Frankly speaking,aku memang tak pernah pergi konsert MTV ni,kalau tak salah aku,last year pun ada jugak event ni.Indie gig pun aku jarang pergi,tapi tiba-tiba aku tergerak hati nak dapatkan tiket untuk event ni.
Mungkin sebab aku nak tengok international artists (Katy Perry dan Wonder Girls perform live depan mata,haha) dan juga mungkin sebab sifat curiosity aku.Ada apa lah agaknya dengan MTV World Stage nanti?Teringat dulu-dulu,aku pernah ikut kawan aku ke Stadium Melawati,Shah Alam untuk konsert Gangstarz.Aku memang tak suka Gangstarz.Tapi disebabkan sifat curiosity aku,aku pun ikut jugaklah kawan aku ke Stadium Melawati.
Gangstarz kat Stadium Melawati memang best berbanding dengan apa yang kita tengok kat TV.Sebab apa?Sebab sound system yang amat canggih.
Kalau kat rumah bujang aku tu,patutlah tak best..TV dah lah kecil,siaran tak berapa jelas dan sebab sound system yang dah usang;)
Kembali semula kepada cerita tiket MTV World Stage tadi,mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku dapatkan tiket ni.Macam ni caranya..
1.Taip MTV dan hantar ke 28881
2.Kemudian tambah nilai(top-up) RM50
3.Celcom akan hantar vaucher untuk tiket MTV World Stage
4.Cepat2 redeem tiket kat Ticket Hotline,Taman Tun Dr.Ismail(TTDI)
11 comments:
maxis user boleh ke?
sori..tak boleh lah
apa tunggu lagi..cepat2 beli sim celcom;)
still boleh beli lagi ke? ada lagi ke tix tu?
tak sure lah..tapi last week mmg bnyak lagi
cuba bukak website tickethotline..kemudian call office d'org
not going =)
kenapa..xde ticket?
amar,its closed already.
dah closed ea..
btol le topup je da leh dpt? klu xdpt? burn lah?
i got my passes too! tapi aku menang passes tu dari website mtvasia. hehe..
tiket utk redemption dah habis..
Post a Comment