Followers

Tuesday, June 29, 2010

The Notebook:Ramai perempuan menangis kerana filem ini

Kira-kira setahun yang lepas,ketika aku sedang asyik berfacebooking,aku sempat lah cuba-cuba app kat dalam Facebook.Aku tak berapa ingat app apa.Tapi,selesai mencuba app ni,app ini akan memaparkan tajuk filem yang berkaitan dengan perwatakan individu tersebut.

Kebanyakan kawan-kawan perempuan aku kat FB bila cuba app ni,tajuk filem yang diorang dapat ialah filem The Notebook.Ada yang komen tentang filem ni,kata mereka cerita ni sedih tapi best.

The Notebook mengisahkan tentang Noah dan Allie yang telah jatuh cinta pada usia yang muda.Namun,mereka berpisah setelah Perang Dunia Ke-2 melanda negara mereka.Sebelum itu Allie telah dihantar oleh keluarganya ke Sarah Lawrence College,manakala Noah menyertai tentara untuk turut serta berjuang dalam Perang Dunia Ke-2.

Mula-mula tengok filem ni macam bosan je,sebab latar masa filem ni ialah pada zaman 60an.Tapi filem ni memang best,cuma kenalah tengok sampai habis,sebab scene2 yang menarik banyak muncul ketika pertengahan filem ni.

Ramai perempuan yang menangis ketika menonton filem ni.Tapi,lelaki jangalah menangis plak ye;)

Monday, June 28, 2010

Senarai armada kapal milik Malaysia Airlines

Entri kali ni nak cerita tentang armada kapal milik Malaysia Airlines(MAS).Kenapa aku tiba-tiba nak cerita tentang pesawat MAS plak ni?

Ceritanya macam ni,aku ada seorang kawan yang amat2 rapat(macam isi dengan kuku).2-3 kali setahun dia akan berulang alik dari Kuala Lumpur(KLIA)-Bangalore,India dan seperti biasa dia tak akan terbang dengan
airline lain selain MAS untuk ke Bangalore,India mahupun untuk pulang ke Kuala Lumpur walaupun terdapat airline lain seperti Tiger Airways dan Air Asia yang terbang untuk destinasi yang sama.

Tapi,bila tanya dia naik pesawat apa?Mesti tak dapat jawab dan jawapan biasa yang akan dia berikan ialah,''Ntah..tak tau,haha''.

Aku yakin,bukan dia sahaja yang berikan jawapan sebegini rupa,korang pun mungkin akan berikan jawapan yang sama,kalau aku tanya soalan macam ni
.
Betul tak?


Oleh itu,aku nak
share sikit knowledge aku yang tak seberapa ni.

Yang ini...

Airbus 330-200/300
Ini..
Boeing 737-400/800
Ni plak..
Boeing 747-400

Biasanya orang pergi menunaikan haji naik nilah..

Boeing 777-200 ER(extended range)

Penerbangan Tambang Murah..

ATR 72-500

Friday, June 25, 2010

Rindu ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam

Agak lama rasanya aku tak makan air batu campur(ABC) di Seksyen 2,UiTM Shah Alam.Kalau tak salah,dah hampir setahun kot tak merasa ABC kat situ.

Dulu-dulu selalu pergi dengan kawan-kawan,walaupun kami semua tinggal di Kota Damansara,tapi kami sanggup juga ke sana,semata-mata nak menikmati ABC Seksyen 2.Perjalan dari Kota Damansara ke Shah Alam mengambil masa kira-kira 45 minit-1jam.

Lambatkan,sepatutnya setengah jam dah boleh sampai Shah Alam..tapi sebab kami semua naik moto kapcai je+pemanduan berhemah,tu yang lambat tu,haha.

Apa yang menariknya dengan ABC Seksyen 2,UiTM Shah Alam?

1.ABC yang dilimpahi dengan limpahan sos coklat
2.Banyak buah-buahan tin dalam ABC
3.Kuantiti yang amat banyak(kenyang sampai malam..)
4.Harga yang murah dan amat berpatutan
5.Pemandangan yang menarik(ramai student perempuan kat food court ni,haha)

Kalau nak pergi ke sini,senang je.Cari landmark ni..Kolej Jati Uitm Shah Alam atau Wet World Shah Alam atau Taman Tasik Shah Alam.InshaAllah,kalau dah jumpa landmark ni,maknanya dah nak dekat sampai lah tu;)

Ataupun..cara yang lain,sebelum ke sana carilah kat google maps dulu ye