10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Selamat Tahun Baru 2011
Happy New Year Malaysia!!
Pertama kali dalam hidup aku sambut new year kat luar rumah selepas hampir 4 tahun aku stay kat KL ni.2-3 tahun yang lepas bila setiap kali tahun baru menjelma mesti aku tak ada kat KL sebab cuti course break.Tahun ni dah mula on job training(OJT)kat MAS,jadi aku dah boleh plan cuti aku sendiri.
Semalam..masa aku meraikan sambutan tahun baru kat i-city,Shah Alam..macam-macam ragam manusia yang aku nampak.Kalau 20 tahun yang dulu,orang Malaysia lebih suka duduk di rumah ketika sambutan tahun baru.Tapi mungkin ada banyak bezanya ketika tahun 2011.
Pertama kali dalam hidup aku selama 22 tahun aku hidup ni,aku nampak budak-budak sekolah merayau tengah-tengah malam dengan menaiki basikal.Bukan seorang dua,tapi satu kumpulan kanak-kanak yang aku rasa ada dalam 15-20 orang kot.Ramai kan?Mak ayah diorang ni tak marah ke?Bukan nak berpandangan negatif,tapi aku tengok diorang ni macam budak-budak liar je.
Dalam sambutan tahun baru semalam,cuba bayangkan berapa ramai anak gadis yang kena raba.Mungkin yang tak bernasib baik ada yang kena rogol.Sekali lagi,aku bukan nak bersikap negatif..tapi realitinya perkara inilah yang terjadi setiap kali sambutan tahun baru atau apa-apa saje jenis event yang lain.
Berapa banyak botol arakkah terjual malam tadi?
Dulu,sebelum tinggal kat KL bila dengar cerita pasal orang Islam minum arak je mesti aku terkejut.(Aku ada seorang kawan masa aku belajar kat MRSM Serting yang pernah minum arak).Sekarang ni kalau nak tengok orang Islam a.k.a orang Melayu minum arak bukannya susah sangat pun,tunggu je kat depan mana-mana kedai 7Eleven dalam pukul 12 tengah malam keatas.Percayalah!
Tapi..dalam banyak-banyak rakyat Malaysia,ada yang memilih untuk menyambut tahun baru 2011 dengan cara yang tersendiri.Aku dengar cerita,ada sekumpulan kawan-kawan aku yang ke Masjid Al-Falah,Subang Jaya menghadiri ceramah agama sempena sambutan tahun baru.
Teringat aku semasa Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia.Sambutan tahun baru ketika tu dibatalkan penganjurannya dan digantikan dengan acara solat hajat berjemaah di masjid-masjid seluruh negara.Kalau tak salah,ketika tu negara kita dan negara-negara jiran baru sahaja dilanda musibah tsunami.
5 comments:
akhlak orang2 Islam makin merudum...pd siapa kita nak salahkan?
apa pun,sama2 kita tingkatkan iman dan amal kita...aameen..
bila dilanda bencana baru nak batalkan semua. sekrang dah bertahun2 lepas, agaknya ada lagi ke rg yg masih ingat?
Pendapat anda?
bagaimana merealisasikan azam tahun baru anda?
kdg2 terpikir nak sambut taun baru tp sambutan awal muharram aritu pon tak tersambut2 inikan pulak..
hmm...kadang2 malaysia pon nak jadi mcm negara org putih....
found u from FB group.. :D
cik tiniey:media..ibu bapa..diri sendiri
hasrol nizam:thanks for the link
ain itu mata:hahaha..sambutan tak penting
yg penting azam dan perlaksanaan
ezmaliza:found me from FB group?
which group ea??
Post a Comment