
Seronok ke kahwin muda2 ni?Kalau tanya soalan ni pada aku.Jawapannya mestilah seronokkan.Sebabnya..makan minum kita terjaga(ada orang prepare makanan),rumah pun kemas je 24/7 dan mungkin yang paling best skali ialah dapat buat perkara yang tak boleh buat sebelum kahwin.
Jangan fikir bukan2..;)
Maksud aku dapat buat perkara yang tak boleh buat sebelum kahwin,contohnya macam dalam satu blog ni yang aku pernah baca beberapa bulan yang lepas..perkara yang paling seronok sekali selepas berkahwin ialah dapat cium dahi isteri selepas selesai solat jemaah bersama isteri.
Tapi...kalau aku diberi pilihan untuk kahwin pada usia muda.Jawapan aku tentulah tak.Aku tak bersedia lagi.
Sebabnya,perkahwinan bukan sekadar lafaz akad dan nikah sahaja.Ada banyak tanggungjawab.Lebih2 lagi tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.
Bila dah jadi pasangan suami isteri,cara hidup kenalah berubah.Tak boleh lah terikut-ikut dengan cara hidup orang bujang.
Kalau masa bujang,beli barang-barang untuk diri sendiri je,tapi bila dah kahwin kenalah beli untuk dua orang.Kalau tak,ada pulak yang merajuk kat rumah tu.
Masa bujang,pukul 12 tengah hari baru nak bangun..bila dah kahwin,takkan nak bangun waktu tengah hari plak kan.
Masa bujang,bila rumah dah jadi macam sarang tikus baru lah nak kemas(bukan aku ye..)..bila dah kahwin kenalah rajin sket.Hari-hari kenalah kemas rumah,kalau tak mesti boleh jadi punca pergaduhan(aku rasalah..haha).
Pendek kata,banyak perkara yang perlu diubah.Sebab..perkahwinan bukan sekadar untuk jangka masa pendek.Kahwin 3-4 tahun,kemudian bercerai.Kalau boleh,biarlah sampai ke hujung usia=) Betul tak?