Semalam dan hari ini,ramai pihak menuntut akan keadilan buat arwah adik Aminul dan keluarga.Difahamkan,kes ini akan didengar di kabinet.Antara individu yang mengecam kejadian ini termasuklah Prof. Madya Abu Hasbullah Hassan melalui facebook prof.
Followers
Wednesday, April 28, 2010
Remaja 15 tahun mati ditembak peronda PDRM
Negara kita digemparkan dengan kisah remaja mati ditembak pasukan peronda PDRM.Pada mulanya,aku ignore je cite2 macam ni,sebab dah menjadi kebiasaan setiap hari pasti ada berita tentang orang mati.Tapi,aku mula tertarik untuk mengikuti tentang berita ini selepas instructor aku,Mr.Radzhi bercerita tentang kes ini di dalam kelas electrical pagi tadi.Rupa-rupanya,remaja tersebut,arwah adik Aminul Rasyid Amzah(15 tahun)mati kerana ditembak oleh pasukan peronda PDRM dan pihak polis mendakwa arwah terlibat dengan kegiatan jenayah serta memiliki senjata haram.Arwah adik Aminul iaitu seorang pelajar SMK Seksyen 9 sebenarnya baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak English Premier League(EPL)bersama rakan-rakan arwah.Difahamkan,arwah adik Aminul dan rakan-rakan bertembung dengan pasukan peronda PDRM dan mereka panik kerana tidak memiliki lesen memandu lalu terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian.Haiiih...tak pasal2,arwah kena tuduh sebagai penjenayah dan memliki senjata haram sedangkan kesalahan arwah adik Amirul cuma memandu tanpa lesen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment