Followers

Sunday, December 19, 2010

Info Jualan Istimewa Hujung Tahun Malaysia Airlines-Year End Specials!

Hujung-hujung tahun ni(year end)macam-macam promosi dan sale dilancarkan.Biasanya tiap-tiap kali hujung tahun mesti ada YES-Year End Sale!Kalau kat Malaysia,dalam bulan disember ni..mak ayah lah yang paling sibuk.Terutamanya yang ada anak yang masih bersekolah.


Mula-mula nak kena beli uniform baru,kasut sekolah baru,yang tak dapat pinjam buku teks sekolah plak nak kena beli buku teks baru.Kalau tak beli,nanti ada pulak anak yang merajuk tak mau pergi sekolah.


Kalau kat UK plak,hujung-hujung tahun ni mesti ada boxing day.Apa itu boxing day?Boxing day ni ialah hari dimana kedai-kedai atau mall kat UK akan adakan potongan harga yang amat luar biasa.Boxing day ni berlangsung pada 26 Disember,iaitu sehari selepas sambutan hari Krismas.Pada hari boxing day ni,kedai-kedai dan mall mesti penuh dengan orang ramai.Semuanya nak beli barang dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga biasa.


Katakanlah harga biasa untuk handbag Chanel ialah 200pound,bila Boxing day harga turun sampai 30pound je.Siapa yang tak nak.Lagi-lagi orang perempuan.


Selain Malaysia dan UK,aku rasa mana-mana tempat kat dalam dunia ni pun mesti ada sale setiap kali hujung tahun.Kecuali kedai mamak ane tu je yang tak pernah ada sale.Naik harga adalah..haha.


Malaysia Airlines(MAS)pun ada sale untuk hujung tahun 2010 ni,iaitu jualan "Year End Specials".Sale ni bukan sahaja terhad kepada penerbangan domestik,tapi juga untuk penerbangan antarabangsa seperti Hong Kong,Shanghai,Perth,Bangalore,Dubai,Tokyo dan macam-macam lagi destinasi penerbangan MAS. 


Sebagai pengguna yang bijak,masa nilah nak kena book ticket.Sebab kalau book ticket masa tak ada promosi macam "Year End Specials"ni,harga tiket mesti mahal adalah agak tinggi sedikit.


ps:Kalaulah aku bukan airline staff,mungkin aku dah book ticket masa ni tak pun naik "red airline" je lah,huhu;)

4 comments:

mamawana said...

assalamualaikum

follow u...follow me wokeh...

pilotHans said...

wow, byknye sale..rambang mata..no denpasar :(

Mindbreaking said...

nak balik kg, huhuhuhu

amar haziq said...

mamawana:OKEY

pilotHans:cuba usha kt website mas

mrmind:;)

Post a Comment