Followers

Wednesday, June 2, 2010

Rahsia atuk kekal sihat dalam usia 80an

Malam ni tak ada ilham nak tulis entri baru untuk blog aku yang baru berusia satu bulan ni.Alhamdulillah,selepas penat aku fikir dan fikir dan fikir..akhirnya dapat satu ilham untuk entri malam ni.

Kali ni aku nak cerita pasal rahsia atuk kekal sihat dalam usia 80an.Aku ada dua orang atuk,seorang menetap di Kuala Pilah,n9 dan seorang lagi di Changkat Jering,Perak.Tapi,aku nak cerita tentang atuk di n9,sebab atuk yang di n9 ni kini dah berusia pertengahan 80an tetapi masih kekal sihat.Alhamdulillah ;)

Kalau tak salah,menurut mak,walaupun atuk dah berusia 80an tapi dalam sejarah hidup atuk,cuma sekali sahaja atuk ditahan di wad hospital.Atuk suka minum air dalam tin(air berkarbonat) dan juga merupakan perokok yang tegar.

Jadi,agak aneh kan.Apalah agaknya rahsia atuk untuk terus kekal sihat walaupun mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.

Rahsianya senang saja.Mak cakap masa dulu-dulu hidup susah.Semua buat sendiri.Kalau nak makan sayur,kena tanam sendiri.Kalau nak makan ayam,kena bela sendiri dalam reban.Dulu-dulu,mana ada instant dan process food.Bukan macam sekarang,kalau boleh semua nak yang segera sahaja.

No wonderlah,aku dan housemate walaupun tak pernah belajar masak,tapi kami mampu sediakan makan malam yang agak sedap.Sebab apa?sebab adanya bahan-bahan instant di pasaran.

Sebab tulah atuk kekal sihat.Hampir kesemua makanan yang atuk makan sejak kecil adalah dari alam semula jadi.

Atuk juga tidak nyayuk,dan rahsianya ialah tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan zikrullah.

Semoga atuk terus sihat,kekal waras dan dipanjangkan umur oleh Allah.Amin..

Atuk berbaju Melayu dan berserban putih

12 comments:

bARdbOO said...

alhamdulillah..kalau nenek sy pula dia suka ckp yg apa dia mkn itu adalah ubat.. ^_^

kak ina kl said...

salam ziarah..memang betul tu..org dulu hidup lama..org skrg muda..dah meninggal..

fadhlihamdan said...

waah....80 masih sihat....happy pulak dengar. =)

amar haziq said...

bardboo:yang pahit itu ubat kan..huhu

kakinakl:yup..betul tu kak,sebab tak jaga makan

fadhlihamdan:Alhamdulillah..atuk masih sihat;)

~ ALIEN ~ said...

knjungn bls...(^_^)

lg 1...org dulu2 ska mkn ulam-ulamn kan? baik utk kshtn & kjelitaan. smoga atuk awk kekal sht & dpjgkn usia...amin.

WORDZ-SPACE
(blog skema giler tahap gaban)

AcanCapik said...

senang je ek? aku nak bukak ladang tanaman dan ternakan organik la camni, sume natural, takde injek2. huhu...

Lekir said...

alhamdulillah.. memang betul petua-petua tu.. tinggal kita jer yang dah tak mo ikut.

kak ina mail said...

betul tu.akak x perasa -perasa tiruan ngan fast food.fast food tu sebulan sekali bolehlah.

cik kuntum said...

amar,mna ko cekau widget yg bwh word gengblogger tu a?dh lma ak cari tp xjmpa pn.HUHU.kongsi! :D

amar haziq said...

tu pkai coding..
nnti aku buat satu entri
khas utk tutorial psl benda alah tu k..huhu

cik kuntum said...

oloh~yeke?HUHU.cool!HEHE.t klu dh siap entri tu bitau aku tau.ni request dr aku.HEHE. :D

ema_hzardy said...

ouh, having a grandpa is great. wish i hv one.

Post a Comment