Followers

Sunday, May 30, 2010

Seminggu tak berblogging..

Haiih..dah seminggu aku tak update blog,terlalu sibuk dengan study dan berHerbalife.Maklumlah,orang baru dalam Herbalife,masih banyak ilmu yang perlu dipelajari terutamanya tentang nutrisi dan kesihatan.Minggu lepas sahaja,mugkin lebih daripada enam kali aku terpaksa berulang-alik ke sunway university college semata-mata untuk berguru dengan Atie.

Kagum dengan Atie,baru sahaja kira-kira enam bulan bersama Herbalife,sudah banyak kejayaan yang Atie kecapi dan sudah banyak juga insan yang dibantu oleh pelajar Monash University ini.Aku pula terpaksa slow down buat seketika dalam Herbalife,takut-takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran.

Maih banyak lagi exam dan modul yang belum selesai,terutamanya modul 11,human factor,propeller dan aviation legistlation.Notes untuk modul 11 sahaja sudah setinggi paras pinggang aku.(Banyak gler..cuba imagine..pening tak pening kepala aku,haha).

Tapi bak kata orang tua-tua,bukan susah nak jadi susah,dan bukan senang nak jadi senang.Usaha kita pada hari ini,akan menentukan siapa kita pada masa akan datang.InshaAllah,segala usaha hari ini,tak kan sia-sia.

Mr.Au Ting Ling(instructor di MAS Engineering)sering kali memberikan kata-kata motivasi terutamanya apabila melihat ada student yang tidur di dalam kelas.Kata-kata Mr.Au yang paling aku tak boleh lupa ialah,''You are studying for money,and I'm here to help you''.Amran(bukan nama sebenar)sering kali tidur di dalam kelas,tak tau apa masalahnya dengan kawan aku yang sorang ni.Masalah berat badan kot,takpun mungkin sibuk sangat AFUNDI Shahir,taulah si Shahir tu pernah jadi klasmet dia masa kat SMKA dulu;)

Satu lagi kata-kata Mr.Au yang aku tak boleh nak lupa,''I want all of you to wear three bars,and become licensed aircraft engineer,it's your future,not mine''

Harap-harap,masinlah mulut Mr.Au ni,dan semoga kami semua yang telah banyak menghabiskan duit rakyat dan kerajaan selama ini akan berjaya memperoleh ''three bars''.Amin..

Thursday, May 20, 2010

Mak semakin kurus dan hilang 8kg kerana Herbalife

Seperti biasa,rutin bulanan aku ialah balik ke kampung halaman pada setiap hujung bulan.Lama merantau di KL,sekali-sekala kena lah jenguk-jenguk orang tua di kampung kan.Barulah boleh jadi anak yang mithali.Betul tak..;)

Kepulangan aku kali ni disambut dengan penuh kejutan.Sebab apa?Sebab baju kurung yang mak pakai kelihatan besar.Tapi aku buat tak tau je,malas nak tanya,simpan soalan ni,untuk ditanya semasa makan malam dengan mak,sebab aku selalu berbual panjang dengan mak ketika dan selepas makan malam(yelah anak bujang lama tak balik,ada banyak benda nak cerita)

Mak memang mempunyai masalah berat badan(bukan macam zaman anak dara dulu,kurus je..haha).Doktor menasihatkan mak supaya menurunkan berat badan kerana mak mempunyai sakit-sakit di bahagian lutut,akibat berat berlebihan yang terpaksa ditampung oleh lutut mak.

Semasa berbual-bual panjang dengan mak,mak cakap mak dah turun 8kg.Peliknya?mak mana ada masa nak exercise,hari-hari kerja.Pagi-pagi buta lagi dah pergi kerja dan balik lewat petang,kemudian nak sediakan makan malam lagi untuk ayah dan adik-adik yang banyak songeh.haha;)

Nak tau apa rahsia mak.Rupa-rupanya mak ambil produk HERBALIFE.Mak consume one set of HERBALIFE to lose weight.

Sejak daripada melihat perubahan pada diri mak,aku pun mula mencari tentang produk HERBALIFE di Internet dan aku telah berkenalan dengan ramai pengguna dan pengedar HERBALIFE.

Alhamdulillah,mereka semua mendapat hasil dan keputusan yang baik selepas menggunakan produk HERBALIFE.Biar betul kan?Pada mulanya,aku pun tak percaya.Tapi...setelah melihat perubahan pada mak dan orang-orang yang telah consume HERBALIFE,persepsi aku pun berubah.

Haa..sebelum tu,aku terlupa nak cerita macam mana mak boleh jadi gemuk,mak sebenarnya kurus dulu-dulu.Ceritanya macam ni,mak happy tengok anak-anak dia makan,jadi mak akan masak banyak-banyak.Kadang-kadang,banyak makanan yang terbiar macam tu je,sebab kami adik beradik tak berjaya nak habiskan.Mak cakap,sayang tengok makanan ni,membazir je.

Jadi,maklah yang terpaksa habiskan semua lauk pauk,sebab tak mahu membazir.Hasilnya,jeng..jeng..jeng..berat badan mak pun naik.haha.

Alang-alang cerita pasal mak,bawah ni nak share gambar pengguna-pengguna HERBALIFE.Jom Tengok!!

Puan Rahimah antara pengguna Herbalife terawal di Malaysia




Disebabkan result mak dan pengguna-pengguna HERBALIFE lain yang amat memberangsangkan.Jadi,baru-baru ni aku telah ambil keputusan untuk sign up sebagai HERBALIFE Independent Distributor.

So,if you want to LOSE Weigth,Gain Weight,Maintain Weight,HEALTHY Breakfast,EARN EXTRA INCOME.

MONEY BACK GUARANTEE ;)


Tanyalah Amar Haziq : 013-6247790



ps:satu hari nanti,nak belanja mak HERBALIFE secara percuma;)

Monday, May 17, 2010

Resipi orang bujang:Nasi goreng ikan jaket

Hari ni makan ikan jaket!Aduh..kecewa gler.Tak jadi nak turun TL(Trainee Lounge).Nak keluar makan kat luar ke nak duduk rumah je ek.Takpelah save some money lah,duduk rumah je.

Tiba-tiba,housemate aku yang baik hati,Karim offer nak masak nasi goreng dan hari ini menjadi hari yang amat bersejarah.Sebab apa?Sebab dapur kat rumah bujang ni,jarang -jarang berasap.Kalau berasap pun sebab air mendidih tak pun sebab ada orang celur mee segera.haha.

Jadi aku dengan semangatnya,turunlah ke TL untuk tapau nasi putih,sayur dan ikan jaket,sebagai bahan-bahan untuk memasak nasi goreng.Nama resipi nasi goreng yang housemate aku masak ni lain sikit,sebabnya memang tak boleh jumpa kat mana-mana.Namanya ialah nasi goreng ikan jaket.

Haa ikan jaket?Apa tu?Mesti ada yang tak pernah dengar kan,lebih-lebih lagi kalau tak pernah masuk asrama.Kalau pergi pasar atau hypermarket,memang tak kan jumpa ikan jaket ni.Sebab di pasar atau hypermarket,orang tak panggil ikan jaket ni ikan jaket.

Tapi ikan ni ada satu nama saintifik yang lain,iaitu ikan cencaru.''Mak cik,saya nak ikan jaket sekilo..,''Memang mak cik kat pasar tu bagi jaket lah,bukan ikan ye..haha

Gambar hiasan

Bahan-bahan:(Untuk hidangan 3 orang)

1.Nasi putih
2.Ikan jaket a.k.a ikan cencaru(2 ekor tanpa tulang dan dirobek-robek isinya,haha)
3.Sayur(apa-apa sayur pun boleh,kami pakai labu air+lobak merah)
4.Kiub pati ayam
5.Perencah nasi goreng(apa-apa jenama pun tak mengapa,beli yang murah-murah je,macam kami,kami pakai seri aji..RM0.50 per paket)
6.Kicap manis
7.Minyak masak(recycle punya,maklumlah..orang bujang,hehe)

Langkah-langkah berikutnya:
1.Basuh kuali dan sudip dahulu(isk3..dah berapa lama tak basuh ni)
2.Panaskan minyak masak
3.Masukkan kiub pati ayam dan gaulkan sehingga sebati dengan minyak masak.
4.Masukkan nasi putih tadi dan terus gaul supaya sama rata.
5.Kemudian masukkan isi ikan jaket(pastikan tiada tulang,nanti tercekik plak orang yang makan)
6.Dan akhir sekali campakkan sayur dan perencah nasi goreng bersama-sama dengan kicap manis.
7.Matikan api dapur.
8.Dah siap.....sedia untuk dimakan.

Tips:Lebih enak jika dinikmati bersama keropok ikan ;)

Rupa hidangan nasi goreng ikan jaket ini adalah amat buruk sekali,kerana housemate aku memang tak pandai nak menghias.Tapi,apa yang penting,hidangan ini amat sedap,lebih-lebih lagi kerana dimasak oleh housemate yang baik hati(ayat bodek je ni..)