untuk melakukan hubungan seks bersama dengannya.

Bila dah tengah-tengah malam,kemudian ada plak pemandu teksi yang macam tu,perempuan mana yang tak takut kan.Lagi-lagi Fatin yang ketika kejadian tu baru saja menjangkau usia 19 tahun dan kurang arif dengan persekitaran di KL.Fatin berlari meninggalkan pemandu teksi tersebut.Alhamdulillah..nasib baiklah tak jadi apa-apa yang buruk selepas tu.

Ada seorang pak cik yang baik hati yang sanggup menumpangkan Fatin di rumahnya.Fatin bersetuju untuk bermalam di rumah pak cik tu sebab pak cik tersebut tinggal bersama dengan isterinya di sebuah rumah flat di KL sebelum pak cik tu menghantar Fatin semula ke hentian bas pada keesokan paginya.

Bila cerita pasal kawan aku si Fatin ni,teringat plak tentang kes Noor Suzaily yang telah terjadi kira-kira satu dekad yang lepas.Noor Suzaily telah dirogol dan dibunuh oleh Hanafi Mat Hassan yang merupakan seorang bekas pemandu bas.Hanafi telah menculik Suzaily dengan menggunakan bas milik Kiara Ekspress sebelum merogol,meliwat dan membunuh Noor Suzaily bertempat di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi,Klang.

Thursday, November 25, 2010

3 kelebihan hubungan jarak jauh(long distance relationship)


Fitrah kejadian manusia,lelaki tertarik kepada perempuan dan begitu jugalah sebaliknya.Entri kali ni aku nak share tentang kelebihan cinta jarak jauh(long distance relationship).Sebab aku pernah dan sedang berada dalam situasi cinta jarak jauh(long distance relationship) ni.

Long distance relationship aku ni bermula kira-kira hampir dua tahun yang lepas.Aku di Subang dan girlfriend aku di Bangalore,India.Aku tak mau cerita dengan detail tentang kisah cinta aku dalam entri ni,nanti ada yang rasa macam nak muntah plak kan.

Sebab aku pun rasa macam tu bila kadangkala ada couple yang meluahkan perasaan mereka antara satu sama lain di ruang yang sangat terbuka seperti ruangan status di Facebook.Contohnya macam ni:

"Bi..I tak boleh nak tidur lah,I rindu sangat2 nak picit pipi you yang comey tu"

Bagi aku,kata-kata atau ucapan manja antara pasangan kekasih biarlah menjadi subjek yang bersifat personal dan tak perlulah nak maklumkan kepada orang lain.Bayangkan kalau parent atau ahli keluarga terdekat terbaca status Facebook tersebut.MALU TAK?

Kembali semula kepada tajuk asal entri ni,3 kelebihan cinta jarak jauh(long distance relationship).Lihat senarai dibawah..antaranya ialah.

1.Menjimatkan wang
Dalam long distance relationship,tak perlulah nak selalu berjumpa atau dating.Seorang di India dan seorang lagi di Malaysia,macam mana nak dating.Aku keluar date pun cuma setahun sekali atau paling banyak pun setahun dua kali.Itupun bila girlfriend aku balik ke Malaysia.JIMATkan..

2.Memupuk sifat saling percaya dan jujur kepada pasangan
Bila dah jauh,kenalah saling percaya dan jujur kepada pasangan kita.Kalau tak saling percaya,hubungan tersebut tak akan berjaya.Aku bagi satu contoh kat sini,walaupun Fatimah(bukan nama sebenar)berada nun jauh di Russia,tapi Abu(juga bukan nama sebenar)yang berada di Afrika tidak pernah menduakan Fatimah;)

3.Tak mudah bosan
Aku biasa jumpa kawan-kawan aku yang kerap kali putus cinta dan bertukar-tukar pasangan kekasih.Sebabnya cukup mudah,iaitu sudah bosan dengan "ex-",jadi perlulah mencari orang lain sebagai pengganti.
Dalam long distance relationship,tak akan mudah bosan..percayalah!

Wednesday, November 24, 2010

Apa hak seorang guru untuk hina pelajar

Semalam bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Pejam celik..pejam celik dah hampir empat tahun aku tinggalkan sekolah aku.Tak sedar,dah lama aku menduduki peperiksaan SPM iaitu pada tahun 2006.Rasa macam baru semalam je aku duduk dalam examination hall.

2006 iaitu pada tahun aku menduduki exam SPM adalah merupakan tahun yang paling stress.Rasa macam kalau gagal SPM,"jahanam" lah perjalanan hidup selepas tu.Teringat pada seorang cikgu yang pernah menghina aku sebab aku bukanlah top student dalam subjek cikgu tersebut dan aku tak pernah dapat 'A' pun dalam subjek tu.

"Nah ambil kertas exam awak ni,simpan kat dalam bilik guru lama-lama sampai jadi pekasam pun bukan boleh naik markah awak"

Inilah kata-kata cikgu yang masih lagi terngiang-ngiang walaupun telah lama aku tinggalkan sekolah.Cakap bukan main kuat lagi,macam nak bagitau satu bilik guru aku dapat markah teruk.

Aku rasa seseorang guru tak ada hak untuk hina pelajar atau anak muridnya.Lebih-lebih lagi dihadapan guru-guru yang lain.Sepatutnya,seseorang guru haruslah memberi nasihat atau kata-kata semangat supaya anak didiknya lebih terus berusaha dan mendapat result yang lebih baik.

"Bukannya saya tak usaha cikgu,saya dah usaha..tapi cuma ini sahaja yang mampu saya dapat"

Tapi...Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya mendapat 'A'untuk subjek cikgu dalam exam SPM.First time dapat 'A'.Terima kasih kepada seorang sahabat yang tak jemu-jemu mengajar aku hingga lewat malam pada malam sebelum paper subjek tersebut.

Monday, November 22, 2010

Esok bermulanya SPM dan cerita dulu-dulu.

Hari esok bermulalah exam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)untuk tahun 2010.Teringat kenangan ketika menduduki exam SPM pada tahun 2006.Tak senang duduk dibuatnya.

Kerana pada masa tu,fikiran dan minda aku telah dimomokkan bahawa SPM adalah segala-galanya.Aku ingat lagi masa kat MRSM Jasin(sekarang..MRSM Tun Ghafar Baba),kami akan stay up pada hampir setiap malam untuk ulangkaji pelajaran.Pukul 2-3 pagi baru tido.

Kalau tak stay up malam pun,aku dan kawan-kawan yang sama hostel dengan aku akan tidur dulu dan bangun pada awal pagi.Haiiih...SPM..SPM.

Hasilnya..result aku tak adalah excellent sangat,tapi rasanya slip SPM aku still nampak cantik.Cuma ada ''A'' dan ''B'' je.Kawan-kawan aku ramai yang dapat semua ''A'',yang dapat semua ''A1''pun ramai.Hampir semua kawan-kawan aku dapat fly termasuklah girlfriend aku.Ada yang ke India,UK,New Zealand,Australia,Mesir,Rusia,Republik Czech dan banyak lagi.

Rezeki aku plak cuma di Subang.Tapi takpelah,syukur kepada Allah.Ada juga kawan-kawan aku yang dulunya dapat semua ''A'' masa SPM menghadapi nasib yang kurang baik.Ada yang gagal meneruskan pengajian dalam bidang perubatan,ada yang gagal dalam program matrikulasi dan ada juga yang tak dapat fly.

Nak dipendekkan cerita,SPM bukanlah segala-galanya.Gagal atau kurang cemerlang ketika SPM tak bermakna gagal dalam hidup.Kawan-kawan aku yang dapat semua ''A'' dalam SPM pun ada yang gagal selepas SPM.

"GOOD LUCK untuk sesiapa saja yang menduduki exam SPM esok ye"

Sunday, November 21, 2010

Peluang kerjaya sebagai krew kabin Malaysia Airlines

Mungkin ramai antara kita yang gemar melancong,naik kapal terbang dan melihat negara orang.Selain itu,mungkin ada juga antara kita yang telah lama menyimpan impian dan bercita-cita untuk menjadi pramugari atau pramugara.

Aku pun minat nak jadi flight steward ni,tapi apakan daya..muka aku banyak jerawat dan tak cukup kacak untuk apply sebagai flight steward ni.Teringat cerita instructor aku,Encik Syahrani yang pernah menjadi panel bagi sesi temuduga untuk krew kabin MAS.

Encik Syahrani pernah cerita,bagi sesiapa yang datang temuduga untuk flight stewardess,mereka hendaklah memakai skirt pendek kerana panel temuduga ingin melihat ''permukaan''kaki mereka.Instructor aku pernah menggagalkan seorang candidate kerana kakinya mempunyai kesan parut.(Kalau ada parut sikit pun tak lepas,inikan pula kurap,panau,kudis dan sebagainya kan..haha)

Majlis Graduasi Krew Kabin MAS

Tapi,jika anda rasa anda layak dan dapat memenuhi kesemua syarat-syarat kat bawah ni..apa kata anda cuba apply.Kerjaya sebagai krew kabin MAS adalah sangat menarik..dapat macam-macam benifits daripada MAS,contohnya macam allowances,travel dan medical benifit.

Flight Steward / Stewardess

Requirements:
Malaysian citizen aged between 18 to 30 years.
Minimum SPM or any equivalent qualification recognised by the Malaysian Government with a credit in English, pass in Bahasa Malaysia, Mathematics and any other 3 subjects taken in one exam.
Fluent in Bahasa Malaysia and English. Fluency in another language is an added advantage
Minimum height (weight in proportion): 165cm (male) / 157cm (female)
Excellent health and good eyesight. Not colour blind
Pleasant personality and a genuine passion in customer service.
Only application via JobStreet will be accepted. Submission for applications ends on 26th November 2010.
Only shortlisted candidates will be notified via email / SMS.
Successful candidates will be required to sign a training bond. Employment will be based on a five-year contract.

Untuk apply secara online:

ps:ramai flight stewardess mas dah jadi pelakon sekarang ni;)

Saturday, November 20, 2010

Aku nak pergi jalan-jalan Germany

Malam tadi sempat aku contact kawan aku semasa di MRSM Jasin,Hazirah Mohamad yang sekarang ni sedang belajar di Germany.Untuk lebih tepat lagi di Ingolstadt,Germany.Kira-kira satu jam perjalanan dari Munich.

Sebenarnya aku dan kawan-kawan aku sedang mencari-cari lokasi yang sesuai untuk travel pada tahun depan,sebab pada tahun hadapan kami semua akan mendapat tiket FOC(Free of Charge)ke mana-mana sahaja destinasi penerbangan Malaysia Airlines(Alhamdulillah..)

Allianz Arena

Pada mulanya kami bercadang ingin ke Hanoi,Vietnam..tapi rasa macam rugilah plak.Sebab Hanoi kan dekat je dengan Malaysia.Jadi kami pun bertukar fikiran,cadangnya nak ke Beijing,Tokyo,Manchester ataupun Istanbul.

Tapi,masalah utamanya kami tak tahu berapa kos perjalanan bagi setiap tempat tersebut.Kami ni student lagi,bajet kena control..kalau salah bajet alamatnye nanti kenalah ikat perut untuk survive bila balik dari travel nanti(silap-silap,hari-hari kena makan mee segera..haha).

Neuschwanstein Castle

Kata Hazirah,untuk jalan-jalan di Germany cuma memerlukan bajet sekitar 300 euro untuk dua minggu.Aku dan kawan-kawan aku bukannya nak pergi lama sangat pun,mungkin dalam seminggu sahaja sebab bukan senang nak dapat cuti bila dah mula OJT(On Job Training)kat MAS ni.

Hazirah ada cerita tentang tempat-tempat menarik di Germany,seperti Allianz Arena,Europa Park,Lego Land dan Neuschwanstein Castle.Kalau tiada aral melintang,mungkin tahun depan aku dan kawan-kawan akan terbang ke Germany.Free ticket+free tourist guide=Jimat-jimat...;)

Thursday, November 18, 2010

Cerita malam hari raya Aidiladha aku

Hari selasa yang lepas,aku sempat balik ke kampung aku di Kuala Pilah,N.Sembilan.Malasnya nak balik kampung sebab cuti cuma sehari je pada hari rabu tu.Tapi bila mengenangkan mak dan ayah yang beria-ia sangat nak aku balik,aku pun balik je lah.

Yelah..dulu masa aku sakit dan terlantar kat Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)sebab doktor suspek tulang kaki aku ada kanser,hampir setiap hari mak dan ayah datang.Tak kan lah aku nak balik sekejap je pun tak mampu nak buat kan.

Aku bertolak dari Subang dengan berbekalkan moto kapcai buruk,kira-kira dalam pukul 5.40 petang.Disebabkan hujan renyai-renyai dan jalam yang agak jam.Lambat jugaklah sampai KL sebelum aku ambil bas untuk ke Seremban.

Perjalan lancar dari KL ke Seremban walaupun tiba di Seremban agak lewat disebabkan driver bas yang mungkin tersalah jalan sampai masuk ke Kajang(Haiyaaaa...).

Dari Seremban nak ke Kuala Pilah,sepatutnya cuma mengambil masa 45 min-1 jam perjalanan.Tapi pada malam hari raya Aidiladha tu,dekat Bukit Putus je dah makan masa selama 1 jam setengah.

Rasa-rasanya tak pernah jam seteruk ni.Tapi nak buat macam mana kan,sabarje lah.Tak kan nak patah balik ke KL.

11.30 malam baru lah aku sampai kat rumah atuk.Ambil masa sampai 6 jam hanya untuk sampai ke Kuala Pilah,N.Sembilan pada malam raya tu.

Pergi dapur ada lemang,rendang dan gulai ayam.(Apa lagi..makan time lah,haha).Terubat rasa bengang disebabkan jam tadi;)

Saturday, November 13, 2010

Firefly terbang lebih jauh dengan Boeing 737-800

Beberapa hari yang lepas aku ada terdengar melalui media tentang rancangan syarikat penerbangan tambang murah Firefly yang akan menambah 30 buah pesawat Boeing 737-800(NG-new generation)bagi kegunaan syarikat tersebut.

Menurut Dato'Eddy Leong(Firefly's Managing Director),pesawat Boeing 737-NG tersebut akan beroperasi dari Main Terminal Building(MTB),KLIA dan bukannya dari terminal Skypark,Subang.

Terminal di Skypark,Subang akan kekal menjadi hub operasi bagi pesawat turboprop milik Firefly iaitu ATR-72.


Mengapa Boeing 737-800?
Ada pelbagai sebab yang aku fikirkan ada logiknya,antaranya ialah..

1.Boeing 737-800 mempunyai lebih tempat duduk(lebih 9 seats)berbanding Airbus 320(milik AirAsia)
2.Kos penyelenggaraan(maintenance) yang lebih rendah kerana MAS juga menggunakan pesawat yang sama.
3.Dapat terbang lebih jauh berbanding ATR-72(mungkin Firefly akan terbang hingga ke India dan China)

Siapa sangka satu hari nanti,mungkin Firefly mampu menandingi AirAsia walaupun baru sahaja memulakan operasi pada tahun 2007.

Apa yang penting,persaingan yang sihat ini dapat merancakkan lagi industri penerbangan di negara kita dan yang paling penting rakyat Malaysia dapat terbang dengan kadar lebih rendah dan murah;)

Friday, November 12, 2010

Cerita dulu-dulu:Keputusan UPSR aku buat mak menangis

Pagi tadi result bagi exam UPSR diumumkan.Dengarnya lebih daripada 10% calon UPSR berjaya mendapat 5'A' bagi tahun 2010.Tiap-tiap tahun mesti peratusan pelajar cemerlang akan bertambah baik bagi exam UPSR,PMR mahupun SPM.

Teringat cerita dulu-dulu masa aku dapat result UPSR.Kalau tak salah,aku darjah enam dan menjadi calon UPSR pada tahun 2001.Masa tu aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota(SKIM),Kuantan,Pahang.

Aku ingat lagi,dalam sekolah aku ada 32 orang yang berjaya mendapat 5'A' dan aku salah seorang daripada mereka.Sekolah kami merupakan sekolah kedua terbanyak bagi calon UPSR yang berjaya mendapat semua 'A' dalam daerah Kuantan.

Entri kali ni aku bukan nak cerita tentang sekolah aku,tapi aku nak cerita tentang kejadian yang tak aku sangka-sangka berlaku ketika hari bersejarah tersebut.

Ceritanya macam ni,bila aku dapat tahu tentang result UPSR aku,aku terus call mak.Waktu tu mak tengah kerja kat office.Biasalahkan..bila dapat result yang 'OK' mesti nak bagitau dengan parent secepat mungkin;)

Lepas aku call mak,dalam masa lebih kurang setengah jam(aku pun tak berapa ingat berapa lama..)tiba-tiba aku nampak mak kat dataran perhimpunan.Aku pun terus berlari menuju ke arah mak.Mak ucap tahniah dan menangis.Mak sanggup tinggalkan kerja kat office untuk meraikan anaknya yang berjaya mendapat 5'A'.

Bagi aku,aku sangat gembira dengan pencapaian aku.Bagi seorang ibu pula,nilai kegembiraan itu mungkin lebih besar maknanya,dan amat sukar untuk digambarkan oleh seorang budak mentah yang baru melangkau usia 12 tahun.

Wednesday, November 3, 2010

Apa Hillary Clinton buat di Subang Skypark?

Dah lama aku tak update blog aku ni.Ini semua gara-gara terlalu sibuk dengan kelas,praktikal dan juga pindah rumah.Rasa-rasanya adalah dalam sebulan kot blog ni tak diupdate.Ranking alexa pun makin jatuh dan followers masih lagi 218 orang followers.

Hmm..entri kali ni setelah sebulan tak update blog,aku nak cerita tentang Hillary Clinton.Hillary Clinton?Sape tu?
Hillary Clinton ni ialah bekas wanita pertama(1st lady)bagi negara US(isteri bekas presiden US,Bill Clinton).Kini Hillary memegang jawatan sebagai Secretary of States(setiausaha negara)US.


Tapi apa yang ''minah salleh'' ni buat kat Subang Skypark?
Sebenarnya aku pun tak berapa pasti apa yang ''minah salleh'' ni buat kat Subang Skypark,tapi kalau tak salah Hillary dijemput untuk menyaksikan perjanjian MOU(Memorandum of Understanding)antara dua pengeluar enjin kapal terbang iaitu Pratt & Whitney dan General Electric dengan Malaysia Airlines.

Apa yang menariknya ialah,pesawat terbaru MAS,Boeing 737-800 NG(new generation) yang baru sahaja landing dan selamat tiba semalam di Line 11,MAS Hangar 04 turut dipamerkan ketika Hillary berada di sana.

Sedikit tentang MAS Boeing 737-NG yang aku tau:-

1.Better fuel efficency(jimat minyak,boleh lah dapat banyak untung..hehe)
2.Ada winglets(tidak terdapat pada Boeing 737-Classic)
3.New design untuk paparan pada permukaan badan(fuselage)pesawat