Aku tak lah berapa tahu sangat pasal drama Awan Dania ni,tapi apa yang aku nak cerita untuk entri kali ini ialah tentang krew produksi Awan Dania yang telah menggunakan pesawat Fokker-27 sebagai set atau latar bagi drama ni.Pesawat Fokker-27 ni sebenarnya adalah milik Malaysia Airlines Engineering Training Centre(METC) iaitu pusat latihan tempat aku belajar pada masa ini.
Pesawat Fokker-27 ini digunakan untuk tujuan latihan oleh pelatih-pelatih MAS Engineering.Secara jujurnya pesawat ini kelihatan amat buruk sekali dan oleh sebab itulah pesawat Fokker-27 ni digunakan untuk tujuan latihan dan bukan untuk tujuan komersial.Berbagai-bagai jenis kecacatan dan kerosakan boleh ditemui lebih-lebih lagi pada bahagian fuselage atau badan pesawat ini dan ini yang menghairankan aku kenapa krew produksi Awan Dania menggunakan pesawat ini sebagai set atau latar untuk drama tersebut.Kan ada banyak lagi pesawat-pesawat MAS dan Fireflyz yang lain seperti Boeing 737,ATR-72,dan Airbus 330.
Tapi...apa-apa pun tak kisah lah pesawat apa yang mereka gunakan,apa yang penting drama ni memang menarik serta lain daripada drama melayu yang lain.Kat bawah ini adalah sedutan daripada drama Awan Dania dan Fokker-27 sebagai latar penggambaran.Selamat Menonton;)
0 comments:
Post a Comment