Followers

Sunday, May 2, 2010

Dato' Lee Chong Wei beli Nissan GTR (Sumber: Mutiara Motor)

Siapa rakyat malaysia yang tak kenal dengan jaguh badminton negara,Dato' Lee Chong Wei.Sudah banyak kejohanan badminton antarabangsa yang beliau takluki.Antaranya ialah Malaysia Open,All England,Asian Badminton Championship,Denmark Open dan juga Swiss Open.

Entri kali ni aku bukan nak cerita pasal kareer Dato' Lee Chong Wei sebagai pemain badminton,sebab buat apa nak cerita,semua orang dah tau.Betul tak?Tapi aku nak cerita tentang Dato' Lee Chong Wei yang telah membeli Nissan GTR daripada Mutiara Motor.Banyaknya duit Dato' Lee Chong Wei ni.Bukan semua orang boleh memiliki Nissan GTR.Kerja 20 tahun pun belum tentu lagi dapat beli.









Kenangan zaman dulu-dolu di maktab rendah sains mara(Bahagian 1)

Selamat pagi..hari ni hari ahad.YES!...hari ni hari cuti.Malasnye nak pegi klas esok,tapi apakan daya,kalau tak pegi klas macam mana nak berjaya.Teringat masa dulu-dulu,aku tak suka pegi klass tapi bukan semua klas lah,aku cuma tak suka pegi klas add math.Kenapa ye?sebab aku paling lemah dalam subjek ni.Dah lah cikgu add math aku mase form 5 garang,tapi takpe cikgu..sebab cikgulah saya tak lagi gagal dalam subjek add math.Sebab cikgu jugak lah saya dapat cantikkan slip result spm saya.Kalau tak,mesti buruk gler slip result spm aku.huhu

Masa lower form yakni dari form 1 sampai form 3 aku sangat sayang kan sekolah aku iaitu MRSM sErting.Sebab nye.kat sini lah aku mula mendapatkan kebebasan daripada mak dan ayah aku.Merdekaaa...haha.Aku dapat ramai kawan kat sekolah ni dan aku juga amat bertuah kerana mendapat roomate yang pembersih waktu aku form1.Tiap-tiap minggu,mesti bilik aku menang anugerah bilik terbersih dari awal tahun sampai lah akhir tahun.Roomate aku ada 3 orang,Ridhwan,Haziq Kamil dan Acap.

Dah lama tak jumpa dengan diorang.Ridhwan skunk study kat US,study apa aku pun tak tahu.haha.Haziq Kamil masuk maktab perguruan.Aku tak tahu kenapa dia pilih jalan tu,mungkin disebabkan pengaruh ibu bapa kot.Ibu dan bapa Haziq Kamil bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah di Pahang.Acap plak,kalau tak salah tengah study law kat uitm shah alam.Tak tau bila boleh jumpa dengan diorang ni,mungkin bila masing-masing dah ada anak kot baru dapat jumpa balik.

Mase lower form kat MRSM sErting,aku tak pernah merasa menjadi senior sebab Majlis Amanah Rakyat(MARA)menghentikan pengambilan student lower form di MRSM sErting.Aku pun tak tau sebab apa.Tapi dengar nye..semua ini adalah disebabkan oleh arahan daripada ministry of education.Jadi..dari form 1 sampai lah ke form 3 aku,tak pernah merasa jadi senior.

Selama jadi junior,abang-abang senior tak pernah pukul aku atau marah aku.Mungkin sebab masa lower form muka aku comel kot,jadi diorang tak sampai hati nak marah atau pukul aku.(hahahahaha...pasan gler mamat ni)Tapi apa yang aku tak boleh lupa ialah masa aku form 1,aku kena usik dengan senior.

Kalau tak salah,waktu tu..aku tengah lepak2 kat bilik sebelah.Dah lewat malam dah.Tiba-tiba aku nampak satu lembaga yang mengerikan kat tingkap(cuak gaklah..).Aku pun baca ayat Qursi,sebab teringat ustaz pernah cakap,syaitan takut dengan ayat Qursi ni.Selesai aku membaca ayat Qursi,lembaga tu tak hilang-hilang(relaks je die lepak kt tingkap,sambil pandang muka aku,hampeh punye hantu..).

Aku teringat ada satu filem melayu ni,tak ingat tajuk apa,tapi filem era 80an lah..bila pelakon tu baca je ayat Qursi,lembaga tu tiba-tiba terbakar.Tapi..yang peliknya bila aku baca ayat Qursi,lembaga kat depan aku ni tak terbakar pun.

Tiba-tiba aku dengar ada orang gelak ramai-ramai.Rupa-rupanya,bukan hantu betul pun,senior aku rupanya.Adeh...terkena aku malam tu.Nasib baik tak ramai budak batch aku tau pasal malam tu,kalau tak mesti kena gelak.hahaha..-Tamat Bahagian 1-





Abang senior MRSM sErting(gambar hiasan semata-mata)

Saturday, May 1, 2010

Kenapa aku ingin pergi ke Bangalore,India?


Alhamdulillah..segarnya bangun pagi-pagi ni.Hari ni..i got no class,sebab hari ni cuti umum sempena hari buruh.Jadi,bolehlah update blog yang tak seberapa ni.Rupa-rupanya dah lama aku tak pegi bercuti baik bercuti kat dalam negara,mahupun oversea lagilah tak penah.Jika diberi peluang untuk bercuti,aku nak pegi ke Bangalore,India.Haa..kenapa Bangalore?Mesti ada yang tertanya-tanya kan.Kenapa tak pilih destinasi-destinasi lain macam Maldives ke,UK ke,Bali ke atau Singapore ke..kenapa mesti Bangalore.

Pelbagai faktor yang menarik minat aku untuk melawat Bangalore.Antaranya ialah,suhu di Bangalore tidaklah sepanas di KL.Macam tak percaya je kan,tapi seriously suhu di Bangalore jauh lebih rendah berbanding dengan KL.Tapi yang peliknya,kenapa majoriti penduduk Bangalore berkulit gelap.Mungkin sebab genetik kot.

Bangalore tidaklah semundur kawasan-kawasan lain di India,ini adalah kerana Bangalore merupakan silicon valley of India..ala2 lembah silikon kat US tu lah.haha.

Tetapi,faktor utama yang menarik minat aku untuk pergi ke Bangalore ialah kerana Nor Hidayah Sulaiman.Siapa Nor Hidayah Sulaiman ni?Dalam entri kali ni aku tak nak lagi cerita pasal siapa empunya diri yang bernama Nor Hidayah Sulaiman ni.Tunggu entri-entri yang akan datang ye.haha(Macam lah ada orang baca blog aku ni,pasan je lbey,haha)

Hidayah cakap kalau aku datang Bangalore,dia nak bawak aku jalan-jalan pusing Bangalore.Hmm..dah jimat dah kat situ,tak payah nak cari tourist guide,hehe.Then,dia pernah janji nak masak untuk aku lagi.Jimat lagi..tak payah keluar duit untuk beli makanan dan cari makanan halal kat Bangalore.

Jadi..jika aku pergi ke Bangalore,aku cuma perlu keluar duit untuk tiket flight dan hotel je.Jimatkan.Inilah yang orang sebut-sebut sebagai destinasi bajet.
Nor Hidayah Sulaiman