Followers

Sunday, May 30, 2010

Seminggu tak berblogging..

Haiih..dah seminggu aku tak update blog,terlalu sibuk dengan study dan berHerbalife.Maklumlah,orang baru dalam Herbalife,masih banyak ilmu yang perlu dipelajari terutamanya tentang nutrisi dan kesihatan.Minggu lepas sahaja,mugkin lebih daripada enam kali aku terpaksa berulang-alik ke sunway university college semata-mata untuk berguru dengan Atie.

Kagum dengan Atie,baru sahaja kira-kira enam bulan bersama Herbalife,sudah banyak kejayaan yang Atie kecapi dan sudah banyak juga insan yang dibantu oleh pelajar Monash University ini.Aku pula terpaksa slow down buat seketika dalam Herbalife,takut-takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran.

Maih banyak lagi exam dan modul yang belum selesai,terutamanya modul 11,human factor,propeller dan aviation legistlation.Notes untuk modul 11 sahaja sudah setinggi paras pinggang aku.(Banyak gler..cuba imagine..pening tak pening kepala aku,haha).

Tapi bak kata orang tua-tua,bukan susah nak jadi susah,dan bukan senang nak jadi senang.Usaha kita pada hari ini,akan menentukan siapa kita pada masa akan datang.InshaAllah,segala usaha hari ini,tak kan sia-sia.

Mr.Au Ting Ling(instructor di MAS Engineering)sering kali memberikan kata-kata motivasi terutamanya apabila melihat ada student yang tidur di dalam kelas.Kata-kata Mr.Au yang paling aku tak boleh lupa ialah,''You are studying for money,and I'm here to help you''.Amran(bukan nama sebenar)sering kali tidur di dalam kelas,tak tau apa masalahnya dengan kawan aku yang sorang ni.Masalah berat badan kot,takpun mungkin sibuk sangat AFUNDI Shahir,taulah si Shahir tu pernah jadi klasmet dia masa kat SMKA dulu;)

Satu lagi kata-kata Mr.Au yang aku tak boleh nak lupa,''I want all of you to wear three bars,and become licensed aircraft engineer,it's your future,not mine''

Harap-harap,masinlah mulut Mr.Au ni,dan semoga kami semua yang telah banyak menghabiskan duit rakyat dan kerajaan selama ini akan berjaya memperoleh ''three bars''.Amin..

Thursday, May 20, 2010

Mak semakin kurus dan hilang 8kg kerana Herbalife

Seperti biasa,rutin bulanan aku ialah balik ke kampung halaman pada setiap hujung bulan.Lama merantau di KL,sekali-sekala kena lah jenguk-jenguk orang tua di kampung kan.Barulah boleh jadi anak yang mithali.Betul tak..;)

Kepulangan aku kali ni disambut dengan penuh kejutan.Sebab apa?Sebab baju kurung yang mak pakai kelihatan besar.Tapi aku buat tak tau je,malas nak tanya,simpan soalan ni,untuk ditanya semasa makan malam dengan mak,sebab aku selalu berbual panjang dengan mak ketika dan selepas makan malam(yelah anak bujang lama tak balik,ada banyak benda nak cerita)

Mak memang mempunyai masalah berat badan(bukan macam zaman anak dara dulu,kurus je..haha).Doktor menasihatkan mak supaya menurunkan berat badan kerana mak mempunyai sakit-sakit di bahagian lutut,akibat berat berlebihan yang terpaksa ditampung oleh lutut mak.

Semasa berbual-bual panjang dengan mak,mak cakap mak dah turun 8kg.Peliknya?mak mana ada masa nak exercise,hari-hari kerja.Pagi-pagi buta lagi dah pergi kerja dan balik lewat petang,kemudian nak sediakan makan malam lagi untuk ayah dan adik-adik yang banyak songeh.haha;)

Nak tau apa rahsia mak.Rupa-rupanya mak ambil produk HERBALIFE.Mak consume one set of HERBALIFE to lose weight.

Sejak daripada melihat perubahan pada diri mak,aku pun mula mencari tentang produk HERBALIFE di Internet dan aku telah berkenalan dengan ramai pengguna dan pengedar HERBALIFE.

Alhamdulillah,mereka semua mendapat hasil dan keputusan yang baik selepas menggunakan produk HERBALIFE.Biar betul kan?Pada mulanya,aku pun tak percaya.Tapi...setelah melihat perubahan pada mak dan orang-orang yang telah consume HERBALIFE,persepsi aku pun berubah.

Haa..sebelum tu,aku terlupa nak cerita macam mana mak boleh jadi gemuk,mak sebenarnya kurus dulu-dulu.Ceritanya macam ni,mak happy tengok anak-anak dia makan,jadi mak akan masak banyak-banyak.Kadang-kadang,banyak makanan yang terbiar macam tu je,sebab kami adik beradik tak berjaya nak habiskan.Mak cakap,sayang tengok makanan ni,membazir je.

Jadi,maklah yang terpaksa habiskan semua lauk pauk,sebab tak mahu membazir.Hasilnya,jeng..jeng..jeng..berat badan mak pun naik.haha.

Alang-alang cerita pasal mak,bawah ni nak share gambar pengguna-pengguna HERBALIFE.Jom Tengok!!

Puan Rahimah antara pengguna Herbalife terawal di Malaysia




Disebabkan result mak dan pengguna-pengguna HERBALIFE lain yang amat memberangsangkan.Jadi,baru-baru ni aku telah ambil keputusan untuk sign up sebagai HERBALIFE Independent Distributor.

So,if you want to LOSE Weigth,Gain Weight,Maintain Weight,HEALTHY Breakfast,EARN EXTRA INCOME.

MONEY BACK GUARANTEE ;)


Tanyalah Amar Haziq : 013-6247790



ps:satu hari nanti,nak belanja mak HERBALIFE secara percuma;)

Monday, May 17, 2010

Resipi orang bujang:Nasi goreng ikan jaket

Hari ni makan ikan jaket!Aduh..kecewa gler.Tak jadi nak turun TL(Trainee Lounge).Nak keluar makan kat luar ke nak duduk rumah je ek.Takpelah save some money lah,duduk rumah je.

Tiba-tiba,housemate aku yang baik hati,Karim offer nak masak nasi goreng dan hari ini menjadi hari yang amat bersejarah.Sebab apa?Sebab dapur kat rumah bujang ni,jarang -jarang berasap.Kalau berasap pun sebab air mendidih tak pun sebab ada orang celur mee segera.haha.

Jadi aku dengan semangatnya,turunlah ke TL untuk tapau nasi putih,sayur dan ikan jaket,sebagai bahan-bahan untuk memasak nasi goreng.Nama resipi nasi goreng yang housemate aku masak ni lain sikit,sebabnya memang tak boleh jumpa kat mana-mana.Namanya ialah nasi goreng ikan jaket.

Haa ikan jaket?Apa tu?Mesti ada yang tak pernah dengar kan,lebih-lebih lagi kalau tak pernah masuk asrama.Kalau pergi pasar atau hypermarket,memang tak kan jumpa ikan jaket ni.Sebab di pasar atau hypermarket,orang tak panggil ikan jaket ni ikan jaket.

Tapi ikan ni ada satu nama saintifik yang lain,iaitu ikan cencaru.''Mak cik,saya nak ikan jaket sekilo..,''Memang mak cik kat pasar tu bagi jaket lah,bukan ikan ye..haha

Gambar hiasan

Bahan-bahan:(Untuk hidangan 3 orang)

1.Nasi putih
2.Ikan jaket a.k.a ikan cencaru(2 ekor tanpa tulang dan dirobek-robek isinya,haha)
3.Sayur(apa-apa sayur pun boleh,kami pakai labu air+lobak merah)
4.Kiub pati ayam
5.Perencah nasi goreng(apa-apa jenama pun tak mengapa,beli yang murah-murah je,macam kami,kami pakai seri aji..RM0.50 per paket)
6.Kicap manis
7.Minyak masak(recycle punya,maklumlah..orang bujang,hehe)

Langkah-langkah berikutnya:
1.Basuh kuali dan sudip dahulu(isk3..dah berapa lama tak basuh ni)
2.Panaskan minyak masak
3.Masukkan kiub pati ayam dan gaulkan sehingga sebati dengan minyak masak.
4.Masukkan nasi putih tadi dan terus gaul supaya sama rata.
5.Kemudian masukkan isi ikan jaket(pastikan tiada tulang,nanti tercekik plak orang yang makan)
6.Dan akhir sekali campakkan sayur dan perencah nasi goreng bersama-sama dengan kicap manis.
7.Matikan api dapur.
8.Dah siap.....sedia untuk dimakan.

Tips:Lebih enak jika dinikmati bersama keropok ikan ;)

Rupa hidangan nasi goreng ikan jaket ini adalah amat buruk sekali,kerana housemate aku memang tak pandai nak menghias.Tapi,apa yang penting,hidangan ini amat sedap,lebih-lebih lagi kerana dimasak oleh housemate yang baik hati(ayat bodek je ni..)

Sunday, May 16, 2010

Kilang coca-cola didirikan di Malaysia.Apa kata anda?


Baru aku teringat,beberapa bulan yang lepas aku ada terbaca tentang pembukaan kilang Coca-cola di Taman Perindustrian Enstek,Nilai,Negeri Sembilan.Jadi,aku tergerak hati untuk menulis entri berkaitan perkara tersebut hari ini.

Seperti apa yang kita semua sedia maklum,Baitulmaqdis,iaitu tanah suci bagi umat Islam telah berjaya dirampas dan dijajah oleh pihak Zionis Israel.Kita telah kehilangan tanah suci ini yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sejak tahun 1948 lagi.

Bermula daripada detik hitam itu,saudara kita di Palestin tidak pernah mengenal erti gembira kerana hampir setiap hari mereka dihantui oleh Israel.Hampir setiap hari mereka diganggu oleh tentera Israel yang lengkap dengan kereta kebal dan peralatan senjata yang berteknologi tinggi.

Dan kita juga sejak sekian lama,sudah tahu bahawa mereka ini didukung oleh syarikat-syarikat multinasional seperti Nestle,Sara Lee,Coca-cola company,Mcdonalds,Starbucks dan macam-macam lagi.
Apa yang menyedihkan ialah,baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pecah tanah bagi pembinaan kilang Coca-cola Nilai,Negeri Sembilan.Coca-cola membelanjakan sebanyak RM1 billion bagi pembangunan kilang pembotolan mereka itu.

Apa gunanya kempen-kempen memboikot barangan yang menyumbang kepada Israel jika kilang mereka sudah bertapak di negara kita?

Apa gunanya wang yang kita sumbang selama ini untuk membantu saudara kita di Palestin,jika negara kita turut sama bersekongkol dengan Israel?

Sebagai konsumer,seharusnya kita memboikot barangan ini,demi nasib saudara kita di sana,kerana sebutir peluru yang menembusi badan mereka mungkin terdiri daripada wang yang kita belanjakan.

Aku pernah bekerja secara sambilan part-time di Mcdonalds suatu masa dulu dan kerap kali mengunjugi outlet makanan segera tersebut.Tapi kini tidak lagi.Sudah hampir dua tahun jika tak salah perkiraan.Moga usaha kecil ini walau tidak banyak,dapat membantu saudara kita di sana.

Kini,bukan lagi waktu untuk tepuk dada tanya selera,tapi tepuk dada tanya iman.Apa pula kata anda?

Saturday, May 15, 2010

Kakak-kakak senior dan aircraft engineering

Sedar tak sedar dah pukul satu pagi rupa-rupanya.Mata tak mengantuk lagi,badan pun bertenaga lagi ni.Mana taknya,baru sahaja balik dari Restoran Sayang Salhah,Seksyen 4,Kota Damansara.Makan lewat malam(supper)sambil teman seorang teman rapat yang belum lagi sempat makan malam.Kalau macam tu baik tulis entri baru.Betul tak?

Entri kali ni,aku nak cerita tentang wanita-wanita yang aku kenali dalam dunia penerbangan semenjak aku belajar di MAS Engineering bermula dari tahun 2007 hinggalah hari ini.

Sebenarnya,tak ramai kaum yang tidak berbulu(maksudnya golongan hawa lah..haha)yang aku temui di MAS Engineering sejak tiga tahun yang lalu.Dalam 100 orang trainee,cuma ada 2-3 orang sahaja trainee perempuan.Maksudnya,kalau macam ni,nisbah trainee perempuan dan lelaki di MAS Engineering adalah 3:100(lebih kurang lah ni..)


Kenapa situasi ini berlaku?Agak pelikkan.Adakah perempuan tidak diberikan peluang yang sama rata berbanding lelaki dalam bidang aircraft engineering.Atau adakah mereka lebih cenderung untuk memilih kerjaya dalam bidang lain seperti perubatan,pendidikan,kulinari dan lain-lain lagi.


Aku sendiri pun tak dapat nak memberikan jawapan,tapi aku cukup kagum dengan mereka.Kalaulah aku dilahirkan sebagai seorang perempuan,pasti aku memilih course yang lain,kerana bagi aku aircraft engineering is totally not meant for woman(minta maaf ye,jika statement ini terlalu kasar)

Kakak-kakak senior merupakan antara wanita yang aku kenali dalam dunia penerbangan ini yang majoritinya,dikuasai oleh golongan lelaki.
Nad,Anisah,Nurlin,Asna,Ayu,Nisa',Farhah,Raihana,Farha dan Marsitah.


Pejam celik..pejam celik dah 4 tahun kakak-kakak senior dalam bidang ni.Mereka dikelilingi oleh ramai lelaki ketika kelas teori mahupun ketika on job training(OJT),dan mereka berjaya mengharunginya tanpa apa-apa masalah.Mereka juga berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan trainee lelaki yang lain.

Perempuan + aircraft engineering = ganas macam lelaki kasar..Betul ke?
Mungkin tak tepat kot.Aku tengok kakak-kakak senior ni lemah lembut je.Kalau kasar,mesti semua trainee lelaki dah cabut lari.

Tambahan lagi,ada dalam kalangan akak senior yang mempunyai hubungan istimewa dengan adik junior.Junior mana nak kalau akak senior kasar kan,haha.(Semoga jodoh Minhat dan Anisah kekal hingga ke anak cucu hendaknya)


Dah malas dah aku nak membebel lagi,pendek cerita,wanita zaman millenium kini boleh terlibat dalam apa-apa bidang meskipun bidang tersebut majoritinya dikuasai oleh lelaki dan pada masa yang sama tidak hilang nilai-nilai atau ciri-ciri yang mesti ada pada setiap insan bergelar perempuan.Buktinya...kakak-kakak senior di MAS Engineering ;)

Tuesday, May 11, 2010

Abang lupa beli makanan,sayang lupa nak tambah gula,dan kami pun berpisah

Tengah hari tadi,selepas kelas aircraft equipment and furnishing bersama Mr.Vander Stone,aku sempat singgah sebentar ke resource centre(library) untuk membelek-belek surat khabar.Macam biasalah,dah jadi tabiat aku sejak kecil untuk membaca akhbar pada setiap hari.

Bosannya,tak ada berita-berita yang menarik.Hari-hari cerita yang sama saja.

Tapi hari ni,ada satu artikel yang agak menarik di new straits times.Artikel tentang peningkatan kadar perceraian dalam kalangan muslim di Malaysia.Artikel tersebut berbunyi begini,''he forgets the food,she the sugar,they divorce''

Kebanyakan pasangan yang berpisah menyatakan sebab-sebab yang kurang munasabah yang kemudiannya menjadi asas kepada perpisahan mereka.Antaranya ialah,seperti terlupa untuk membeli makanan dan terlupa untuk menambah gula dalam minuman pasangan masing-masing.

Haih..pelik kan.Simple things can lead to divorce.

Sebab-sebab lain yang membawa kepada perpisahan dalam kalangan pasangan muslim ialah:

1.Masalah kewangan
2.Pasangan yang kurang bertanggungjawab
3.Poligami
4.Penyalahgunaan dadah dan juga
5.Hubungan sulit dengan pasangan lain

Kajian juga menyatakan kebanyakan pasangan berpisah setelah bersama selama 5 tahun.Apa yang menyedihkan lagi ialah,ada pasangan yang hanya bersama beberapa bulan malahan beberapa minggu sudah mengambil keputusan untuk berpisah.

Bagi aku,tiada komen,kerana aku masih belum lagi melayari alam bahtera perkahwinan.Kahwin ni seronok kan,namun kadang kala pasti ada pahitnya.

Tapi apa yang penting...KERJASAMA(tiru wonderpet haha)

Monday, May 10, 2010

Selamat hari ibu,tapi kawanku tak punya ibu lagi

Aku baru saje call mak tadi,untuk wish selamat hari ibu.Tak sempat nak call semalam,sebab keluar pergi beli barang-barang dapur,kemudian ada roll call plak.Tup..tup...dah pukul 11,kalau call rumah,mungkin mak dah tidur.Jadi aku ambil keputusan untuk call mak hari ni.

Alhamdulillah,Allah lanjutkan usia mak aku dan oleh sebab itu aku masih punya ibu yang aku gelar 'mak'.Tahun ini,genap usia mak yang ke-47 tahun.Alhamdulillah sekali lagi,syukur kepada Allah,Tuhan sekalian alam.

Bagaimana jika ibu kita sudah tiada dan pergi bertemu Ilahi?Sukar untuk aku gambarkan,kerana aku tidak pernah kehilangan insan yang tersayang semenjak aku dilahirkan lagi.

Aku punya kawan yang sudah kehilangan ibu.Oleh itu,entri kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang kisah kawan aku yang kurang bertuah jika ingin dibandingkan dengan aku yang masih punya ibu.

Lagu Hari Ibu daripada Dato'Shake-Umi

Housemate aku sejak tahun 2008,Asnulhaini namanya.Aku panggil dia Anoy,dari mana datangnya nama ni,aku pun tak tau.Anoy telah kehilangan ibunya beberapa tahun yang lalu.Ibu Anoy merupakan seorang usahawan wanita yang amat berjaya.Arwah ibu anoy mempunyai perniagaan kedai runcit dan katering untuk orang asli di Gerik,Perak.Menurut Anoy,arwah ibunya ini amat hebat dalam memasak,dan mungkin disebabkan inilah,arwah ibunya mendapat kontrak untuk katering makanan bagi orang asli di Gerik,Perak.

Namun begitu,setelah sekian lama berjaya sebagai usahawan,tiba-tiba arwah ibunya jatuh sakit.Pegawai perubatan di hospital Ipoh(kalau tak salah..)tak dapat mengenal pasti punca penyakit.

Rupa-rupanya,arwah ibu Anoy terkena buatan orang(gangguan makhluk halus).

Mungkin kerana iri hati dan hasad dengki,arwah ibu Anoy terpaksa terlantar di hospital.Inilah perangai orang Melayu,walaupun zaman dah berubah ke zaman millenium,mereka masih tak berubah,tak boleh tengok bangsa sendiri maju berbanding diri mereka sendiri.Melayu oh melayu.

Arwah tak dapat diubati dan akhirnya pergi bertemu Ilahi meninggalkan Anoy serta ahli keluarga yang lain.

Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Sunday, May 9, 2010

Oh,Hot Dog Ikea!

Entri kali ni rasa macam nak cerita pasal makanan lah.Perut tak pun berbunyi,tapi tiba-tiba teringat pula pada sosej+roti=anjing panas.Oops bukan anjing panas ye,anjing panas tu kalau direct traslation.huhu Yang sebenarnya ialah Sosej+roti=hot dog.

Dalam banyak2 tempat kat atas muka bumi ni,tempat yang paling murah dan best untuk makan hot dog ialah di Ikea.Kenapa ye?Sebab harganya yang murah.Cuma RM2.Cuba pergi pasar malam atau gerai burger tepi jalan,kalau tak salah harga hot dog kat sana RM2.50 kot.

Kadang2,aku pergi Ikea bukannya sebab nak shopping perabot pun,tapi semata-mata nak makan hot dog.

Rumah aku dan Ikea tak adalah jauh sangat,parking moto percuma plak tu.Memang selalu lah aku pergi makan hot dog kat sini.

Tapi semenjak jadual kelas yang telah berubah,tak ada masa lagi untuk ke Ikea.Kalau dulu2 bolehlah,tapi sejak dah jadi senior ni,banyak masa dihabiskan di kelas.Balik kelas dah penat.Nak pergi Ikea pun tak larat.

Aku rindu Hot Dog Ikea..=>
(ps:entri ditulis pada lewat tengah malam,setelah tiba2 terjaga daripada tidur.)

Saturday, May 8, 2010

Pukul 3 pagi


Dah pukul 3 pagi dah.Aku tak tido2 lagi.Haiih..inilah gara-gara minum kopi banyak sangat,sampai nak pejam mata pun tak boleh.

Jenguk ke tingkap sekejap,nak tengok pemandangan kat kawasan apartment ni.Subhanallah,aku nampak bulan separuh.Cantiknya ciptaan Tuhan.

Ahli rumah(housemate)aku pula sedang berhempas pulas mengulang-kaji pelajaran.Maklumlah..esok kan ade re-exam gas turbine engine.Alhamdulillah,aku tak perlu bersusah payah,sebab aku berjaya untuk lulus dalam exam yang lepas.Bukannya pandai sangat.Tapi mungkin sebab aku hafal satu modul gas turbine engine kot.

Tapi,lepas habis exam je,semuanya hilang,haha.Belajar semata-mata kerana peperiksaan.Itulah Mohamad Amar Haziq.Kesian Mr.Phang,penat dia ajar kat dalam kelas.


Friday, May 7, 2010

Apabila kekanda Sultan Kelantan dihalang melawat adindanya oleh pihak polis

Tengku Merjan,iaitu kekanda kepada Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra dihalang oleh pihak polis ketika berkunjung ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM),Kubang Kerian.Beliau juga mendakwa telah dihalau keluar wad pada hari Selasa lalu.

Apa nak jadi ni.Kakak nak lawat adik yang sedang sakit pun tak boleh.Pada pendapat aku,benarkan sahaja Tengku Merjan yang ingin melawat adindanya iaitu baginda Sultan Kelantan.Sekurang-kurangnya,dengan lawatan oleh ahli keluarga terdekat,kemungkinan baginda Sultan akan mendapat semangat untuk terus melawan penyakit yang baginda hidapi.

Sultan Ismail Petra

Krisis institusi diraja di Kelantan makin menjadi-jadi.Ada apa dengan pangkat dan status jika hati tidak bahagia.Keluarga porak peranda.

Sebagai rakyat biasa,walaupun bukan berasal dari negeri yang mendapat jolokan serambi Mekah tersebut,aku berharap agar krisis ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik serta hubungan kekeluargaan kerabat diraja Kelantan akan kembali utuh.

Thursday, May 6, 2010

Yahoo! Fakta menarik hari ini,mi segera bukan penyebab kanser

Siapa tak pernah makan mi segera atau nama saintifiknya mee maggi,sila angkat tangan?haha.Aku berani jamin tak kan ada sorang pun yang akan angkat tangan.Paling kurang pun,mesti pernah termakan maggi goreng kat kedai mamak atau pun masak sendiri.

Bukan susah pun kalau nak masak sendiri.Celur je dalam air panas dan kemudia tambahkan perencah,SENANG..Adik aku yang darjah 3 pun pandai(ye ke adik aku pandai masak maggi?tak pernah nampak pun,haha)

Hmm..cerita pasal maggi ni,maggi nilah
life saver terutamanya kepada orang-orang bujang macam aku dan kawan-kawan,terutamanya ketika hujung-hujung bulan.Semua jenis perasa maggi pernah kami cuba,baik asam laksa,tom yam siam,ayam,sayur-sayuran(vegetarian),kari berapi,goreng ala indonesia dan macam-macam lagi.

Tapi betul ke maggi adalah punca kepada kanser?Banyak juga cerita yang aku dengar tentang orang mati disebabkan kanser kerana pengambilan maggi yang terlampau banyak.

Usah risau lagi(terumatam kepada mereka yang berstatus bujang ye..haha),kerana semalam Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa mi segera bukanlah penyebab kepada kanser.

Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.

Yahoo!lepas ni ingat nak pegi Giant lah kejap.Nak beli stok maggi..hehe

ps:tapi..kalau ada bini kan best,hari-hari boleh makan sedap ;)

Oh!Maggi kari..



Alhamdulillah,blog aku dapat award walau hanya berusia satu minggu

Alhamdulillah,syukur kepada Allah.Blog aku dapat anugerah Beautiful Blogger Award.Makaseh kak Najla kerana bagi award ni.

Ini merupakan anugerah pertama yang aku dapat setelah lebih kurang seminggu menulis blog.Ada juga orang yang menghargai blog yang baru masuk seminggu usianya ni.

Kepada kak Najla,saya jadikan anugerah yang akak bagi ni sebagai perangsang untuk terus menulis blog.huhu =>

Wednesday, May 5, 2010

Sultan Kelantan dihalang polis PDRM untuk mendapatkan rawatan di Singapura

Secara jujurnya,aku amat terkejut dengan berita yang baru sahaja aku baca sebentar tadi.Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra telah ditahan oleh pihak polis ketika sedang menunggu sebuah pesawat peribadi untuk ke Singapura.Tujuan baginda ke Singapura adalah untuk mendapatkan rawatan lanjutan di Mount Elizabeth Hospital,Singapura.

Pesawat peribadi yang disewa itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.Jabatan Penerbangan Awam(DCA)ketika dihubungi,enggan mengulas tentang larangan tersebut.

Kemudian,baginda Sultan telah dibawa oleh anggota dan pegawai polis ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian.

Ketika sedang menunggu pesawat peribadi di lapangan terbang,baginda bersama-sama dengan rombongan yang terdiri daripada Tengku Anis iaitu Raja Perempuan Kelantan,Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry dan seorang doktor peribadi.

Difahamkan,tindakan pihak polis itu adalah atas arahan pemangku Sultan Kelantan,Tengku Muhammad Faris Petra.

Tindakan pemangku Sultan Kelantan ini berkemungkinan kerana krisis dalam institusi diraja Kelantan antara Tengku Muhammad Faris Petra dengan adindanya iaitu Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Sebelum ini,media melaporkan bahawa Tengku Muhammad Fakhry telah disingkirkan daripada

Semoga Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra akan cepat sembuh dan semoga krisis institusi diraja Kelantan ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Kenapa aku bukan pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA)?

Ketika masih menuntut di MRSM Jasin,kadangkala ada juga aku terfikir tentang halatuju aku selepas spm.Aku menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.(Kalau tak dapat Germany,UK pun ok gak..)

Tapi kalau tak dapat ke luar negara macam mana?Kalau tak dapat ke luar negara nak masuk uia lah.Nak ambil undang-undang(law).Lagipun aku memang suka subjek-subjek yang memerlukan pembacaan dan hafalan.Subjek sejarah,daripada form 1 sampai lah form 5,cuma 3 kali je aku tak dapat A(kalau tak salah lah..hehe)


Ada apa dengan uia?Kursus undang-undang di uia setanding dengan kursus yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi luar negara.Bekas ketua hakim negara,Tun Mohamad Fairuz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa graduan undang-undang uia mempunyai kebolehan yang setanding dengan graduan undang-undang luar negara.

Namun begitu,aku hanya mampu merancang,Allah juga yang menentukannya.Selepas spm,aku tidak dapat melanjutkan pengajian aku ke luar negara,bukan juga di uia.

Tetapi kini,aku menuntut di MAS Engineering.Tidak pernah aku bayangkan ketika di zaman mrsm dahulu.Kedua orang tua aku merupakan pendorong utama untuk aku memilih institusi ini,walau dalam hati masih berat untuk melanjutkan pengajian ke uia(hanya Allah yang tahu),kerana permohonan aku melalui UPU untuk masuk ke uia,berjaya.

Moga di Subang,aku akan beroleh kejayaan.Amin..


Tuesday, May 4, 2010

Ada apa dengan nasi lemak antarabangsa Kg. Baru


Entri kali ni nak cerita tentang nasi lemak antarabangsa Kg. Baru.Laparnya perut ni,sebab tulah tiba-tiba nak cerita tentang nasi lemak yang paling popular kat KL ni.Perut masih belum diisi,patutlah asyik berbunyi-bunyi sejak petang tadi.

Nasi lemak antarabangsa Kg. Baru ini mendapat namanya kerana seorang juruterbang Malaysia Airlines yang sering kali membeli nasi lemak di sini untuk dibungkus sebelum dibawa bersama ketika dalam pernerbangan ke luar negara.Daripada situlah nasi lemak ini mendapat gelaran nasi lemak 'antarabangsa'.

Perniagaan nasi lemak antarabangsa ini diasaskan oleh Puan Normi Tandoh kira-kira 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1973.



Dah dua kali aku mencuba nasi lemak ni.Pertama kali di warung asal nasi lemak antarabangsa yang terletak di Kg.Baru dan kali kedua juga ditempat yang sama.

Aku terpaksa beratur kira-kira 5-10 minit untuk menunggu giliran sebelum dapat membuat pesanan.Bagi nasi lemak biasa,harganya ialah RM2.95 dan harga akan meningkat mengikut jenis lauk-pauk yang ditambah.Antaranya seperti ayam masak merah,rendang daging,sambal sotong,telur goreng,begedil dan macam-macam lagi.


Bagaimana pula dengan rasanya?Hmm..bagi aku biasa sahaja,tapi boleh lah sekadar nak mencuba.Nanti kalau orang tanya,boleh lah jawab,dah penah makan dah.haha.

Monday, May 3, 2010

Adik..kami suspek tulang kaki adik ada kanser,kami kena tahan adik di wad

Sudah 3 bulan aku menderita sakit pada bahagian betis kaki.Kesakitannya seperti ditusuk-tusuk oleh objek tajam seakan pisau.Dah banyak klinik dan doktor yang aku kunjungi.Sudah banyak juga duit yang dibelanjakan.Namun..sakit yang aku alami masih tidak kunjung pergi.''Adik sakit urat je ni,saya bagi awak krim sapu dan painkiller okey'',begitulah kata-kata yang diucapkan oleh doktor setiap kali aku berkunjung ke klinik.

Aku tak dapat nak tidur malam,tak boleh fokus kat dalam kelas dan aku hilang selera makan.Aku juga tak boleh menunaikan solat dengan sempurna,nak berdiri tak terdaya.Alhamdulillah,aku berjaya kuatkan diri untuk tetap menyempurnakan rukun Islam tersebut walau hanya terpaksa duduk untuk setiap kali menunaikan solat.

Lalu,pada suatu hari aku nekad untuk pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)bagi mendapatkan pandangan dan khidmat daripada doktor pakar.(Terima kasih kepada Wak yang sudi ponteng kelas untuk hantar aku ke PPUM,jasamu akan kukenang sampai akhir hayat Wak).Pertama kali di PPUM,aku diarahkan oleh petugas hospital untuk ke klinik famili selepas selesai urusan pendaftaran.

Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)

Ketika di klinik famili,doktor di situ turut berpendapat bahawa aku cuma mengalami sakit urat selepas kira-kira 20 minit meneliti x-ray tulang kaki aku dan berbincang dengan doktor yang lain.Aku pulang dari PPUM bersama Wak dengan hati yang hampa dan masih tertanya-tanya akan punca sebenar sakit yang aku alami ini.

2 minggu telah berlalu,aku pergi sekali lagi ke PPUM,kali ini aku pergi bersama dengan ayah.Aku pergi ke bahagian ortopedik untuk mendapatkan khidmat pakar.Doktor pakar yang berasal dari Iraq(kalau tak salah..)mengambil masa yang agak lama bersama-sama dengan doktor-doktor pakar yang lain untuk meneliti masalah aku.

Setelah kira-kira sejam mereka berbincang,tiba-tiba salah seorang daripada mereka(seorang doktor berbangsa cina)bersuara kepada aku.''Adik..kami suspek tulang betis kaki adik ada kanser,kami kena tahan adik di wad,adik kena tidur wad malam ni ea''(-Tamat Bahagian 1-)


Ketika di Pusat Perubatan Univeriti Malaya(PPUM)


Sunday, May 2, 2010

Dato' Lee Chong Wei beli Nissan GTR (Sumber: Mutiara Motor)

Siapa rakyat malaysia yang tak kenal dengan jaguh badminton negara,Dato' Lee Chong Wei.Sudah banyak kejohanan badminton antarabangsa yang beliau takluki.Antaranya ialah Malaysia Open,All England,Asian Badminton Championship,Denmark Open dan juga Swiss Open.

Entri kali ni aku bukan nak cerita pasal kareer Dato' Lee Chong Wei sebagai pemain badminton,sebab buat apa nak cerita,semua orang dah tau.Betul tak?Tapi aku nak cerita tentang Dato' Lee Chong Wei yang telah membeli Nissan GTR daripada Mutiara Motor.Banyaknya duit Dato' Lee Chong Wei ni.Bukan semua orang boleh memiliki Nissan GTR.Kerja 20 tahun pun belum tentu lagi dapat beli.









Kenangan zaman dulu-dolu di maktab rendah sains mara(Bahagian 1)

Selamat pagi..hari ni hari ahad.YES!...hari ni hari cuti.Malasnye nak pegi klas esok,tapi apakan daya,kalau tak pegi klas macam mana nak berjaya.Teringat masa dulu-dulu,aku tak suka pegi klass tapi bukan semua klas lah,aku cuma tak suka pegi klas add math.Kenapa ye?sebab aku paling lemah dalam subjek ni.Dah lah cikgu add math aku mase form 5 garang,tapi takpe cikgu..sebab cikgulah saya tak lagi gagal dalam subjek add math.Sebab cikgu jugak lah saya dapat cantikkan slip result spm saya.Kalau tak,mesti buruk gler slip result spm aku.huhu

Masa lower form yakni dari form 1 sampai form 3 aku sangat sayang kan sekolah aku iaitu MRSM sErting.Sebab nye.kat sini lah aku mula mendapatkan kebebasan daripada mak dan ayah aku.Merdekaaa...haha.Aku dapat ramai kawan kat sekolah ni dan aku juga amat bertuah kerana mendapat roomate yang pembersih waktu aku form1.Tiap-tiap minggu,mesti bilik aku menang anugerah bilik terbersih dari awal tahun sampai lah akhir tahun.Roomate aku ada 3 orang,Ridhwan,Haziq Kamil dan Acap.

Dah lama tak jumpa dengan diorang.Ridhwan skunk study kat US,study apa aku pun tak tahu.haha.Haziq Kamil masuk maktab perguruan.Aku tak tahu kenapa dia pilih jalan tu,mungkin disebabkan pengaruh ibu bapa kot.Ibu dan bapa Haziq Kamil bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah di Pahang.Acap plak,kalau tak salah tengah study law kat uitm shah alam.Tak tau bila boleh jumpa dengan diorang ni,mungkin bila masing-masing dah ada anak kot baru dapat jumpa balik.

Mase lower form kat MRSM sErting,aku tak pernah merasa menjadi senior sebab Majlis Amanah Rakyat(MARA)menghentikan pengambilan student lower form di MRSM sErting.Aku pun tak tau sebab apa.Tapi dengar nye..semua ini adalah disebabkan oleh arahan daripada ministry of education.Jadi..dari form 1 sampai lah ke form 3 aku,tak pernah merasa jadi senior.

Selama jadi junior,abang-abang senior tak pernah pukul aku atau marah aku.Mungkin sebab masa lower form muka aku comel kot,jadi diorang tak sampai hati nak marah atau pukul aku.(hahahahaha...pasan gler mamat ni)Tapi apa yang aku tak boleh lupa ialah masa aku form 1,aku kena usik dengan senior.

Kalau tak salah,waktu tu..aku tengah lepak2 kat bilik sebelah.Dah lewat malam dah.Tiba-tiba aku nampak satu lembaga yang mengerikan kat tingkap(cuak gaklah..).Aku pun baca ayat Qursi,sebab teringat ustaz pernah cakap,syaitan takut dengan ayat Qursi ni.Selesai aku membaca ayat Qursi,lembaga tu tak hilang-hilang(relaks je die lepak kt tingkap,sambil pandang muka aku,hampeh punye hantu..).

Aku teringat ada satu filem melayu ni,tak ingat tajuk apa,tapi filem era 80an lah..bila pelakon tu baca je ayat Qursi,lembaga tu tiba-tiba terbakar.Tapi..yang peliknya bila aku baca ayat Qursi,lembaga kat depan aku ni tak terbakar pun.

Tiba-tiba aku dengar ada orang gelak ramai-ramai.Rupa-rupanya,bukan hantu betul pun,senior aku rupanya.Adeh...terkena aku malam tu.Nasib baik tak ramai budak batch aku tau pasal malam tu,kalau tak mesti kena gelak.hahaha..-Tamat Bahagian 1-





Abang senior MRSM sErting(gambar hiasan semata-mata)