Malam ni tak ada ilham nak tulis entri baru untuk blog aku yang baru berusia satu bulan ni.Alhamdulillah,selepas penat aku fikir dan fikir dan fikir..akhirnya dapat satu ilham untuk entri malam ni.
Kali ni aku nak cerita pasal rahsia atuk kekal sihat dalam usia 80an.Aku ada dua orang atuk,seorang menetap di Kuala Pilah,n9 dan seorang lagi di Changkat Jering,Perak.Tapi,aku nak cerita tentang atuk di n9,sebab atuk yang di n9 ni kini dah berusia pertengahan 80an tetapi masih kekal sihat.Alhamdulillah ;)
Kalau tak salah,menurut mak,walaupun atuk dah berusia 80an tapi dalam sejarah hidup atuk,cuma sekali sahaja atuk ditahan di wad hospital.Atuk suka minum air dalam tin(air berkarbonat) dan juga merupakan perokok yang tegar.
Jadi,agak aneh kan.Apalah agaknya rahsia atuk untuk terus kekal sihat walaupun mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.
Rahsianya senang saja.Mak cakap masa dulu-dulu hidup susah.Semua buat sendiri.Kalau nak makan sayur,kena tanam sendiri.Kalau nak makan ayam,kena bela sendiri dalam reban.Dulu-dulu,mana ada instant dan process food.Bukan macam sekarang,kalau boleh semua nak yang segera sahaja.
No wonderlah,aku dan housemate walaupun tak pernah belajar masak,tapi kami mampu sediakan makan malam yang agak sedap.Sebab apa?sebab adanya bahan-bahan instant di pasaran.
Sebab tulah atuk kekal sihat.Hampir kesemua makanan yang atuk makan sejak kecil adalah dari alam semula jadi.
Atuk juga tidak nyayuk,dan rahsianya ialah tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan zikrullah.
Semoga atuk terus sihat,kekal waras dan dipanjangkan umur oleh Allah.Amin..

Atuk berbaju Melayu dan berserban putih