Followers

Saturday, May 1, 2010

Kenapa aku ingin pergi ke Bangalore,India?


Alhamdulillah..segarnya bangun pagi-pagi ni.Hari ni..i got no class,sebab hari ni cuti umum sempena hari buruh.Jadi,bolehlah update blog yang tak seberapa ni.Rupa-rupanya dah lama aku tak pegi bercuti baik bercuti kat dalam negara,mahupun oversea lagilah tak penah.Jika diberi peluang untuk bercuti,aku nak pegi ke Bangalore,India.Haa..kenapa Bangalore?Mesti ada yang tertanya-tanya kan.Kenapa tak pilih destinasi-destinasi lain macam Maldives ke,UK ke,Bali ke atau Singapore ke..kenapa mesti Bangalore.

Pelbagai faktor yang menarik minat aku untuk melawat Bangalore.Antaranya ialah,suhu di Bangalore tidaklah sepanas di KL.Macam tak percaya je kan,tapi seriously suhu di Bangalore jauh lebih rendah berbanding dengan KL.Tapi yang peliknya,kenapa majoriti penduduk Bangalore berkulit gelap.Mungkin sebab genetik kot.

Bangalore tidaklah semundur kawasan-kawasan lain di India,ini adalah kerana Bangalore merupakan silicon valley of India..ala2 lembah silikon kat US tu lah.haha.

Tetapi,faktor utama yang menarik minat aku untuk pergi ke Bangalore ialah kerana Nor Hidayah Sulaiman.Siapa Nor Hidayah Sulaiman ni?Dalam entri kali ni aku tak nak lagi cerita pasal siapa empunya diri yang bernama Nor Hidayah Sulaiman ni.Tunggu entri-entri yang akan datang ye.haha(Macam lah ada orang baca blog aku ni,pasan je lbey,haha)

Hidayah cakap kalau aku datang Bangalore,dia nak bawak aku jalan-jalan pusing Bangalore.Hmm..dah jimat dah kat situ,tak payah nak cari tourist guide,hehe.Then,dia pernah janji nak masak untuk aku lagi.Jimat lagi..tak payah keluar duit untuk beli makanan dan cari makanan halal kat Bangalore.

Jadi..jika aku pergi ke Bangalore,aku cuma perlu keluar duit untuk tiket flight dan hotel je.Jimatkan.Inilah yang orang sebut-sebut sebagai destinasi bajet.
Nor Hidayah Sulaiman

Friday, April 30, 2010

Siapa nak ikut sila angkat tangan!!

Festival remaja terbesar di Malaysia,Youth kembali lagi.Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal menghiasi acara tahunan ini ialah:









































Menarik kan!!Jadi,sesiapa yang nak ikut sila angkat tangan dan cepat-cepat klik link kat bawah ni untuk mendapatkan pas percuma selama 3 hari ke Youth10.

Kisah Awan Dania,Scha Al-Yahya dan pesawat Fokker-27

Pernah dengar tak tentang drama bersiri Awan Dania?Awan Dania ni disiarkan di Astro Ria dan mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dania(lakonan Scha Al-Yahya)yang berpewatakan kasar seperti lelaki tetapi bercita-cita untuk menjadi seorang flight attendant.

Aku tak lah berapa tahu sangat pasal drama Awan Dania ni,tapi apa yang aku nak cerita untuk entri kali ini ialah tentang krew produksi Awan Dania yang telah menggunakan pesawat Fokker-27 sebagai set atau latar bagi drama ni.Pesawat Fokker-27 ni sebenarnya adalah milik Malaysia Airlines Engineering Training Centre(METC) iaitu pusat latihan tempat aku belajar pada masa ini.


Pesawat Fokker-27 ini digunakan untuk tujuan latihan oleh pelatih-pelatih MAS Engineering.Secara jujurnya pesawat ini kelihatan amat buruk sekali dan oleh sebab itulah pesawat Fokker-27 ni digunakan untuk tujuan latihan dan bukan untuk tujuan komersial.Berbagai-bagai jenis kecacatan dan kerosakan boleh ditemui lebih-lebih lagi pada bahagian fuselage atau badan pesawat ini dan ini yang menghairankan aku kenapa krew produksi Awan Dania menggunakan pesawat ini sebagai set atau latar untuk drama tersebut.Kan ada banyak lagi pesawat-pesawat MAS dan Fireflyz yang lain seperti Boeing 737,ATR-72,dan Airbus 330.

Tapi...apa-apa pun tak kisah lah pesawat apa yang mereka gunakan,apa yang penting drama ni memang menarik serta lain daripada drama melayu yang lain.Kat bawah ini adalah sedutan daripada drama Awan Dania dan Fokker-27 sebagai latar penggambaran.Selamat Menonton;)