Followers

Thursday, April 29, 2010

Fireflyz menghargai Facebook Fans mereka

Syarikat penerbangan tambang murah Fireflyz sedang mengadakan promosi ekslusif khusus buat Firefly Facebook Fans.Facebook fans syarikat penerbangan tambang murah ini akan mendapat potongan 30% bagi harga tiket ke mana2 destinasi firefly antaranya seperti Penang,Singapore,Subang(Kuala Lumpur),Phuket,Banda Acheh dan banyak lagi destinasi2 menarik.Promosi ini hanya terhad untuk tempahan secara online sahaja dan untuk melayakkan Firefly Facebook Fans untuk mendapatkan potongan 30% ini,para fans hendaklah memasukkan kod promo bagi promosi ini ketika membuat tempahan.Kod promo bagi promosi ekslusif ini ialah ''FACEOFF''.

Promosi bermula dari 26 April 2010 dan berakhir pada 8 May 2010.Jadual penerbangan pula adalah dari 1 Julai 2010 hingga 31 Ogos 2010.Aku rasa strategi pemasaran Fireflyz adalah amat unik dan kreatif.Ini mungkin kerana Firefly ingin cuba mendominasi pasaran penerbangan tambang murah yang pada ketika ini dikuasai oleh pesaing terdekat mereka iaitu AirAsia.Jika terbang dengan Firefly banyak kelebihan yang boleh didapati.Antaranya ialah..Firefly beroperasi dari hub mereka iaitu di Subang Skypark berbanding AirAsia yang beroperasi dari terminal LCCT Sepang.Nak pergi LCCT kalau naik sky bus dari KL Sentral dah RM9 dan kalau naik KLIA Ekspres dah RM12++ berbanding dengan kos perjalanan ke Subang Skypark yang jauh lebih murah.Naik bas rapidKL dari Central Market cuma RM2++ je.Dah brape banyak dapat save kat situ.huhu Mungkin sesetengah orang tak kisah sangat pasal duit ni,tapi aku mewakili kawan2 aku yang masih bujang trang tang tang..(saje tambah..haha) amat prihatin sekali tentang bab2 berkaitan duit ni.Yelah..mana tak nye,baru2 ni majlis agama Islam baru sahaja menaikkan harga mas kahwin(tiba-tiba melalut,haha).

Sebelum aku melalut lebih jauh lagi,kepada Firefly Facebook Fans atau pembaca blog aku yang ingin mendapatkan promosi ni,korang bley lawat website Fireflyz fireflyz.com.my/facebook/faceoff

4 comments:

Typewriter said...

trang tang ting tang?!!! haha

amar, aku mmg bujang lagi.. ;)

amar haziq said...

rajin2 save duet..wang hantaran dh mahal skunk,haha

mie said...

bagus!!!
xpernah naik fireflyz lagi..
heheee

amar haziq said...

terbang lh dgn fireflyz
murah..dan menjimatkan masa..
subang skypark lebih dekat compared to LCCT Sepang=>

Post a Comment