Keputusan bagi Penilaian Menengah Rendah(PMR)diumumkan hari ini.Hari ni mesti ramai yang gembira sebab dapat straight 'A'tak kurang juga ramai yang bersedih sebab dapat result yang kurang memuaskan.Jangan risau,this is not the end of the world..PMR bukan segala-galanya.
Teringat masa aku ambil result PMR,kira-kira 6 tahun yang lepas.Pagi-pagi lagi aku dah bersiap.Naik bas "ting-tong" bersama-sama dengan kawan-kawan aku dari Kuantan,Pahang ke Serting,N.Sembilan.Mak dan ayah nak hantar aku,tapi aku tak nak.Tak syoklah kan.Kalau pergi dengan kawan-kawan barulah bebas sikit..haha.
Sampai je kat MRSM Serting,kalau tak salah aku masa tu orang dah ramai dah.Ramai yang ternanti-nanti keputusan PMR.Biasanya result keluar waktu pagi.Tapi terbalik plak,aku tak tahu apa masalah yang terjadi.Kami kena tunggu berjam-jam kat depan foyer sekolah.
Akhirnya penantian hampir berakhir,dalam pukul 4 petang barulah boleh tengok result PMR.Itupun kena tunggu giliran.Sorang-sorang baru boleh masuk bilik pengetua untuk ambil result.Bila sampai giliran aku,aku pun masuklah bilik pengetua.Kalau tak salah masa tu,ada seorang cikgu atau staff ni suruh aku teka result PMR aku(adeh..main teka-teka plak,dah lah lama kena tunggu).
Alhamdulillah,aku dapat 8A untuk PMR.Kawan-kawan aku yang lain pun ramai yang dapat 8A.Tapi tak sangka sebab result PMR tulah beserta dengan result Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM(UKKM)kami semua terpisah.Selepas PMR ada yang ditempatkan di MRSM Kuantan.Ada kat MRSM Langkawi,MRSM Muar dan ada juga yang sampai ke utara tanah air,MRSM Taiping dan MRSM Beseri.Aku plak kena pindah ke MRSM Jasin.Beberapa kerat je yang dapat stay kat MRSM Serting.Ada yang sampai sekarang dah lost contact.
Berbalik semula kepada kisah aku ambil result PMR tadi.Lepas ambil result je,aku dan kawan-kawan serombongan dengan aku dari Kuantan tak sempat nak borak lama-lama dengan kawan-kawan satu batch yang lain.Cepat-cepat kami semua kena pergi ke pekan Bahau untuk ambil bas untuk balik semula ke Kuantan.
Sampai je kat Bahau,bas "ting tong"dah tak ada.Tiket bas ekspress pulak semuanya sold out.Nak balik Kuantan macam mana ni?Kami semua ingat nak balik esok pagi jelah.Malam tu tidur je kat mana-mana surau.Surau kat stesen bas Bahau tu pun ada.Lagipun tak pernah rasa suasana midnight kat pekan Bahau ni.Biasanya outing waktu matahari tengah terpacak je..haha.
ps:aku nak study jap..esok sambung part2;)
4 comments:
pekan bahau. haha. tahu2. slalu lalu situ nak balek pahang. hehe
ishh3. tingat lak gak masa amek dlu. nostalgiaaa.
kenangan dulu2 best...;)
seronoknya zaman sekolah ;]
syazana:pahang kat mane?
cik tiniey:yupp..kadang2 boleh buat nangis..haha
cikbelog:semua org ade kenangan masing2
Post a Comment