Biasa tak naik teksi kat KL?Aku tak biasa,sebab aku lagi prefer naik kapcai buruk aku atau naik public transport yang lain macam LRT atau bas RapidKL.Murah..tapi kalau naik moto tu kalau hujan basahlah dan kalau bas plak,lembap sangat.
Sebenarnya bukan nak cerita tentang teksi atau bas mahupun LRT,tapi nak cerita tentang sikap sesetengah pemandu teksi KL.Aku ada seorang kawan,Fatin nama dia.Fatin ni kalau masa aku kat sekolah dulu,dia ni boleh dikategorikan dalam kategori "hot"lah.
Keluarga Fatin menetap di Sabah.Baru saja berpindah kerana bapanya terpaksa bertugas di sana.Fatin pula masih belajar di semenanjung,jadi apabila cuti dia akan pulang ke rumah neneknya yang terletak di Negeri Sembilan.
Kebetulan..pada suatu hari,ketika ingin pulang ke rumah neneknya,Fatin keseorangan di Hentian Puduraya,terlepas bas..nak naik komuter plak dah tak sempat sebab hari dah jauh lewat malam.
Tiba-tiba datang seorang pemandu teksi yang sempat menyapa Fatin.Pemandu teksi tersebut bukan bertujuan ingin mempelawa Fatin menaiki teksi,tetapi dia cuba memujuk Fatin untuk melakukan hubungan seks bersama dengannya.
Bila dah tengah-tengah malam,kemudian ada plak pemandu teksi yang macam tu,perempuan mana yang tak takut kan.Lagi-lagi Fatin yang ketika kejadian tu baru saja menjangkau usia 19 tahun dan kurang arif dengan persekitaran di KL.Fatin berlari meninggalkan pemandu teksi tersebut.Alhamdulillah..nasib baiklah tak jadi apa-apa yang buruk selepas tu.
Ada seorang pak cik yang baik hati yang sanggup menumpangkan Fatin di rumahnya.Fatin bersetuju untuk bermalam di rumah pak cik tu sebab pak cik tersebut tinggal bersama dengan isterinya di sebuah rumah flat di KL sebelum pak cik tu menghantar Fatin semula ke hentian bas pada keesokan paginya.
Bila cerita pasal kawan aku si Fatin ni,teringat plak tentang kes Noor Suzaily yang telah terjadi kira-kira satu dekad yang lepas.Noor Suzaily telah dirogol dan dibunuh oleh Hanafi Mat Hassan yang merupakan seorang bekas pemandu bas.Hanafi telah menculik Suzaily dengan menggunakan bas milik Kiara Ekspress sebelum merogol,meliwat dan membunuh Noor Suzaily bertempat di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi,Klang.
28 comments:
Salam...
ehhh...bahaya ye... ada ye mcm nie...
ada..ni yang kawan saya cerita ni..;)
so..beware
aku pn pnah naek tksi midnight sbb nk g tmpt sarah..nasib xde pape blaku..tp kne marah ngn sarah la lpas 2 heeee
bahaye lah..tapi koe kan ganas..
taxi driver tu mesti takut ngan koe
hahaha
sangatlah takut.. huhu..
eh.. aku orang kuala plah jugak..
teehee.. *excited lebih*
menakutkan..
kL skang ni mmg dah xde apa yang selamat..
haih...
bahaya zaman sekrang nie..macam2..
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Blogger Kene Rajin Menulis??"
fuhh seram betol lah dng keadaan sekarang neh kan..
mak sy mmg x suke atau takut kalau sy nak nek teksi.. better naik bus, or lrt ke... tp nsb bek skunk, dh ade kenderaan sndr, senang sikit nk bergerak mne2..
dont trust anybody. termasuk pemandu teksi
nadzirah:a'ah orang kuala pilah(versi celup..hahaha)
orang kuala pilah jugak ke?
intan:a'ah..mat bangla n indon pun ramai,lagi2 kat pudu..dah macam little bangladesh lah plak
kimicnol:okey..jap lagi aku baca;)
corat-coret-idupku:aku yang lelaki ni pun takut nak jalan KL sorang2 waktu malam2
misz myza:dah ada kenderaan sendiri tak apelah..tapi itupun belum dikira selamat lagi..pernah dengar tak orang samun pemilik kenderaan dengan cara himpit kenderaan tu
aremierulez/amirul:termasuk driver bus..haha
wah... bhy!!
kne bg kaunseling la pemandu2 taxi skrg...:D
hahaha..siapa yg nak bg kaunseling tu?
hmmm..jge2la...law nk p mne2 kt bndry yg bsar spt KL dan JB...pergilah beramai2...:)
yupp..at least pergi 2 orang..
dulu orang takut dengan hantu
sekarang orang takut dengan orang
dalam byk2 org jht ade gak org baik
i am promoting ur blog here http://ummu-sumayyah.blogspot.com/2010/11/say-hi-to-new-bloggers.html
hish
memang ramai yg gatal2 tapi ada juga yg baik
yg baik tu bagus
yg gatal2 tu buat aku rasa macam nak bakar teksi diorang
hahahaha
pasal soalan ko tu
minuman fiber
kesihatan la kiranya sikit2
P/S : Nak Jadi Artis Ker Nak Habiskan Belajar Dulu? Aku Buntu!
tajuk entri kau memang kontoversi lah
mula2 aku ingatkan kau ni artis baru ke..hahaha
yupp..ada yang baik dan ada yang gatal
kalau kau nak tau,pak cik yang tumpangkan member aku,Fatin tu pun driver taxi jugak..
tapi driver yang baik lah..
athirah aunty:dah view blog athirah
makaseh...
=>
aku belum pernah jumpa taxi drivers yg miang.
slalu dapat yg bg ceramah politik je. pheeew!~
uhh takutnye..
sebab tu saya tak nak naik teksi
nasib baik kampung gua takde teksi
bahaya gler skang ni...pmpn kena lebih aty2 pasnih
martini muaz:nasib baik tak pernah jumpa
cik gallus gallus:owh..tapi bukan semua driver macam tu
hamzah ian:tak ada taxi?
luna:yup..setuju..
biasanya d'org ni berani dengan perempuan je
sebab tak pernah lg dengar driver taxi yang gay
haha
takot tauuuu......
Buruknya nama pemandu teksi,Kerajaan perlu mengurangkan permit kepada syarikat yang mengaut keuntungan diatas kesusahan pemandu teksi , Berikan permit individu kepada yang benar-benar ingin menjadi duta kepada negara....Barulah dapat dikawal,tak adalah teksi disewakan kepada Bangsa lain atau yang tak bertamadun...
hish takutnyer dgr... seb bek xjadi pe2 kat gurl tuh
Post a Comment