Followers

Thursday, January 13, 2011

3 applikasi menarik untuk pengguna Nokia dalam Ovistore.com

Kebiasaannya kawan-kawan aku beli handphone mahal-mahal tapi hanya tahu call dan sms je.Macam-macam fungsi lain handphone tu tak tahu guna.Sama ada tak mahu ambil tahu(biasanya kawan perempuan lah ni..haha) atau memang buta it.Rugilah macam tu,sebab kita bayar untuk semua fungsi yang ada dalam handphone tu,bukan sekadar fungsi call,sms dan rupa bentuk handphone je.

Jadi kali ni aku nak cerita tentang 5 applikasi menarik untuk pengguna Nokia dalam Ovistore.com.Aku cerita pasal Ovistore.com sebab aku tak explore lagi tentang applikasi yang terdapat untuk handphone yang pakai OS(operating system)yang lain macam android ataupun windows mobile.Applikasi yang aku nak cerita ni semuanya free apps(applikasi percuma)sebab semua orang suka benda percuma,yang bayar siapa nak kan.Sebab tulah..iphone atau ipod touch pun orang sanggup jailbroken kan walaupun warranty masih belum tamat lagi.

1.Opera Mobile 10.1
Opera Mobile 10.1 ni sama je macam browser Opera yang biasa kita gunakan untuk surf internet di PC.Apa yang aku rasa menarik dalam applikasi ni ialah fungsi Speed Dial.Jadi kita boleh letakkan website yang selalu dilawati dalam fungsi Speed Dial.Sama sahaja fungsinya seperti fungsi Speed Dial dalam handphone.Opera Mobile 10.1 juga turut diintegrasikan dengan Opera Turbo untuk menjadikan surf speed bertambah pantas.

2.eBuddy Mobile Messenger
Dengan apps ni,pengguna Nokia boleh chat dengan pelbagai platform chatting di internet seperti Yahoo Messenger!,GTalk,MSN,ICQ,AIM,MySpace dan juga Facebook Chat.Senang...tak payah nak ON laptop untuk chatting dengan kawan-kawan.Dengan eBuddy,kita juga boleh hantar gambar dan juga set avatar daripada camera phone.

3.Skype for Mobile
Ni apps yang paling aku suka.Sebab dengan apps ni aku dapat contact gf aku kat Bangalore tanpa apa-apa kos(Jimat..jimat..).Asalkan ada akses kepada wi-fi.Kalau sebelum ni nak kena ON laptop dulu,kemudian nak pasang headphone lagi,memang leceh.Sekarang ni cuma perlu masuk dalam apps ni kat dalam handphone dan dah boleh contact kawan-kawan,mak,ayah,mak mertua dan siapa-siapalah TANPA APA-APA KOS(kalau ramai-ramai rakyat Malaysia pakai apps ni,tak lama lagi service provider boleh gulung tikarlah..haha)

Saturday, January 8, 2011

Ulasan kes Rais Yatim rogol amah

Akhir-akhir ni,kecoh dengan berita kes(Rais Yatim)salah seorang menteri dalam kabinet Malaysia yang memegang portfolio sebagai Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan yang dituduh merogol bekas pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.


Kalau tak salah aku,kes ni mula-mula kecoh dalam banyak blog baik daripada blog pro-pembangkang mahupun yang pro-kerajaan.Kes ni tidak dibawa ke muka pengadilan,kerana mangsa tidak mahu kes ini dihebahkan menurut Migrant Care,sebuah pertubuhan NGO dari seberang.





Apa yang aku masih ingat,dah macam-macam kes salah laku seks dikaitkan dengan menteri-menteri kabinet kat dalam negara kita ni.Mula-mula dulu kes Dato'Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadi beliau(yang ni aku tak percaya..)kemudian kes Dato'Seri Najib dengan model dari Mongolia,Altantuya Shariibu..kemudian pula diikuti dengan kes video seks Chua Soi Lek.



"We cannot pre-judge people before the investigation has been carried out''

Mungkin ramai yang agak kurang senang dengan Rais Yatim terutamanya pihak media yang pernah dilayan oleh Rais Yatim dengan layanan yang agak kasar kerana bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris.Lepas aku tengok video tu,aku pun tiba-tiba jadi tak suka dengan cara beliau melayan pihak media.Klik untuk tonton video.

Mungkin tuduhan ni ada benarnya atau sekadar usaha daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politik beliau.Oleh itu kita tak bolehlah membuat konklusi sendiri sebelum hasil siasatan dikeluarkan.Biasalah,dalam hidup ni bukan semua orang suka dengan cara kita.Lagi-lagi bila bergelar menteri kabinet.

Wednesday, January 5, 2011

Review Novel:A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini

Baca novel?Perempuan sukalah baca.Lagi-lagi novel Inggeris.Aku pun fikir macam ni jugak dulu.Tapi kalau nak improve English,nak tak nak kena rajin membaca.Aku ingat lagi,dulu ada seorang kawan aku ni,memang expert lah dalam English.Bila setiap kali exam je,mesti dapat markah paling highest kat dalam sekolah.


Bayangkan,dalam batch aku ada 16 kelas.Jumlah semua student dalam batch adalah dalam 400++ dan dia dapat markah paling highest.Hebat tak hebat tu...dan sekarang dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Manchester,United Kingdom.

Apa yang buat aku dan kawan-kawan lain kagum,sebab dia cuma orang kampung.Aku pernah tanya kat dia macam mana nak improve in English,dan dia pun suruh aku baca Reader's Digest.Bukan dia seorang je yang cakap macam tu.Ramai lagi dan tak semestinya baca Reader's Digest kan.

Jadi kat sini aku nak perkenalkan dengan satu novel Inggeris yang aku sedang baca,A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini.Secara ringkasnya,A Thousand Splendid Suns ni berkisarkan tentang kisah hidup masyarakat berlainan etnik di bumi Afghanistan.Seperti yang kita tahu,Afghanistan telah diperintah oleh pelbagai bentuk kuasa antaranya seperti pemerintahan komunis(Soviet),Taliban(ingat tak dengan Osama bin Laden?)dan kini pemerintahan dajjal putih(Amerika Syarikat).