Alhamdulillah..blog aku ni kembali bernyawa setelah lebih sebulan terbiar dan ranking alexa jatuh sehingga lebih 2 juta.Aku amat-amat sibuk sejak kebelakangan ni.
Mula2 sebab sibuk dengan pindah rumah,kemudian induction kat MAS sekarang ni plak sibuk membantu bahagian Technical Records di KLIA Hangar 05.Niat di hati,memang dah lama nak update blog ni,tapi streamyx sekali lagi buat hal.Permohonan aku untuk re-location kerana pindah ke rumah baru masih belum selesai.
Dah 3 kali aku berkunjung ke TM Point Kota Damansara,tapi masalah ni masih belum selesai walaupun sudah hampir 2 bulan berlarutan.
Aku memang tak boleh hidup kalau tak ada internet.Jadi untuk itu,aku nekad untuk beralih kepada internet service provider yang lain.Boleh jalan streamyx..TM buat kerja lembap(Marah gler ni,haha)
Untuk itu aku telah memilih untuk sign up dengan U-Mobile Broadband.Itupun setelah dicadangkan oleh kawan aku yang telah lebih 2 tahun menggunakan perkhidmatan U-Mobile Broadband.
Aku pilih untuk sign up pakej U68..tak mahal,bulan2 cuma bayar RM68 je dan apa yang aku dapat ialah connection speed up to 3.6 mbps(laju tu...)dan penggunaan internet tanpa had(unlimited).
Dah lebih 2 minggu aku guna U-Mobile ni.Setakat ni.aku memang puas hati dengan speed U-Mobile ni,walaupun aku share internet access ni dengan lagi 4 orang housemate aku.Tapi masih tak boleh nak menandingi HSBB(High Speed Broadband) lah;)
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
10 months ago
3 comments:
bandwidth camne?
u mobile ni khas di klang je kan?hehe.. mgkn coverage di negeri lain kureng sikit.. btw thx for sharing about this <3 it
mrpiratz:bandwith tu ape ek?
lady dora:bukan klang valley je..penang..seremban n jb pun ade;)
Post a Comment