Followers

Sunday, July 4, 2010

Ketagihan hari Ahad~Nasi Kerabu Mek Kelate

Bila pagi2 ahad ni,mesti aku mengidam nak makan nasi kerabu mek kelate.Dulu-dulu aku jarang makan nasi kerabu ni,tapi semenjak dapat tau ada sebuah gerai kat seksyen 6,Kota Damansara yang jual nasi kerabu yang sedap ni,boleh kata tiap2 minggu aku akan ke sana.

Yang paling best tentang nasi kerabu ni ialah sambal dan ulam-ulamannya.Aku memang suka makan ulam-ulam ni atau menu yang ala2 kampung
compared to western food.Nak buat macam mana kan,dah nama pun orang kampung;)

Di gerai mek kelate seksyen 6 ni ada macam-macam lauk yang kita boleh add-on bersama nasi kerabu.Ada daging bakar,ayam percik,kari ayam,ikan keli sambal berlada,gulai ikan,lada sumbat(tak tau betul ke tak nama ni..haha)dan macam-macam lagi.

Satu lagi menu yang best kat gerai mek kelate ni ialah laksam.Masa aku
stay kat Kuantan kira-kira empat tahun yang lepas,senang je nak cari laksam ni.Tapi kat KL agak susah lah nak cari laksam.

Nasib baik ada jual laksam kat gerai mek kelate ni,tapi laksam kat sini
limited.Kalau ada rezeki,dapatlah beli..kalau tak,hanya tengok orang lain makan sajelah.

Saturday, July 3, 2010

Penumpang berdiri dalam kapal terbang untuk jimat tambang?

Bayangkan jika kita berdiri dalam sebuah kapal terbang untuk menjimatkan tambang tiket penerbangan.Macam tak percaya je?

Tetapi,percaya atau tidak..sebuah syarikat penerbangan,Ryanair merancang untuk memperkenalkan idea gila ni.Tambang yang dikenakan oleh Ryanair adalah serendah £4(RM15) untuk penumpang yang berdiri dalam penerbangan mereka.

Bukan itu sahaja,Ryanair juga akan mengenakan caj bagi setiap kali penggunaan tandas dalam penerbangan.Guna tandas dalam kapal terbang pun nak kena bayar?

Untuk tempoh percubaan,tempat duduk tegak itu akan diperkenalkan untuk penerbangan yang hanya memakan masa selama sejam.Namun begitu,mereka juga merancang untuk memperkenalkannya dalam semua penerbangan.

Pelik kan.Tertanya-tanya aku dibuatnya.

Selamat ke?Kalau emergency macam mana?Kalau nak makan macam mana?CAA(Civil Aviation Authority) UK atau EASA(European Aviation Safety Agency) bagi kebenaran ke?



ps:masyarakat orang asli kat pedalaman Sabah dan Sarawak tak perlu berdiri pun dalam kapal terbang MASWing,tapi harga tiket diorang tetap murah;)

Cerita ribut di Kota Damansara dan hikmah disebaliknya

Agak terlewat sebenarnya untuk aku post entri tentang ribut di Kota Damansara ni.Sebabnya,semasa kejadian aku tak dapat akses internet yang sempurna.Terpaksa pindah rumah.Jadi streamyx pun terpaksa lah pindah sama dan proses pemindahan streamyx yang memakan masa selama hampir tiga minggu.


Ceritanya macam ni..beberapa minggu yang lepas,secara tiba-tiba Kota Damansara dilanda ribut.Ribut yang amat kuat sekali.Pertama kali aku saksikan sepanjang aku hidup di atas muka bumi Allah ni.

Ribut yang berlalu hanya dalam masa beberapa minit telah mengakibatkan kerosakan harta benda kepada penduduk di kawasan sekitar Kota Damansara.Atap genting tercabut..cermin kereta pecah..struktur kereta remuk..motosikal rosak..dan macam-macam lagi.

Agak aneh sekali atau ini mungkin cara Allah menunjukkan kekuasaanNya,kerana kawasan masjid kuning Kota Damansara dan kawasan sekitarnya hanya sedikit sahaja terjejas,berbanding dengan kawasan perumahan berhadapan dengan masjid kuning Kota Damansara iaitu D'Rimba dan D'Villa yang teruk terjejas akibat ribut tersebut.

Tapi setiap kejadian Tuhan ada hikmahnya.Buat pertama kali sepanjang dua tahun aku menghuni di kawasan apartment ini,pertama kali rasanya aku dapat lihat penghuni-penghuni di kawasan ni keluar daripada unit apartment dan sempat beramah mesra serta bersosial antara satu sama lain.

Jika tidak kerana ribut,mungkin sampai ketika ini..mereka masih tidak mengenal antara satu sama lain,walaupun menghuni dan menetap di kawasan kejiranan yang sama.

Alhamdulillah..

Kredit kepada acancapik dan nizwan nawawi kerana sudi berkongsi koleksi gambar kejadian ;)