Menurut Dato'Eddy Leong(Firefly's Managing Director),pesawat Boeing 737-NG tersebut akan beroperasi dari Main Terminal Building(MTB),KLIA dan bukannya dari terminal Skypark,Subang.
Terminal di Skypark,Subang akan kekal menjadi hub operasi bagi pesawat turboprop milik Firefly iaitu ATR-72.
Mengapa Boeing 737-800?
Ada pelbagai sebab yang aku fikirkan ada logiknya,antaranya ialah..
1.Boeing 737-800 mempunyai lebih tempat duduk(lebih 9 seats)berbanding Airbus 320(milik AirAsia)
2.Kos penyelenggaraan(maintenance) yang lebih rendah kerana MAS juga menggunakan pesawat yang sama.
3.Dapat terbang lebih jauh berbanding ATR-72(mungkin Firefly akan terbang hingga ke India dan China)
Siapa sangka satu hari nanti,mungkin Firefly mampu menandingi AirAsia walaupun baru sahaja memulakan operasi pada tahun 2007.
Apa yang penting,persaingan yang sihat ini dapat merancakkan lagi industri penerbangan di negara kita dan yang paling penting rakyat Malaysia dapat terbang dengan kadar lebih rendah dan murah;)
10 comments:
tak pernah naik kapal terbang..
yer..sume org b0leh terbang..
same..xpenah naik flight..:)
737-800 tak silap aku qualify tuk ETOPS. lagipun ramai LAE ada type rating. so dari segi reliability wise, memang berbaloi-baloi la pakai kapal ni. pastu twi engin, new gwneration, canggih, mesti minyak jimat gak. ko agak sok kita kena transfer gi firefly tak? huhu.
bagus2...boleh balik tiap2 tahun lau tiket dah murah...
huhu....firefly.....xpnh nek..slalu nek mas or airasia...
azman roslan:murah je..booking lah mase ade promo
corat-coret idupku:yupp
yoy:cubalah naik
acan capik:kemungkinan tu mungkin ada..xpun xsempat nk kena transfer,sume dah lari masuk airline lain..haha
akuisyam:tiap2 hari pun boleh;)
sky8men:firefly lagi muraaaahhhh
hehe .. alhamdulillah. atleast better than 73-4
- zaid
bgos gak ade firefly...x de la air asia monopoli...haha
yupp..customer win
Post a Comment