Followers

Wednesday, December 8, 2010

Lagi peluang kerjaya sebagai Flight Attendant

Minggu lepas(kalau tak salah lah..)aku ada post entri tentang peluang kerjaya sebagai krew kabin Malaysia Airlines.Ramai jugaklah yang view entri tu.Tapi..sayangnya tarikh tutup untuk permohonan sebagai krew kabin MAS ialah pada 26 November 2010 lepas.


Mungkin ramai yang berminat tapi tak sempat nak apply.Nak buat macam mana.Dah tak ada rezeki.Tapi tak mengapa,usah khuatir..usah risau..atau bersedih kerana sebuah lagi syarikat penerbangan,kali ini syarikat penerbangan asing iaitu Cathay Pacific kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon sebagai Flight Attendant di Cathay Pacific.


Kat bawah ni aku senaraikan syarat-syarat untuk memohon sebagai Flight Attendant di Cathay Pacific ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun(kalau 17 tahun kebawah tu,study untuk SPM dulu ye dik..)
  2. Tamat dan lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)(termasuk lah lulus dalam subjek English)
  3. Fasih membaca dan berbahasa Inggeris termasuklah dalam BM atau Mandarin atau Tamil
  4. Cantik(ni aku yang tambah,sebab kalau nak jadi flight attendant mestilah kena cantik kan,betul tak?)
  5. Sihat tubuh badan(ni pun aku jugak tambah,kerana pada kebiasaannya setiap calon perlu menjalani medical test)
Untuk memohon,calon-calon yang layak hendaklah menghantar resume bertajuk 'Malaysia Recruitment-(nama calon)'ke overseasapplication@cathaypacific.com

Sertakan sekali nama penuh,no.untuk dihubungi,alamat rumah,alamat e-mail
no.passport,kelayakan akademik,dan juga pengalaman bekerja.


Resume hendaklah dihantar pada atau sebelum 22 Disember 2010 dan sesi temuduga pula akan dijalankan pada 2 Januari 2011.


Kalau Cathay Pacific tak hubungi dalam masa 8 minggu,maknanya permohonan secara automatiknya dianggap gagal.Janganlah dah lepas 8 minggu masih tunggu lagi ye.Cuba lagi lain kali;)

14 comments:

Cik Puan iLa said...

Cik Ila dtg n follow.. ;)

asphaq said...

Niceeee
Tapi setelkan practical dulu till May next year.
Haih -.-

amar haziq said...

cik ila:makaseh...;)

asphaq:apply je

asphaq said...

Nak tanya.
Kalau FA MAS.
contract 5 tahun kan?
Lama gila -.-

amar haziq said...

ashpaq:yupp..okey pe
boleh jalan2..
free

nhidayat:hahaha...berat sangat ke?

Mohamad Termizi said...

alamak takleh ah ... dl ade gak plan nak jadi tp since dah ade comitment gan awek so tak curang kene korban kan..

nak jadi pilot lak lepas tu tp tingi sgt ah plak.. nak jadi tukang cuci tayar kapal terbang rendah sgt ah plak hahah

dayah said...

mcm best. gaji brapa, tak qualified tak cantik :D

Lyla Ibrahim said...

best kan kalu dpt merantau di negeri org...
huhu...

amar haziq said...

gaji tak sure lah kalau cathay pacific ni..tapi rase2nye bnyak jugaklah..

Personal Wellness Coach. said...

hi amar haziq!
my ex schoolmate.
tak sangke kau ade blog yg umphh!
best best! :)

amar haziq said...

best ke..hahaha

ni anis yg mane ea?

amirulez said...

bestnye kalau dapat kenal dengan pramugari.. lagi2 airasia.. hehe..

amar haziq said...

hahaha..tapi bukan semuanya cantik2...

Anonymous said...

ala terlepas la pula nk hantar. nk tya kepada admin blog ni, dlm awl bulan 2011 ni ada tak mana2 interview nanti kalau ada bagi tahu la ya. berguna betul ada blog macam ni dpt bagi informasi pasal interview FA ni. Klau nak dpt drpd sumber dan web yg lain payah. Atau boleh ajr kita semua di sini link mana nak tahu masa diaorg semua ni buat announcement pasal interview.

Post a Comment