Followers

Wednesday, April 28, 2010

Sinetron Munajat Cinta TV9

Hari-hari lepas habis kelas dalam pukul 5.30 petang mesti aku dan housemate melekat kat depan tv.Sebab ape?sebab kami semua layan sinetron Munajat Cinta kat tv9..dekat di hati.Menariknya tentang sinetron munajat cinta ni ialah kerana heroin sinetron ni adalah heroin yang sama dengan filem ayat-ayat cinta iaitu Rianti Cartwright dan Zaski Adya Mecca.Aku sebenarnya bukannya kenal sangat diorang ni,inipun tau sebab baru je search kat wikipedia,hehe.Kepada pembaca blog aku yang tak kenal siape Rianti Cartwright dan Zaski Adya Mecca,dalam ayat-ayat cinta Rianti Cartwright berlakon sebagai Aisha(isteri Fahri) manakala Zaski Adya pula sebagai Noura(gadis yang menfitnah Fahri)
Okey..skunk aku nak cite pasal sinopsis munajat cinta.Sinopsis sinetron ni macam ni lah lbey kurang..mengisahkan tentang seorang pemuda soleh bernama Attar yang mempunyai dua orang isteri(Khumairah dan Maemunah) yang bukan sahaja cantik malahan solehah.Kehidupan mereka bertiga amat bahagia kerana mereka bukan sahaja kaya kerana memiliki beberapa buah perusahaan yang maju bahkan mereka juga amat taat dan patuh kepada Allah.Walaubagaimanapun,disebabkan kebahagiaan yang mereka bertiga kecapi,ada sahaja pihak atau individu yang mencemburui.Misalnya,Bakri iaitu seorang penjahat yang dalam diam-diam mencintai Maemunah,isteri kedua Attar.Bakri membunuh ibu Khumaira serta berusaha untuk membunuh Attar dan Khumairah demi untuk mendapatkan Maemunah.Segala rancangan jahat Bakri dibantu oleh dua orang pembantunya,Black dan Kadir.Randy pula merupakan direktor utama(general manager)di salah sebuah perusahaan milik Khumairah,Attar dan juga Maemunah.Randy merancang untuk membunuh Khumairah kerana khuatir Khumairah akan menggugat kedudukannya sebagai direktor utama(general manager)dengan cara berpakat dengan Bakri.Namun begitu,belum sempat rancangan Randy untuk membunuh Khumaira terlaksana,Randy telah dibunuh oleh Bakri kerana Bakri bimbang Randy akan menjadi penyebab dia diburu oleh pihak berkuasa.
Adakah Bakri berjaya membunuh Attar dan Khumairah serta mendapatkan cinta Maemunah?Korang kena tengok sendiri,sebab kalau cite lbey2 nanti xbest plak klau korang nak tengok sinetron Munajat Cinta ni..;)

4 comments:

Unknown said...

Suke sgt heroin ayat2 cinta n munajah cinta ni :)nice post, nice blog. truskn usaha berblogging ne..

AcanCapik said...

best ke cerita ni? huhu...

baru perasan blog ko. selamat berblog my friend... =)

Nurul Izzati Norlaili said...

aku amat lyn citer ni ..
tp aku xcmpt tgk ending die ..
ape ending die erk ..

amar haziq said...

kak najla:makaseh kak
acan:cite nie best gler..rugi klau xtgok.ala2 ayat2 cinta,haha
nurul:ending die camni..Mas Attar mati dibunuh oleh Bakri,then Bakri plak kena bunuh ngan Maemunah.Maemunah dipenjarakan selama 3 tahun n anak dalam kandungan Maemunah dijaga oleh Khumairah sementara Maemunah menjalani hukuman penjara.-The End-

Post a Comment