Ceritanya macam ni..beberapa minggu yang lepas,secara tiba-tiba Kota Damansara dilanda ribut.Ribut yang amat kuat sekali.Pertama kali aku saksikan sepanjang aku hidup di atas muka bumi Allah ni.
Ribut yang berlalu hanya dalam masa beberapa minit telah mengakibatkan kerosakan harta benda kepada penduduk di kawasan sekitar Kota Damansara.Atap genting tercabut..cermin kereta pecah..struktur kereta remuk..motosikal rosak..dan macam-macam lagi.
Agak aneh sekali atau ini mungkin cara Allah menunjukkan kekuasaanNya,kerana kawasan masjid kuning Kota Damansara dan kawasan sekitarnya hanya sedikit sahaja terjejas,berbanding dengan kawasan perumahan berhadapan dengan masjid kuning Kota Damansara iaitu D'Rimba dan D'Villa yang teruk terjejas akibat ribut tersebut.
Tapi setiap kejadian Tuhan ada hikmahnya.Buat pertama kali sepanjang dua tahun aku menghuni di kawasan apartment ini,pertama kali rasanya aku dapat lihat penghuni-penghuni di kawasan ni keluar daripada unit apartment dan sempat beramah mesra serta bersosial antara satu sama lain.
Jika tidak kerana ribut,mungkin sampai ketika ini..mereka masih tidak mengenal antara satu sama lain,walaupun menghuni dan menetap di kawasan kejiranan yang sama.
Alhamdulillah..
Kredit kepada acancapik dan nizwan nawawi kerana sudi berkongsi koleksi gambar kejadian ;)
Kredit kepada acancapik dan nizwan nawawi kerana sudi berkongsi koleksi gambar kejadian ;)
10 comments:
setiap kejadian ada hikmahnya...
Alhamdulillah, tak ada yg tercedera. huhu...
hurm nie biler???
serupa mcm kat U taun lepas..
mmg skejap je..mula2 cerah mcm biasa tetibe angin dtg kuat memusing,nmpk pusaran dia dsertakan dgn ujan lebat sgt2..time tu la smuanye berubah,moto terbalik,kereta ntah kemana atap terbang..
mmg mnangis skejap..takot..
boleh tengok dkt sini..
http://angahnina.blogspot.com/2009/08/ribut-di-unikl-msi.html
kalau tak salah..
nie 3-4 minggu lepas..
kat unikl pn jadi macam ni ea
anyway..thanks 4 the link ;)
kat sni pon pnh jadi mcm tu :(
xtahu pon sal ribut ni,,,hehe....hurm,,xde klgn jiwa kn
hmm,itulah petunjuk dan hikmah.sbb kebykn kita zaman skrg, mmg ssh nk kenal sesama jiran.. sama jg dng kwsn perumahan saya. hari tu ada accident btl2 dpn rumah, baru laa mereka keluar, bertegur sapa.. =D
hikmah dari tuhan, cuma kita je yg tak perasan kan cerita disebaliknya..
mudah2an ini memberi kita pengajaran yang amat bermakna...
nasib baik tak der yg cedera , alhamdulillah .
hebat betul kuasa Allah swt , kan ?
alinac lover:kat mana tu?
iszieylyanziy:xde rsenye;)
feezmior:hikmah kemalangan..kalau xde kemalangan,mungkin sampai bila2 pun xpernah bertegur sapa
hasrol nizam:betul tu..kadangkala manusia terlepas pandang akan hikmah disebalik setiap kejadian tuhan
iwan nawi:aminn..begitulah hendaknya
alisha:betul tu alisha..
Post a Comment