Followers

Wednesday, May 5, 2010

Kenapa aku bukan pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA)?

Ketika masih menuntut di MRSM Jasin,kadangkala ada juga aku terfikir tentang halatuju aku selepas spm.Aku menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.(Kalau tak dapat Germany,UK pun ok gak..)

Tapi kalau tak dapat ke luar negara macam mana?Kalau tak dapat ke luar negara nak masuk uia lah.Nak ambil undang-undang(law).Lagipun aku memang suka subjek-subjek yang memerlukan pembacaan dan hafalan.Subjek sejarah,daripada form 1 sampai lah form 5,cuma 3 kali je aku tak dapat A(kalau tak salah lah..hehe)


Ada apa dengan uia?Kursus undang-undang di uia setanding dengan kursus yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi luar negara.Bekas ketua hakim negara,Tun Mohamad Fairuz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa graduan undang-undang uia mempunyai kebolehan yang setanding dengan graduan undang-undang luar negara.

Namun begitu,aku hanya mampu merancang,Allah juga yang menentukannya.Selepas spm,aku tidak dapat melanjutkan pengajian aku ke luar negara,bukan juga di uia.

Tetapi kini,aku menuntut di MAS Engineering.Tidak pernah aku bayangkan ketika di zaman mrsm dahulu.Kedua orang tua aku merupakan pendorong utama untuk aku memilih institusi ini,walau dalam hati masih berat untuk melanjutkan pengajian ke uia(hanya Allah yang tahu),kerana permohonan aku melalui UPU untuk masuk ke uia,berjaya.

Moga di Subang,aku akan beroleh kejayaan.Amin..


Tuesday, May 4, 2010

Ada apa dengan nasi lemak antarabangsa Kg. Baru


Entri kali ni nak cerita tentang nasi lemak antarabangsa Kg. Baru.Laparnya perut ni,sebab tulah tiba-tiba nak cerita tentang nasi lemak yang paling popular kat KL ni.Perut masih belum diisi,patutlah asyik berbunyi-bunyi sejak petang tadi.

Nasi lemak antarabangsa Kg. Baru ini mendapat namanya kerana seorang juruterbang Malaysia Airlines yang sering kali membeli nasi lemak di sini untuk dibungkus sebelum dibawa bersama ketika dalam pernerbangan ke luar negara.Daripada situlah nasi lemak ini mendapat gelaran nasi lemak 'antarabangsa'.

Perniagaan nasi lemak antarabangsa ini diasaskan oleh Puan Normi Tandoh kira-kira 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1973.



Dah dua kali aku mencuba nasi lemak ni.Pertama kali di warung asal nasi lemak antarabangsa yang terletak di Kg.Baru dan kali kedua juga ditempat yang sama.

Aku terpaksa beratur kira-kira 5-10 minit untuk menunggu giliran sebelum dapat membuat pesanan.Bagi nasi lemak biasa,harganya ialah RM2.95 dan harga akan meningkat mengikut jenis lauk-pauk yang ditambah.Antaranya seperti ayam masak merah,rendang daging,sambal sotong,telur goreng,begedil dan macam-macam lagi.


Bagaimana pula dengan rasanya?Hmm..bagi aku biasa sahaja,tapi boleh lah sekadar nak mencuba.Nanti kalau orang tanya,boleh lah jawab,dah penah makan dah.haha.

Monday, May 3, 2010

Adik..kami suspek tulang kaki adik ada kanser,kami kena tahan adik di wad

Sudah 3 bulan aku menderita sakit pada bahagian betis kaki.Kesakitannya seperti ditusuk-tusuk oleh objek tajam seakan pisau.Dah banyak klinik dan doktor yang aku kunjungi.Sudah banyak juga duit yang dibelanjakan.Namun..sakit yang aku alami masih tidak kunjung pergi.''Adik sakit urat je ni,saya bagi awak krim sapu dan painkiller okey'',begitulah kata-kata yang diucapkan oleh doktor setiap kali aku berkunjung ke klinik.

Aku tak dapat nak tidur malam,tak boleh fokus kat dalam kelas dan aku hilang selera makan.Aku juga tak boleh menunaikan solat dengan sempurna,nak berdiri tak terdaya.Alhamdulillah,aku berjaya kuatkan diri untuk tetap menyempurnakan rukun Islam tersebut walau hanya terpaksa duduk untuk setiap kali menunaikan solat.

Lalu,pada suatu hari aku nekad untuk pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)bagi mendapatkan pandangan dan khidmat daripada doktor pakar.(Terima kasih kepada Wak yang sudi ponteng kelas untuk hantar aku ke PPUM,jasamu akan kukenang sampai akhir hayat Wak).Pertama kali di PPUM,aku diarahkan oleh petugas hospital untuk ke klinik famili selepas selesai urusan pendaftaran.

Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)

Ketika di klinik famili,doktor di situ turut berpendapat bahawa aku cuma mengalami sakit urat selepas kira-kira 20 minit meneliti x-ray tulang kaki aku dan berbincang dengan doktor yang lain.Aku pulang dari PPUM bersama Wak dengan hati yang hampa dan masih tertanya-tanya akan punca sebenar sakit yang aku alami ini.

2 minggu telah berlalu,aku pergi sekali lagi ke PPUM,kali ini aku pergi bersama dengan ayah.Aku pergi ke bahagian ortopedik untuk mendapatkan khidmat pakar.Doktor pakar yang berasal dari Iraq(kalau tak salah..)mengambil masa yang agak lama bersama-sama dengan doktor-doktor pakar yang lain untuk meneliti masalah aku.

Setelah kira-kira sejam mereka berbincang,tiba-tiba salah seorang daripada mereka(seorang doktor berbangsa cina)bersuara kepada aku.''Adik..kami suspek tulang betis kaki adik ada kanser,kami kena tahan adik di wad,adik kena tidur wad malam ni ea''(-Tamat Bahagian 1-)


Ketika di Pusat Perubatan Univeriti Malaya(PPUM)