Followers

Wednesday, January 5, 2011

Review Novel:A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini

Baca novel?Perempuan sukalah baca.Lagi-lagi novel Inggeris.Aku pun fikir macam ni jugak dulu.Tapi kalau nak improve English,nak tak nak kena rajin membaca.Aku ingat lagi,dulu ada seorang kawan aku ni,memang expert lah dalam English.Bila setiap kali exam je,mesti dapat markah paling highest kat dalam sekolah.


Bayangkan,dalam batch aku ada 16 kelas.Jumlah semua student dalam batch adalah dalam 400++ dan dia dapat markah paling highest.Hebat tak hebat tu...dan sekarang dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Manchester,United Kingdom.

Apa yang buat aku dan kawan-kawan lain kagum,sebab dia cuma orang kampung.Aku pernah tanya kat dia macam mana nak improve in English,dan dia pun suruh aku baca Reader's Digest.Bukan dia seorang je yang cakap macam tu.Ramai lagi dan tak semestinya baca Reader's Digest kan.

Jadi kat sini aku nak perkenalkan dengan satu novel Inggeris yang aku sedang baca,A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini.Secara ringkasnya,A Thousand Splendid Suns ni berkisarkan tentang kisah hidup masyarakat berlainan etnik di bumi Afghanistan.Seperti yang kita tahu,Afghanistan telah diperintah oleh pelbagai bentuk kuasa antaranya seperti pemerintahan komunis(Soviet),Taliban(ingat tak dengan Osama bin Laden?)dan kini pemerintahan dajjal putih(Amerika Syarikat).







Sebahagian daripada novel ni adalah berkenaan tentang Mariam.Mariam merupakan anak luar nikah hasil hubungan sulit antara Jalil dan Nana.Disebabkan status Mariam sebagai anak luar nikah,dia dan ibunya(Nana)tak dibenarkan untuk tinggal serumah dengan Jalil bagi menjaga status Jalil.Ketika Nana meninggal dunia,Jalil mengambil Mariam dan memaksa Mariam untuk bernikah dengan seorang tukang kasut dari Kabul,bernama Rasheed.
Permulaan perkahwinan Mariam dan Rasheed adalah cukup indah(orang baru kahwin..memanglah..)Tapi rupa-rupanya Rasheed hanya menganggap Mariam sebagai sebuah kilang anak sahaja.Apa yang dia mahu daripada Mariam hanyalah anak,dan Mariam gagal memberikannya walau hanya seorang anak untuk Rasheed walaupun selepas tujuh kali percubaan.

Akibatnya,Mariam dilayan ibarat hamba abdi bukan seperti seorang isteri kepada seorang suami.Meskipun Rasheed beragama Islam dan patuh kepada perintah agama,tetapi di Afghanistan martabat atau kedudukan wanita tidaklah sebaik wanita di negara-negara lain.

Jalan cerita novel ni amat menarik(seriously..aku tak tipu)kerana pembaca akan dibawa menyulusuri susur masa dan sejarah negara Afghanistan yang melalui pelbagai bentuk pemerintahan.

Sebelum baca novel ni,apa yang aku cuma tahu selepas peristiwa 9/11 pada tahun 2001(aku darjah enam masa tu..)Afghanistan yang pada ketika tu dibawah pemerintahan Taliban telah diserang oleh Amerika Syarikat dan sekutunya kerana pergerakan Al-Qaeda didakwa terlibat dalam serangan pengganas keatas World Trade Centre(WTC).

7 comments:

aminatulmimi ismail said...

wow cambest nih. bley gi cari pasnih..

me is aku said...

ouh. sinopsis macam menarik
tp aku nak habiskan novel BI memang la macam membaca dalam gelap..:D

Anonymous said...

1 of d saddest book i eva read

amar haziq said...

amnatulmimi ismaid:kat bookstore macam MPH n Popular ada bnyak

me is aku:aku pun macam tu dulu..xpe
mula skit2 dulu
lama2 nanti OKEY lah

anonymous:really..i think so
sad but interesting to know about afghan people

Unknown said...

reader digest! time skolah menengah mmg teacher bi bg buku ni kt student2 suh baca and then ada la plop task bg stp buku ni..huhu

Lyla Ibrahim said...

I love this book...
nanges baca buku nie...
try The Kite Runner from the same author...
syok jgk baca...
happy reading...
huhu...

http://rockprincessbooks.blogspot.com/2010/12/best-of-2010.html

amar haziq said...

Kite Runner pun ak ada
from the same author kan..

i'll visit ur blog k;)

Post a Comment